Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Thursday, January 5, 2012

Masalah Kurang Guru Hanya Sementara - Wee (The Star)



Rawang - Masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah vernakular akan dikurangkan sebaik sahaja guru-guru baru daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Latihan Guru Pascasiswazah (KPLI) melapor diri di sekolah-sekolah pada hari Isnin.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata minggu ini adalah satu tempoh peralihan untuk beberapa sekolah yang terpaksa berhadapan dengan masalah kekurangan guru.

"Pengetua dan guru besar sekolah perlu bekerjasama dengan jabatan pelajaran negeri masing-masing untuk menangani isu kekurangan guru. Masalah itu tidak boleh diselesaikan jika jabatan pelajaran negeri tidak dimaklumkan akan masalah tersebut," beliau berkata selepas melawat SJK (C) Kota Emerald pada hari ini.

Pada masa ini, terdapat lebih 2,000 jawatan tidak dipenuhi di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Dr Wee menjelaskan bahawa 861 orang guru dari program PISMP dan KPLI akan mengisi jawatan tersebut di sekolah-sekolah vernakular, bersama-sama dengan 1,200 guru-guru sementara dan 200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Terdahulu, Dr Wee mengucapkan tahniah kepada lembaga sekolah SJK (C) Kota Emerald, yang mengalu-alukan kumpulan pertama murid-murid semalam. Sekolah baru itu yang mempunyai enrolmen murid-murid seramai 372 telah menelan kos sebanyak RM6.5mil berjaya disiapkan dalam tempoh lapan bulan.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim dan Pengarah Pelajaran Selangor Abdullah Mad Yunus.

Sumber (Kopi Pasta): The Star
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...