Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 5, 2012

Apex Belum Sedia Ikut Nasihat Nik Aziz (MyNewsHub)



KUALA LUMPUR – Penjaga gawang gol skuad bola sepak negara, Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 23, tidak terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat meskipun ditawarkan bantuan RM1,000 melalui program ‘gerbang Az-Ziwaj’ oleh kerajaan Negeri Kelantan.

Sebaliknya, beliau yang lebih dikenali sebagai Apex menegaskan bahawa beliau mahu menumpukan perhatian kepada karier bola sepaknya terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang soal alam perkahwinan.

Tentang jodohnya, beliau lebih selesa untuk berserah kepada rezeki dan takdir jodoh dari Allah untuknya melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya.

“Buat masa ni, saya tak terfikir pun untuk kahwin dalam masa terdekat..saya nak tumpu pada karier dulu.

“Saya serahkan kepada rezeki la..jodoh di tangan Allah, kan? Kalau ada rezeki dan ditakdirkan Allah jodoh cepat maka cepatlah saya kahwin, kalau lambat maka lambat lah..semuanya terletak pada Allah,” kata Apex ketika dihubungi Mynewshub.my di sini sebentar tadi.

Mynewshub.my menghubungi Apex bagi mendapatkan komen berhubung nasihat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mahu selebriti bola sepak popular itu cepat-cepat melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Nik Aziz dalam kenyataannya menasihatkan Apex untuk segera berkahwin bagi mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala sosial yang boleh menjejaskan nama baik dan masa depan karier bola sepak penjaga gol berpotensi besar itu.

Menurut Apex lagi, beliau tidak pernah menetapkan had umur untuk menamatkan zaman bujangnya dan sibuk memberikan tumpuan kepada bidang sukan, khususnya bola sepak.

Selain itu, Apex juga masih enggan mengulas mengenai soal hubungan peribadinya dan seolah-olah serik dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak kontroversi berhubung putus tunangnya mendapat liputan meluas dari ramai pihak.

“Saya kureng sikit nak beri komen pasal tu (hal peribadi)…takkan beri komen lagi pasal peribadi saya,” katanya ringkas dan enggan berkongsi tentang ciri-ciri gadis yang diminatinya.

Beliau yang terpilih sebagai model penghias kulit depan majalah GLAM Lelaki edisi Januari/Februari 2012 dilihat mampu menjadi ikon kepada golongan remaja setelah membantu skuad Harimau Malaya menyumbang pingat emas berharga pada Sukan SEA di Indonesia tahun lalu.

Bagaimanapun, hubungan peribadi beliau sering dijadikan bahan kontroversi di kalangan peminat menjadikan Apex seolah-olah trauma sehingga pernah terfikir untuk mengakhiri karier bola sepaknya lebih awal.

Mengulas mengenai komen negatif yang menghentamnya selama ini, Apex menjelaskan bahawa beliau tidak dapat menghalang mereka untuk menilai dan memperkatakan tentang dirinya, namun beliau cuba untuk melihatnya dari sudut positif.

“Terpulanglah kepada mereka..itu hak masing-masing untuk menilai seseorang, saya tak boleh nak halang.

“Tapi, saya akan lihat dari sudut yang lebih positif la..cuba melihat komen-komen negatif tu untuk dari sudut membina,” katanya sebelum mengakhiri perbualan. – Oleh ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

2 comments:

PCL said...

Assalamualaikum, salam singgah..

Saranan TGNA tu mmg bagus tp sekadar tawaran saja, mgkin Apek belum bersedia lg agakanya..

One Sensei said...

Wasalam. Betul tu. Mungkin dia belum ready. Dah follow. ;)

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...