Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Thursday, January 5, 2012

Nahas Jalan Tidak Berturap di Skudai (Berita Harian)

ABDUL Aziz (kiri) menunjukkan kecederaan dialami Krisna selepas terjatuh dari motosikal di Kilometer 24, Jalan Gelang Patah-Lima Kedai, Skudai.

Laluan Gelang Patah-Lima Kedai berlubang bahayakan pengguna 

SKUDAI: Kegagalan kontraktor menyiapkan kerja naik taraf penurapan jalan sejauh kira-kira 200 meter di Kilometer 24, Jalan Gelang Patah-Lima Kedai di sini, mengundang banyak kemalangan di lokasi itu.

Tinjauan mendapati keadaan laluan itu yang dipenuhi ketulan batu kerikil kecil yang diletak sebelum penurapan, selain tiada lampu jalan, membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal pada waktu malam.

Buruh, K Krisna Murthi, 43, cedera selepas terjatuh dari motosikal ketika melalui jalan itu yang belum diturap dan dipenuhi batu, selain keadaan gelap pada Sabtu lalu. 

“Kejadian berlaku ketika saya dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 6 pagi. Keadaan masih gelap tetapi tiada langsung papan tanda amaran mengenai keadaan laluan tidak berturap itu, menyebabkan motosikal saya hilang kawalan sejurus memasuki jalan yang sedang dinaik taraf ini. 

“Mujur kereta yang mengekori di belakang saya tidak laju dan sempat mengelak sejurus melihat saya terbebas dan jatuh atas jalan. Jika tidak, mungkin sesuatu lebih buruk boleh berlaku,” katanya. 

Krisna yang patah tangan dan luka pada mulut dan kepala terpaksa menerima jahitan ekoran kemalangan itu yang menyebabkan dia tidak mampu bekerja selama sebulan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian, ketika meninjau lokasi itu, melahirkan rasa kecewa terhadap kegagalan kontraktor dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan tanggungjawab diberikan. 

“Kontraktor projek ini seolah-olah tidak mementingkan keselamatan orang awam kerana bilangan papan tanda amaran dan lampu amaran tidak mencukupi bagi memberitahu jalan berkenaan dalam proses penaiktarafan,” katanya. 

Wakil JKR yang menyertai tinjauan itu, Md Saat Kana, berkata projek meninggikan jalan sepanjang 200 meter yang dikendalikan kontraktor dilantik itu sepatutnya siap dalam tempoh tiga hari. 

“Namun, disebabkan Sabtu dan Ahad cuti umum, kerja naik taraf tidak mengikut jadual,” katanya.

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...