Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Tuesday, December 20, 2011

Jong-Un Pemimpin Baru Korea Utara (myMetro)

MENDIANG Kim (kanan) dan anak bongsunya, Jong-Un.
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il, meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan sakit jantung.

Kematian itu yang diumumkan media kerajaan Korea Utara semalam meletakkan negara yang bersenjata nuklear itu dan dengan penduduk yang berdepan dengan kebuluran dan terpencil dari dunia luar menghadapi krisis pewarisan dinasti kali kedua.


UPSI Siasat Penuntut 'Biadap' (Berita Harian)

DR ZAKARIA (kiri) berkata sesuatu selepas menerima memorandum bantahan daripada UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama parti komponen BN dan NGO serta wakil penduduk di hadapan pintu masuk utama UPSI, Tanjung Malim, semalam.


Jawatankuasa khas kumpul bukti tindakan turun bendera papar gambar PM

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat seorang pelajarnya yang didakwa bersikap biadap menurunkan bendera memaparkan gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam kejadian di Dataran Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Sabtu lalu.


Pekeliling Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam


Pekeliling Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Pekeliling tersebut boleh dimuatturun di sini.

Penempatan TESL Tahun Hadapan (Berita Harian)





KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada surat bertajuk ‘Graduan TESL masih menunggu’ oleh ‘Guru TESL, Cohort 4’ yang disiarkan pada 9 Disember lalu.

Pengadu ingin mengetahui status penempatan graduan TESL yang menamatkan pengajian di Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Adalah dimaklumkan bahawa graduan TESL keluaran IPG 2011 sudah pun ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk dilantik sebagai guru tetap pada 21 hingga 25 November lalu.
Graduan TESL yang berjaya dalam temuduga berkenaan akan diberi penempatan di sekolah Kementerian Pelajaran pada awal tahun depan. Graduan IPTA akan dipanggil temuduga pada Januari ini berdasarkan keperluan kementerian dan mereka yang berjaya serta layak, dijangka ditempatkan di sekolah pada Mac depan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian

P/S: Alhamdulillah, akhirnya lepas enam bulan menunggu, pelajar tajaan KPM/IPG ni akhirnya boleh menarik nafas lega. - One

Korea Utara Uji Peluru Berpandu - Yonhap (Berita Harian)



SEOUL: Korea Utara hari ini mengadakan ujian peluru berpandu jarak dekat di luar pantai timurnya, pada hari sama ia mengumumkan kematian pemimpinnya, Kim Jong-Il, menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap. 



Paksa Anak Saudara Layan Nafsu Rakan (myMetro)



Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR: Pak cik setan. Itu gelaran yang layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 40-an yang bukan sahaja sanggup memaksa anak saudaranya untuk melayan nafsu buas rakannya malah lelaki itu sanggup mencabul wanita berusia 26 tahun itu dalam kejadian di Flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam, kelmarin.



Seorang Lelaki Mengandungkan Kembarnya (Buzzin Bizarre)



By Joy Ryder


NAGPUR - This is the story of an Indian man, called Sanju Bhagat from Nagpur in India who carried the parasitic twin inside his stomach for 36 years.



Terowong SMART Ditutup (Berita Harian)



KUALA LUMPUR: Lebuh raya SMART akan ditutup kepada lalu lintas dari 11 malam Rabu ini sehingga pukul 6 pagi Khamis. 


Menurut satu kenyataan Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMART) di sini hari ini, penutupan itu bagi kerja penyelenggaraan terowong.


Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh hubungi talian bantuan SMART di 1-300-88-7188. - BERNAMA


Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian

Bapa Perturun Ilmu Mencuri (myMetro)



KUALA TERENGGANU: Seorang bapa dipercayai merekrut dua anak lelaki bagi mengikut jejaknya menjalankan aktiviti mencuri dan menjual kenderaan secara berkumpulan meskipun seorang daripada anaknya masih di bawah umur dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



Remaja Panik Diacu Pisau (Sinar Harian)



LEDANG – Seorang remaja terpaksa berhadapan detik mencemaskan apabila diacu pisau oleh penjenayah dalam kejadian rompakan bersenjata di sebuah rumah di Taman Sentosa, Tangkak di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa, Lee Siau Yan, 19, dikatakan baru sahaja pulang menghantar ibunya ke Hospital Tangkak.



Isteri Hamil Terbocor Rahsia Sendiri (myMetro)



JOHOR BAHRU: Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikahwini sejak 12 tahun lalu.



Korban Taufan Washi - 652 Orang (Sinar Harian)



MANILA - Persatuan Palang Merah melaporkan angka korban ribut tropika Washi yang membadai selatan Filipina telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 652 orang, semalam manakala lebih 800 dilaporkan masih hilang.



Tetap Produktif Walau Cacat Penglihatan (Sinar Harian)



Siapa sangka walau cacat penglihatan ia tidak membatasi pergerakan seorang warga emas dalam menjalani kehidupan sehariannya, malah lebih baik daripada manusia normal.
Kasim Hamzah, 65, lebih mesra dikenali Pak Kasim merupakan warga emas istimewa kerana dia mampu melakukan pelbagai kerja yang tidak ramai individu sepertinya mampu melakukan kerja-kerja terbabit.



Izara Belum Puas (Sinar Harian)



Setelah kejayaan Cinta Elysa yang berakhir minggu lalu, kini giliran drama komedi romantik, Vanila Coklat pula menemui penonton di slot Lestary bermula 20 Disember ini.


Menariknya, penonton dapat melihat bakat lakonan Aiman Hakim Ridza yang dicungkil melalui rancangan realiti Mentor 5 dengan memegang watak sebagai Aamir.


Bergandingan dengan pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2010, Izara Aishah sebagai Zara, drama bersiri 13 episod ini mendapat sentuhan pengarah Emi Suffian Sabhe.



Zarina Seksi Habis di Indonesia (My News Hub)



Siapa tak kenal pelakon bernama Zarina Anjoulie Lavocah


Err…tapi yang tak syoknya Zarina ini bukan terkenal sangat dengan kehebatan lakonannya, tetapi kisah-kisah negatifnya



Akma Sahib Bercumbu Ala Lesbian (My News Hub)



KUALA LUMPUR – Sebuah blog hiburan terkemuka, MediaMalaya.com, hari ini menyiarkan beberapa keping gambar panas yang didakwa memaparkan artis Akma Sahib bercium mulut ala-ala lesbian bersama seorang gadis yang tidak dikenali.


Selain itu, sekeping lagi gambar yang tersiar di laman blog tersebut memaparkan Akma bergambar dengan seorang lelaki yang tidak memakai baju yang dikatakan skandalnya yang berkhidmat sebagai anggota polis di Bukit Aman.



Payudara Ifa Raziah Diserang Virus (My News Hub)



Penulis terlebih dahulu ingin melahirkan perasaan simpati terhadap penyanyi dangdut kita yang seorang ni, Ifa Raziah.


Rupa-rupanya dalam sibuk-sibuk dok berlatih Maharaja Lawak Mega (MLM), dia telah dikejarkan ke hospital kerana payudaranya diserang virus hingga membuatkan ia bengkak macam batu!



PAS Kedah Hipokrit Isu Madrasah Salihiah (My News Hub)



ALOR SETAR – Kerajaan PAS Kedah bersikap hipokrit kerana mahu merobohkan Madrasah Salihiah, Tambang Badak di sini sedangkan dahulu mereka pernah menentang usaha menaik taraf sebuah surau di negeri lain, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.


Beliau berkata tindakan kerajaan PAS dalam isu Madrasah Salihiah membuktikan parti itu tiada prinsip perjuangan kukuh untuk membela kepentingan umat Islam.



Wanita Dibelasah Separuh Bogel Oleh Askar Mesir (Al-Jazeera)



Sun, 18 Dec 2011, 06:37 - Egypt
Photo of a woman being beat by Egyptian military in clashes that erupted in Tahrir Square on Saturday are circling the blog-o-sphere, with many claiming the image has come to symbolise why protesters' oppose Egypt's ruling military government. [Photo by Reuters]


Source (Kopi Pasta): Al-Jazeera

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...