Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, December 23, 2011

Kris Suzanne Tinggalkan Langit Biru (myMetro)


BELUM sampai setahun terjun ke dunia seni, pelakon jelita, Cristina Suzanne Stockstill atau Kris Suzanne, 26, berjaya mendapat kepercayaan pengarah popular, Osman Ali sebagai bintang utama drama rantaian terbaru, Bicara Hati.

Mungkin masih terlalu awal untuk menilai bakat seni gadis kacukan Melayu-Jerman ini, apatah lagi pertama kali membawakan watak utama menerusi siri yang bakal disiarkan Astro Prima, setiap Selasa, jam 9 malam bermula 3 Januari ini.

Mengakui dirinya masih mentah dalam dunia lakonan, Kris berkata, dia mendapat tunjuk ajar serta bantuan daripada pengarah serta pelakon yang terbabit produksi itu seperti Shanaaz Ahmad, Marsha Milan Londoh, Abby Nadzri, Balkish dan Lash Mokhtar.

Dalam drama kisah cinta itu, Kris memegang watak sebagai Zahlia.

“Zahlia seorang yang lemah lembut, selain suka melakukan kerja kebajikan. Dia tidak mudah marah, sebaliknya suka memendam perasaan. Memang pada awalnya agak mencabar juga untuk membawa watak yang banyak bermain emosi ini. Mujur saya mendapat dorongan daripada Abang Man (Osman Ali). Malah dia banyak membantu dari segi penghayatan watak.

“Ini pertama kali saya membawakan watak utama, sudah tentu cabarannya cukup kuat. Saya harap penonton juga dapat menerima penampilan saya menerusi drama ini,” kata Kris yang bertudung sepanjang membawakan watak Zahlia.

Mengenai gandingan bersama Shanaaz yang membawa watak Tengku Syahran pula, Kris akui dia mendapat banyak tunjuk ajar dan bantuan daripada pelakon kacak kelahiran Pulau Pinang itu. Begitu juga barisan pelakon yang lebih berpengalaman daripadanya seperti Abby Nadzri.

Ternyata pengalamannya yang pernah bekerjasama dengan Osman menerusi drama Sentuhan Isabella, Kasih Najihah selain Cermin Pada Bulan (Erma Fatima) dan filem Kill bersama Redza Minhat, membuatkan Kris semakin serius memilih kerjaya lakonan.

Ternyata pada pandangan Kris, Osman punya idea dan kredibiliti tersendiri dalam berkarya. Walaupun pendiam, dia cukup serius ketika di lokasi penggambaran.

Demi nekad menjadi anak seni, bekas peserta program Pilih Kasih (PK) ini sanggup menamatkan perkhidmatan sebagai peragawati di awan biru bersama Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways. Dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya seni yang semakin sibuk.

Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam dunia lakonan, Kris yang ditemui pada sidang media drama berkenaan di Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini berkata, awalnya dia secara kebetulan mendapat peluang membawa watak pembantu dalam drama Cermin Pada Bulan sekitar 2004.

Jauh di sudut hati, dia menyim�pan impian menjadi pelakon sejak kanak-kanak lagi. Minat itu bercambah apabila dia turut mendapat dorongan ibu untuk mencuba nasib dalam program realiti TV serta menghadiri beberapa sesi uji bakat.

“Saya mula membabitkan diri secara serius dalam lakonan sejak Mac lalu. Memang saya sekarang meletakkan kerjaya seni sebagai ‘periuk nasi’. Jadi buat masa ini saya memang komited terhadap kerja. Saya memang akan menyambar apa saja peluang yang dirasakan menarik,” kata Kris yang pernah dikenali dengan nama Kris Cempaka dalam program PK.

Kris yang menyimpan minat membuka perniagaan pencetakan Kemeja-T tidak kisah ditawarkan pelbagai peranan. Namun dia berharap dapat melakukan yang terbaik apabila diberi tanggung�jawab membawakan watak pembantu atau watak utama menerusi mana-mana drama.

“Fokus saya kepada kerja terlebih dulu. Bekerja biarlah ikhlas. Bukan soal mengejar populariti atau kemewahan, sebaliknya saya menceburi bidang seni kerana suka berlakon dan mahu belajar daripada ramai pengarah,” katanya.

Drama yang diadaptasi daripada novel popular karya Damya Hanna terbitan Alaf 21 itu dianggap sesuatu yang menarik untuk tatapan penonton Astro Prima kerana Osman ketika ini mencipta reputasi yang baik melalui filem Cun! dan Ombak Rindu.

Bagi Osman, drama terbarunya itu mencabar dirinya selepas kali terakhir menghasilkan drama bersiri, Rumah Itu Duniaku pada 2004.

Sekali lagi Osman memikul tanggung jawab yang besar untuk menterjemahkan sebuah naskhah cinta ke dalam bentuk audio dan visual.

“Penghasilan drama ini cukup menarik. Saya mendapat sokongan baik daripada penulis novel ini sendiri yang turut serta memberikan idea dan berbincang mengenai beberapa babak dan watak yang perlu dikembangkan supaya penceritaan menjadi lebih impak. Malah penulis novel ini juga kerap ke lokasi penggambaran kami.

“Tidak dinafikan memang ada penambahan dari segi perkembangan watak dan plot kerana saya mahukan kisah yang lebih dramatik,” ujar Osman.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Urusan Tarantella Pictures Sdn Bhd, merangkap produser ‘jutawan baru’, Sharad Sharan; Pe�ngurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani serta barisan pelakon siri ini.


PROFIL

NAMA PENUH: Cristina Suzanne Stockstill
NAMA KOMERSIAL: Kris Cempaka, Kris Suzanne
TARIKH LAHIR: 22 Januari 1985
TEMPAT LAHIR: Johor
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada tiga beradik
HOBI: Mendaki, berkhemah dan fotografi
KERJAYA: Pramugari (2003 -2009), model dan pelakon
DRAMA: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Bicara Hati (Astro Prima)
FILEM INDIE: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...