Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Tuesday, February 21, 2012

Belasungkawa: Lenyap Sebutir Bintang

RAKAN artis menziarahi jenazah Allahyarham Latif di kediamannya, di Keramat, malam tadi.

Latiff Ibrahim terus aktif menyanyi, berlakon hingga ke akhir hayat

PENYANYI dan pelakon popular era 70-an dan 80-an, Latiff Ibrahim, atau nama penuhnya Abdul Latiff Ibrahim, 62, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 6.06 petang semalam, berikutan komplikasi jantung.



Kakak penyanyi itu, Sophia Ibrahim berkata, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman keluarganya di AU3, Keramat, pada malam tadi, manakala urusan pengebumian pula dijangka disempurnakan hari ini.

“Buat masa ini keluarga terdekat sedang menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke rumahnya. Jenazah berkemungkinan dikebumikan sebelum Zuhur esok (hari ini), namun lokasinya masih belum dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi.

Allahyarham yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari, IJN, sejak Sabtu lalu difahamkan terpaksa bergantung kepada mesin hayat dan menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, anak serta adik-beradiknya.

Beliau meninggalkan seorang balu, Masria Mahadan, 54, serta dua anak, Haznally, 32, dan Hazriq, 34.

Kali terakhir pelantun lagu Nora itu dimasukkan ke IJN adalah pada Disember lalu. Allahyarham yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung 12 tahun lalu turut menghidap kencing manis.

Ketika hayatnya, selain menyanyi Allahyarham membintangi 15 filem termasuklah Ribut Di Hujung Senja dan Senja Merah, manakala kemunculan terakhirnya di layar perak adalah menerusi filem 4 Madu arahan A Razak Mohaideen, dua tahun lalu. Antara kemunculan terakhirnya di pentas pula menerusi program Inilah... terbitan RTM pada Oktober 2011, selain teater muzikal yang pernah mengundang kontroversi, Terima Kasih Cinta, pada Februari tahun sama.

Mengimbas zaman kegemilangan anak seni kelahiran Jasin, Melaka itu, Allahyarham yang juga cucu kepada pelakon era 50-an, Aman Belon, memulakan kerjaya seni sebagai pelakon drama terbitan RTM bermula pada 1975.

Setahun kemudian beliau ‘terjun’ ke dunia layar perak buat kali pertama menerusi Hapuslah Airmatamu, arahan M Amin.

Antara drama lakonannya pula ialah Di sini Cemerlang Bintangku yang turut dibintangi arwah Mahmud June, selain Berenang Dalam Lumpur dan Panggung RTM, Anak Seluang Jauh Melukut.

Popularitinya semakin memuncak selepas filem pertama, hingga dijemput menjadi artis undangan dalam program Hiburan Minggu Ini (HMI) yang dihoskan arwah Normadiah.

Sejak memperdengarkan vokal emasnya dalam program hiburan itu selain kemampuan membawakan lagu Inggeris dan joget, artis seangkatan Datuk DJ Dave dan Hail Amir ini juga pernah diundang menjayakan konsert Anita Sarawak.

Bintangnya terus menyinar pada 1978 apabila ditawarkan bernaung di bawah label EMI dengan merakamkan album EP yang memuatkan empat lagu termasuk Mengharap Kasihmu dan Mengenang Dikau Kembali.

Ketika zaman kegemilangannya, Allahyarham pernah bekerjasama dengan komposer Datuk Ahmad Nawab, malah sempat menghasilkan dua lagi album (LP) yang memuatkan dendangan popular seperti Pilihanku, Nora dan Manis Kata Di Bibir Saja.

Selain disukai ramai dek lagu serta vokalnya yang unik, beliau terus mencipta nama sebagai bintang filem menerusi Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan dan Dendang Perantau.

Bagaimanapun, kegawatan ekonomi pada 1997 pernah memaksanya mengundurkan diri buat sementara dari dunia seni dengan menceburi bidang berkaitan pelancongan, termasuk menjayakan kempen penggalakan pelancongan di Melaka dan Negeri Sembilan, sebelum aktif semula beberapa tahun kemudian.

Walau kini Allahyarham yang cukup rapat dengan sembilan lagi adik-beradiknya itu sudah tiada, sumbangan serta jasanya terhadap industri hiburan tetap akan dikenang sampai bila-bila.

Legasi seninya kini diteruskan adik-beradiknya seperti Sophia, Datuk Khadijah, anak saudaranya, Hairee Kool dan Firdaus. Malah darah seninya juga turut mengalir dalam diri kedua-dua anaknya.

INFO
LATIFF IBRAHIM (1950-2012)

Filem:

2010 : 4 Madu
2005 : Tak Ori Tapi OK
2000 : Pasrah
1994 : Simfoni Kasih
1992 : Sahabat
1992 : Konstabel Mamat
1990 : Sejati
1989 : Ragam Pemandu
1982 : Esok Untuk Siapa?
1982 : Ribut Di Hujung Senja
1982 : Senja Merah
1981 : Bintang Pujaan
1979 : Sumber Ilhamku
1979 : Dendang Perantau
1976 : Hapuslah Air Matamu

Teater:

2011: Terima Kasih Cinta

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...