Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Monday, December 19, 2011

Anwar Enggan Bersumpah (Sinar Harian)



GEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menyahut cabaran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersumpah laknat di masjid dengan memegang al-Quran berhubung kenyataannya mengenai bantuan kewangan daripada Bank Dunia.



Anwar turut menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkannya itu berdasarkan fakta dan laporan tahunan dikeluarkan Bank Dunia sendiri dan sumpah laknat seperti dicabar Dr Mahathir adalah tidak perlu dilakukan.


13 Barang Kawalan Sempena X-Mas (The Sun Daily)




KUALA LUMPUR (Dec 19, 2011): The government has placed 13 items, including imported turkey, under the price control scheme for the Christmas celebrations.


Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob told a news conference at Parliament lobby yesterday that the scheme will be for five days from Friday.


The items include imported turkey, chicken, local mutton, imported mutton, eggs, tomatoes and green capsicum.



Galak Isi Rumah Asing Sisa Pepejal (Sinar Harian)



PUTRAJAYA - Langkah menggalakkan isi rumah mengasingkan sisa pepejal dan sisa kitar semula akan dilaksanakan September tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.



Beliau berkata, melalui pengasingan sisa pepejal ini, syarikat konsesi terbabit memungut sisa kitar semula sekali seminggu.

Langkah ini dilaksanakan secara berperingkat bermula di Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum diperluaskan ke bandar bandar besar lain, katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan, semalam.


Saya Harus Buktikan Kemampuan Diri - Elfira Loy (myMetro)

ELFIRA...memberanikan diri melakonkan watak bercinta.


MUNGKIN sudah tiba masanya pelakon Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri menyahut cabaran melakonkan watak gadis bercinta. Ditambah usia yang kini di alam remaja, sudah pasti gadis yang mesra dengan pang�gilan Elfira ini perlu mencuba watak baru.

Sehubungan itu, produksi Cube Film Sdn Bhd yang diterajui pengarah berkaliber, Michael Ang nyata tidak gusar dengan kemampuan lakonan Elfira. Barangkali, sudah selalu bekerjasama membuatkan Michael arif apa yang sesuai buat si manis itu.


Siswa Enggan Mohon Maaf (Sinar Harian)



KUALA LUMPUR - Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpendirian tidak akan memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas insiden menurunkan bendera wajah Perdana Menteri di Perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.


Pengerusi SMM, Abdul Syukri Abdul Razab berkata, pihaknya tidak nampak keperluan memohon maaf terhadap insiden tersebut walaupun didesak pelbagai pihak.


“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf.



Tragedi Jatuh Gaung, 4 Gadis Maut (myMetro)



KOTA TINGGI: Mereka baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bersama-sama meninjau peluang melanjutkan pengajian di pameran pendidikan dan kerjaya di Johor Bahru.
Bagaimanapun, semua harapan itu terkubur apabila empat daripada enam remaja yang menaiki Toyota Innova terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna itu melanggar bucu penghadang jalan serta papan tanda lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 90 meter.

Lebih mengerikan, bumbung kenderaan itu terkopak menyebabkan seorang mangsa tercampak keluar dalam kejadian jam 5.30 petang di Kilometer 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, dekat sini, kelmarin.


Ibarat Samseng, Pemuda UMNO Ancam Tampar, Ludah Adam Adli (Malaysia Kini)




Seorang pemimpin pemuda Umno mengancam untuk “meludah” dan “menampar” muka seorang pelajar yang telah menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu Sabtu lalu.



Dua Menteri MIC Terima Tekanan Akibat Pengumuman 'Interlok' (The Sun Daily)




PETALING JAYA (Dec 18, 2011): Two MIC ministers who announced that the cabinet had decided to withdraw the controversial novel Interlok from the school syllabus from next year came under fire from Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi today.


Puad said the two ministers, who had nothing to do with the Education Ministry, had jumped the gun by making the annoucement.



Adakah Kim Jong-Un Layak Menggantikan Mendiang Ayahnya? (Brisbane Times)


Enigma ... Kim Jong-il's son, Kim Jong-un. Photo: AP


TOKYO: Kim Jong-il's death has immediately shifted the world's focus to his likely successor, his youngest son Kim Jong-un. If the planned succession proceeds without a hitch, the little-known, Swiss-educated Mr Kim will be the leader of a nuclear state racked by instability. Reports from North Korea said the country's 24 million people had already begun to rally around Mr Kim, who has officially been the communist state's leader-in-waiting for little more than a year.

12 Pelacur China di Tahan (myMetro)



Gambar Hiasan

PUCHONG: Lagi gadis genit dari China yang menjadi pelacur ditahan. Kali ini 12 gadis ditahan ketika melayan pelanggan di sebuah restoran di Pusat Perdagangan One Puchong, di sini, dalam Ops Noda, malam kelmarin.

Kelantan Sasar Bolot Semua Piala (Berita Harian)




Red Warriors tampil dengan cita-cita besar musim 2012 


SELEPAS mendahului pasukan lain dalam proses persiapan, jaguh Pantai Timur, Kelantan kini berada di landasan terbaik untuk cuba mengharungi saingan musim baru Liga Super dengan mengelak sebarang kekalahan.

Rogol Anak Ketika Isteri Tiada di Rumah (myMetro)

Sekadar Gambar Hiasan

MAKKAH: Polis menahan seorang lelaki berusia 40an yang dituduh mendera secara seksual anak perempuannya yang berusia 16 tahun selama lima bulan. Lelaki itu dikatakan merogol gadis itu ketika ibunya tiada di rumah.

Cabul Gadis 'Suci Dosa' (myMetro)

DIHARAMKAN...Mohd Yusop menunjukkan senarai kumpulan yang difatwakan sebagai ajaran sesat di Perak.

IPOH: Seorang guru agama berusia 50-an yang mengajar tarekat memilih gadis muda bagi proses menyucikan dosa selain menentukan darjat di sisi Tuhan sebelum mencabul mangsa dengan kejadian terbaru membabitkan gadis 20-an yang mengikuti ajaran sesat lelaki terbabit bersama bapanya.

Hafizh Juara 600cc di Losail (Berita Harian)


KEJUARAAN Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS 2011, pelumba muda SuperSports 600cc negara, Hafizh Syahrin Abdullah. - Foto Rosli Rahmat

Muncul penunggang termuda menangi perlumbaan pada usia 17 tahun

HAFIZH Syahrin Abdullah mencipta kejutan apabila muncul juara Perlumbaan 2 dan tempat ketiga pada Perlumbaan 1 kategori SuperSports 600cc di pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, semalam.

Dakwat Kekal - Jangan Ada Halangan Seperti 2008 (Harakah Daily)


KUALA LUMPUR, 19 Dis: PAS mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi sebarang halangan untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 seperti yang berlaku pada 2008.

Angau Mahu Jumpa Kekasih (myMetro)



Sekadar Gambar Hiasan

LABUAN: Gara-gara mahu bertemu kekasih di Semenanjung yang baru dikenali melalui laman sesawang Facebook, seorang gadis berusia 19 tahun bukan saja tidak mengendahkan tangisan ibunya, malah turut mencederakan beberapa anggota polis yang cuba menahannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan (LTAL), di sini, kelmarin.

Saya Perkenal AUKU Kata Tun M (Sinar Harian)



SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan jika hari ini penuntut universiti lebih dewasa dan bertanggungjawab, batalkan sahaja Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). Dr Mahathir mengakui beliaulah yang memperkenalkan Auku semasa menjadi Menteri Pelajaran. Menurutnya, penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapatnya kerana penuntut Melayu amat marah mengenai Auku.


“Saya rela dimarahi sesiapa sahaja, tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan Auku."

3 Lokasi Panas Maksiat (Sinar Harian)


BAGAN NAKHODA OMAR – Tiga lokasi maksiat yang dikenal pasti menjadi tumpuan adalah kawasan pantai, rumah sewa dan tepi kebun. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Air Tawar, Zamri Yahya berkata, ketiga-tiga lokasi terbabit pula adalah dalam lingkungan tiga kilometer dengan pusat pengajian tinggi di daerah ini.


Najib Jangan Retorik, Hilang Undi Mahasiswa (Harakah Daily)


KUALA LUMPUR, 19 Dis: Golongan mahasiswa hari ini memberi kata dua kepada Datuk Seri Najib Razak sama ada berhenti beretorik untuk melakukan transformasi atau berdepan hilang undi mahasiswa.

Gadis Papar Profil Ghairah (myMetro)


GEMAR... dedah identiti di laman facebook.



KUALA LUMPUR: ‘Sweet’, ‘Less’, ‘Lessy’ dan ‘Noty’ antara tanda nama popular digunakan gadis yang mendakwa mereka gemar menjalin hubungan dengan golongan sejenis dalam laman sosial terkenal, Facebook.
Pengenalan identiti mereka dalam laman sosial terbabit mendedahkan diri secara terang-terangan sebagai gadis lesbian.

Amanat Haji Hadi Punca Solat Berasingan (Berita Harian)


Masjid Kampung Padang Landak, Jertih yang masih dijadikan tempat solat berasingan oleh penyokong PAS


“Punca ahli dan penyokong PAS mengerjakan solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah kerana haram bagi mereka solat diimamkan orang UMNO berdasarkan ‘Amanat Haji Hadi’ - Raja Ayub Raja Kecik, Bekas AJK PAS Besut

Dokumen Bank Dunia Bukti Tun M Ambil Pinjaman (Harakah Daily)





Hanya Sehelai Baju Berjaya Diselamatkan (myMetro)


TINGGAL ABU...Rubiah menunjukkan tempat kelengkapan sekolah anaknya yang diletakkan sebelum musnah terbakar.

KLANG: “Memang terlalu sedih, hanya sehelai baju saja dapat diselamatkan. Barangan lain termasuk kelengkapan persekolahan anak untuk sesi tahun depan rentung,” kata Rubiah Jantan, 44, mangsa kebakaran di Lorong Ahmad, Kampung Rantau Panjang, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.20 malam itu, lapan rumah binaan separuh kayu dan batu sederet turut musnah membabitkan 27 mangsa.


Turun Gambar Najib Simbolik Hilang Percaya - Mahasiswa (Harakah Daily)





KUALA LUMPUR, 19 Dis: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menjelaskan tindakan spontan seorang peserta protes Auku yang menurunkan gambar Datuk Seri Najib di hadapan ibu pejabat Umno di PWTC, Sabtu lalu adalah kerana terlalu kecewa dengan kepimpinan perdana menteri itu.

Tangisan Mangsa Noda (myMetro)



Sekadar Gambar Hiasan

MELAKA: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami pendarahan selepas dipercayai dirogol teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar raya ini, malam kelmarin.

Kim Jong-Il Meninggal Dunia (Berita Harian)


SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il, meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan jantung, menurut media rasmi negara itu.

Menurut Korean Central News Agency (KCNA), pemimpin itu “meninggal dunia akibat tekanan hebat mental dan fizikal" pada 8.30 pagi Sabtu (7.30 pagi waktu Malaysia) ketika berada dalam kereta api untuk jelajah "turun padang".

Ia menggesa rakyat Korea Utara supaya mengikut anak lelaki bongsu Jong-Il dan penggantinya, Kim Jong-Un, yang berusia lewat 20an.

Surat Pembaca - Mengapa sekarang CUEPACS baru mahu bersuara? (Berita Harian)

TERKEJUT apabila Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membantah opsyen yang terkandung dalam Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perdana Menteri ketika membentangkan bajet juga menyatakan bahawa pelaksanaan SBPA mengandungi 'dasar pemisah.'


Sepatutnya pada waktu itu, CUEPACS mengambil langkah proaktif untuk mengkaji apakah dasar ‘exit policy’ yang akan dilaksanakan dan mengemukakan cadangan balas, bukan mengambil tindakan membantah apabila dasar itu bakal dilaksanakan. Sebelum ini pemimpin CUEPACS sentiasa mengucapkan terima kasih setiap kali perjumpaan diadakan kerana kerajaan sedia berunding dalam apa saja perkara membabitkan penjawat awam.
Tetapi mengapa sekarang CUEPACS menyatakan mereka tidak pernah diajak berbincang?

Sebagai penjawat awam, kita seharusnya memahami kandungan pekeliling yang dikeluarkan, jika faham kita tidak akan membantah sebaliknya mengemukakan cadangan untuk penambahbaikan.

Mengenai pergerakan gaji tahunan mengikut kadar peratus yang dimaklumkan, kita perlu melihat jadual gaji yang diberi kepada kumpulan perkhidmatan yang ditawarkan. Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang ditetapkan Gaji Sebaris (JGS) mengikut kadar pergerakan gaji tahunan dari RM80 hingga RM320 dan ia lebih tinggi daripada Skim Saraan Malaysia (SSM).
Kadar peratus yang dinyatakan untuk kumpulan Premier yang gajinya ‘single point’ dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang mempunyai Jadual Gaji Minimum dan Maksimum saja. Kita juga perlu faham dengan kaedah ini kerana bukannya semua jadual gaji dapat melaksanakan kaedah peratusan.

Pemimpin CUEPACS menasihatkan kepada sesiapa yang tidak berkaitan supaya jangan campur tangan dalam hal ini. Tetapi sedarkah bahawa mereka sendiri yang mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju sekiranya kerajaan melaksanakan pengambilan ‘orang luar’ untuk mengisi jawatan dalam kumpulan Premier sedangkan kumpulan Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi bukan anggota CUEPACS.

Sudah tiba masanya CUEPACS berbincang dalam majlis kongres apa sebenarnya yang terkandung dalam pelaksanaan SBPA.

BAKAL PESARA SETUJU SBPA,
Jitra, Kedah

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian

Fesyen Terkini Untuk Ibu Mengandung di China (bardbahtiar)





Sumber (Kopi Pasta): bardbahtiar

Wawa - Bakat Baru Dari Lahad Datu Sabah (myMetro)



KEHADIRAN Nurhawa Zainal Abidin, 19, atau Wawa dalam dunia lakonan tanah air menambah lagi senarai bakat baru di dalam industri. Jika dibandingkan dengan pelakon zaman dulu, pelakon baru sekarang sangat bertuah.
Baru satu atau dua drama serta filem, mereka terus menjadi insan popular dan hidup mewah. Belum pun bakat mereka benar-benar diuji, sudah menjadi buruan produser dan pengarah. Wajah mereka terpampang di layar lebar.
Wawa antara lapisan baru yang diberi laluan mudah untuk bergelar anak seni.

Blizzard DotA - Permainan DotA Versi Baru (idgeeks)



Blizzard akhirnya mengungkapkan detail lengkap versi baru Game DOTA (Defense of the Ancients), yaitu Blizzard DOTA kepada para fans Game DOTA di acara BlizzCon akhir pekan lalu. Di versi Blizzard DOTA ini Blizzard membawa beberapa heroes keren dari properti Blizzard sendiri, seperti Warcraft, StarCraft atau Diablo, dan mengumpulkannya dalam satu pertempuran.

Minta Bina Bonggol (myMetro)



BANTING: Penduduk di Jenjarom, di sini, memohon pihak berkuasa membina bonggol khususnya di Jalan Sukepi berikutan papan tanda amaran supaya pengguna jalan raya di situ memperlahankan kenderaan tidak diendahkan.
Penduduk, Mohamad Jauhari Mohamad Syukor, 46, berkata dia hairan pengguna jalan berkenaan seolah-olah membutakan mata terhadap papan tanda amaran melarang memecut kenderaan di kawasan itu.

Fasha Sandha Mahu Kahwin? (myMetro)



KUALA LUMPUR: “Jodoh, pertemuan dan ajal adalah takdir Allah. Kita tidak tahu apa akan terjadi esok. Insya-Allah jika ada jodoh, saya akan berkahwin,” kata Fasha Sandha.
Pelakon utama drama Cinta Elysa itu berkata demikian ketika ditanya mengenai desas desus dirinya bakal mengakhiri zaman bujang bersama buah hatinya, Rizal Ashram Ramli (Jejai), tahun depan.

Dr M Cabar Anwar Tunjuk Surat Pinjaman Bank Dunia (Malaysia Kini)




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.


Dr Mahathir berkata beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu tetapi, sekiranya apa yang didakwa oleh Anwar itu benar, sila tunjukkan surat itu.

Barcelona Pertahan Kejuaraan (Berita Harian)


KAPTEN juga pemain pertahanan Barcelona, Carles Puyol menjulang trofi kemenangan bersama rakan dan pegawai sepasukan dalam kejuaraan Piala Dunia Kelab. Barcelona mempertahankan kejuaraan dan status pasukan terbaik dunia dengan membelasah kelab Brazil Santos 4-0 malam tadi. - Foto Reuters

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian

'Permainan Van Persie Hampir Sempurna' (Arsenal.com)

Thomas Vermaelen believes Robin van Persie's all-round game has blossomed this season.

The Dutchman has been in scintillating form in all competitions so far, scoring his 15th goal of the campaign in the 1-0 victory over Everton last weekend at Emirates Stadium.

Vermaelen, current deputy to captain Van Persie, believes the in-form striker's development is a joy to behold.

"It's amazing if you play with him, even in training," the defender told Arsenal Player.

"I knew before that he was a quality, world-class player and that technically he was really good. He's scoring goals now and his game is more complete.

"He's fit, playing every game, scoring goals and for the team that's really important. Personally I'm really happy to be playing with him every game."

Source (Kopi Pasta):
Arsenal.com

Enam Lelaki Diberkas Selepas Tiga Jam Menyamun (myMetro)


KUALA TERENGGANU: Enam lelaki -- lima warga Indonesia dan seorang rakyat tempatan -- tidak sempat menikmati hasil samun mereka apabila diberkas kira-kira tiga jam selepas menyamun sebuah sebuah rumah peneroka di Felda Cerul Dua, Kemaman, semalam.

'AUKU Tak Akan Ulangi Bil Perhimpunan' (Malaysia Kini)



Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah berikrar bahawa kementeriannya tidak akan mengulangi kesilapan yang dibuat ketika merangka Akta Perhimpunan Aman apabila meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Beliau memberi jaminan, deraf pindaan akan ditunjukkan dahulu sebelum dibentangkan di parlimen.
"Saya tak mahu (presiden Majlis Peguam) Lim Chee Wee berarak lagi," selorohnya merujuk kepada perhimpunan membantahan Akta Perhimpunan Aman yang dikritik kerana dibuat dengan keadaan kurang rundingan awam.
Selepas mempengerusikan diskusi meja bulat AUKU semalam, Saifuddin berkata pindaan itu akan memastikan AUKu menjadi progresif dan bukan regresif.
Antara yang hadir Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), kumpulan hak asasi Progam, Majlis Profesor Negara, Majlis Belia Nasional dan wakil mahasiswa daripada seluruh negara.
Sumber (Kopi Pasta): Malaysia Kini

City Menang Tipis di Laman Sendiri (theguardian)



A club on course for the Premier League title must employ a variety of means. Manchester City, beaten at Chelsea in their last outing, could not show all of their previous wealth of creativity against a good and stubborn Arsenal side, but they did prevail deservedly through a David Silva goal and returned to the Premier League summit. Arsenal themselves were determined despite being pinned down for periods. City had twitches late in the match when the ball came off the arm of Micah Richards inside their penalty area, but the contact had been accidental.

Kedudukan Pingat Sukan Para ASEAN ke-6 (myMetro)


SOLO, (Indonesia): Berikut adalah kedudukan pingat pada hari ketiga Temasya Sukan Para Asean Ke-6 yang berlangsung di Solo, Indonesia hari ini.

Malaysia berada di tangga ketiga belakang Thailand dan Indonesia dengan jumlah 38 pingat emas, 25 perak & 27 gangsa.

Thailand: 87 emas, 68 perak, 52 gangsa

Indonesia: 74emas, 75 perak, 66 gangsa

MALAYSIA: 38 emas, 25 perak, 27 gangsa

Vietnam: 31 emas, 36 perak, 46 gangsa

Filipina: 16 emas, 16 perak, 12 gangsa

Myanmar: 9 emas, 5 perak, 9 gangsa

Singapura: 7 emas, 3 perak, 7 gangsa

Brunei: 2 emas, 6 perak, 5 gangsa

Kemboja: 5 perak, 1 gangsa

Timor Leste: 1 perak, 1 gangsa

Laos: 1 perak

-- BERNAMA

Sumber (Kopi Pasta): myMetro

Iran Tawan 7 Pesawat Intipan Amerika, Israel (Berita Harian)


Tehran rancang pamer peralatan pengintipan ciptaan dua seteru ketat kepada dunia

TEHRAN: Iran sudah menawan empat pesawat kawalan jauh Israel dan tiga milik Amerika Syarikat setakat ini dan merancang untuk mempamerkan peralatan pengintipan ciptaan dua musuh ketatnya pada masa depan.

Empat Anggota "Geng Pok Su Wa" Diburu (myMetro)


Sekadar Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya memberkas sepasangan adik beradik berumur 17 dan 21 tahun di Dusun Berliku Kampung La, Besut pada awal bulan lalu kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kereta di sekitar Terengganu dan Pahang.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...