Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 5, 2012

Kesatuan Mahu CCF MAS-AirAsia Dibatal (Sinar Harian)



SUBANG JAYA – Kesatuan Pekerja Penerbangan Malaysia Semenanjung Malaysia (Maseu) mendesak kerajaan dan majikan mereka, Malaysia Airlines System (MAS) supaya mempertimbangkan cadangan agar membatalkan kolobrasi CCF MAS-AirAsia.

Kesatuam yang mewakili kira-kira 20,000 pekerja di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan mendakwa nasib 10,000 pekerja yang mungkin diberhentikan adalah perkara paling dibimbangi sekiranya penggabungan diteruskan.

Setiausaha Agung Maseu, Ab Malek Ariff berkata, pihaknya dimaklumkan beberapa bahagian dalam MAS akan dipecahkan kepada anak-anak syarikat.

Ia dimaklumkan pada satu taklimat mengenai pelan perniagaan yang dibantangkan 16 Disember lalu.

Katanya, apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati adalah apabila bahagian dan divisyen dipecahkan, lebih separuh jumlah kakitangan MAS diminta meletak jawatan.

“Mereka mendakwa akan mengambil kembali pekerja yang meletak jawatan untuk bekerja semula di anak-anak syarikat.

“Ini sesuatu yang baru kepada kami, kita diminta letak jawatan tetapi apa jaminan selepas kita tandatangan surat itu, walaupun pihak pengurusan berjanji akan beri pekerjaan, tetapi kita percaya ia tidak akan jadi seperti itu,” katanya.

Ab Malek berkata, syarikat sepatutnya mengadakan perbincangan dengan pihak kesatuan sebelum sesuatu keputusan dibuat.

“Pihak pengurusan patut berbincang dengan kesatuan kerana kita bukan pembuat masalah, kita macam adik-beradik, malah rekod kesatuan kita juga baik.

“Kami lihat penggabungan tidak memberi faedah kepada kakitangan MAS, malah apa yang mungkin akan berlaku pada kakitangan kemungkinan besar akan kehilangan pekerjaan. Penggabungan bukan menyenangkan hati pekerja tetapi menyusahkan," katanya lagi.

Katanya, mengapa perlu kakitangan letak jawatan dan masuk ke dalam anak syarikat sedangkan MAS boleh mencontohi model Petronas di mana walau bekerja di anak syarikat, mereka tetap pekerja Petronas.

“Apa akan jadi kepada pekerja senior, apa akan jadi kalau anak syarikat ‘bungkus’, inilah yang kita tidak mahu, kalau hendak sangat buat, tolong wujudkan terma dan syarat,” katanya.

Presiden Maseu, Alias Aziz berkata, penggabungan hanya akan menyelamatkan AirAsia dan pada masa sama yang sama pekerja MAS menjadi mangsa.

“Kita minta kerajaan serius kaji balik sama ada penggabungan ini menguntungkan MAS atau tidak, bagi Maseu kita memang tidak bersetuju.

“Paling sedih kakitangan dipaksa letak jawatan dan sertai syarikat baru malah bukan itu sahaja mereka yang bekerja di Subang Jaya akan dipindahkan ke KLIA,” katanya.

Presiden Kesatuan Sekerja Pengangkutan Udara Sabah (Atwus) Awang Musa Awang Kassim

pula berkata beliau sangat bimbang dan tidak bersetuju pelan perniagaan dikemukakan pihak pengurusan sebelum ini.

“Kami menganggap pelan yang bakal dilaksanakan benar-benar menjejaskan hak pekerja.

“Justeru kesatuan berharap pihak pengurusan dapat meneliti semula perancangan bakal dilakukan dan tolong mendengar rintihan pihak kami,” katanya.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...