Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Sunday, January 29, 2012

Lelaki Ceraikan Isteri Selepas Menjumpai Surat Cinta 70 Tahun Lepas


ROME - Seorang lelaki Itali berusia 99 tahun telah menceraikan isterinya selepas 77 tahun perkahwinan mereka baru-baru ini setelah mengetahui hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain 70 tahun yang lepas.

Wanita Ketagih Seks Telah Tidur Bersama 1,000 Lelaki (4 Gambar)

Crystal Warren

Crystal Warren, 42, seorang pengurus pemasaran dari Brighton mempunyai satu tabiat yang pelik sejak kehilangan dara ketika dia berusia 15 tahun. Akibat tekanan kerana ibu bapanya bercerai sejak dia berusia 5 tahun, Warren mengambil jalan mudah untuk mula bergaul dengan lelaki ketika berumur 15 tahun. Sejak itu, dia percaya bahawa dia sudah mula ketagihan seks.

Dia telah meniduri 40 orang lelaki apabila mencapai usia 17 tahun. Kini apabila dia sudah berusia 42 tahun, dia telah pun meniduri lebih daripada 1,000 orang lelaki. Dia tidak kenal erti malu malah dia tidak kisah jika masyarakat sekeliling melabelnya sebagai perempuan murahan.

"Saya tidak kisah apa kata orang. Yang penting, saya berasa seronok dan puas ketika melakukan hubungan seks." Setiap minggu, dia akan ke kelab malam dan bar untuk bertemu lelaki baru untuk dijadikan teman tidur. "Saya dahagakan kepuasan seks. Saya tidak faham mengapa orang lain tidak boleh menikmati seks dan berlalu pergi dengan kepuasan itu," tambahnya lagi.

"Saya tahu saya ketagih seks. Tetapi saya tidak akan merawat ketagihan ini kerana bagi saya seks adalah satu-satunya jalan untuk saya merasai kepuasan dan nikmat hidup. Saya tahu ramai yang mencemuh saya, namun saya tetap bangga dengan diri saya."

Sumber dan Berita Penuh: Mirror

BBB: MashaALLAH. Jauhkanlah perbuatan seperti ini di negara kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadikanlah sempadan.

Kotak Untuk Buang Bayi di Rusia (3 Gambar)

MOSCOW - Pusat kesihatan daerah Krasnodar di selatan Rusia telah membeli 5 buah kotak khas untuk meletakkan bayi yang tidak diingini oleh sesiapa sahaja. Ianya seperti tempat membuang bayi namun dilengkapi dengan sistem canggih yang dapat memberi keselesaan kepada bayi tersebut.

Kotak ini disambungkan terus kepada pusat kesihatan bagi memudahkan para pekerja untuk mengambil bayi tersebut. Menurut pusat kesihatan tersebut, kotak ini dibeli khas untuk mengatasi masalah pembuangan bayi di merata tempat yang semakin berleluasa di daerah itu.

Lihat gambar di bawah.

BBB: Hakikatnya, masalah sosial akibat hubungan seks bebas tidak dapat dibelenggu jika penyelesaian seperti ini memudahkan lagi pelaku-pelaku seks bebas untuk terus melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Renung-renungkanlah.

Sumber dan Berita Penuh: Daily Mail UK

Bayi Tanpa Kepala Ditemui di Ampang


AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Anak Kapal Finnair Airlines Menari Tarian Bollywood Dalam Pesawat (Video)

 
NEW DELHI - Sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke 63, anak-anak kapal Finnair Airlines telah memberi kejutan kepada para penumpang dengan menari tarian Bollywood di dalam pesawat.

Para penumpang yang menaiki pesawat untuk terbang dari Helsinki ke New Delhi itu ternyata terkejut dengan persembahan khas oleh anak-anak kapal Finnair Airlines. Selepas video rakaman kejutan ini dimuatnaik ke YouTube, ia telah mencapai lebih sejuta hit dalam masa sehari.

Saksikan video di bawah.

Wow! Menara Kaca Pusat Penyimpanan Volkswagen (7 Gambar)

WOLFSBURG - Syarikat pengeluar kenderaan terbesar di German, Volkswagen Group, telah membina menara-menara kaca khusus untuk menyimpan kenderaan-kenderaan baru keluaran syarikat mereka.

Menara ini diberi nama 'the Autostadt' yang bermaksud 'bandar kereta' dengan kecanggihan sistem keselamatan juga mesin penggerak kenderaan yang sangat moden. Kenderaan diletakkan secara bertingkat dan dikendalikan oleh mesin khas untuk membawa keluar dan masuk sesebuah kenderaan. Sebuah menara boleh memuatkan sehingga 400 buah kenderaan dan ia mempunyai 20 tingkat.

Lebih mengujakan lagi apabila kenderaan-kenderaan yang disimpan di dalam menara ini boleh dilihat dari luar menara.  Filem terbaru terbitan dan lakonan Tom Cruise, Mission Impossible: Ghost Protocol turut mengetengahkan teknologi menara 'Autostadt' ini pada salah satu adegan di dalam filem tersebut.

Lihat gambar-gambar di bawah.

Sumber dan Berita Penuh: Daily News UK

Kelantan Kukuh Cengkaman Liga Super


KUALA LUMPUR - Kelantan terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super dengan diikuti rapat dua pasukan, Terengganu dan Perak apabila masing-masing berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam tadi.

Aaron Aziz, Datuk Siti Ungguli Anugerah PPMH


SHAH ALAM - Pelakon Ombak Rindu, Aaron Aziz memenangi dua kategori Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012, yang berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15 di sini, malam tadi.

Bayi Sebesar Tin Pepsi (4 Gambar)

LOS ANGELES - Seorang bayi perempuan telah dilahirkan 16 minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. Melinda Star Guido dilahirkan dengan berat 0.26 kg dengan saiz sebesar tapak tangan.

Doktor pada mulanya tidak yakin bayi itu akan terus hidup namun setelah 5 bulan selepas dilahirkan, bayi itu semakin sihat dan hidup dengan baik.

Haydee Ibarra, ibu kepada bayi itu sangat gembira dengan perubahan positif Melinda. "Saya sangat gembira dan saya akan membawanya pulang ke rumah."

Sumber dan Berita Lanjut: Sky News


Pelajar 13 Tahun Berasmara Dengan Guru Wanita Berumur 43 Tahun (7 Gambar)

Renata Juras, seorang guru wanita di Austria telah dibuang kerja apabila mengandungkan anak kandungan muridnya sendiri, Erwin. Mereka telah mula mengadakan hubungan kelamin sejak Erwin berusia 13 tahun lagi. Erwin kini berumur 16 tahun dan Renata telah pun hamil selama 20 minggu.

Walaupun dibuang kerja dan dikenakan tindakan undang-undang, Renata yang berasal dari Croatia, ternyata gembira dengan berita kehamilannya. "Ia dirancang oleh kami berdua. Saya berasa sangat gembira. Kami sudah pun menamakan bayi ini namun ianya masih menjadi rahsia kami."

Renata dijangka akan melahirkan bayi tersebut pada bulan Jun ini. - Austrian Times

Sumber dan Berita Lanjut: Austrian Times


ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...