Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Tuesday, January 3, 2012

Mancini Berang Man City Tewas (MyNewsHub)



MANCHESTER CITY gagal menjarakkan jurang mata dengan pasukan tangga kedua, Manchester United apabila mereka tewas mengejut 0-1 kepada Sunderland di tempat lawan, malam tadi.



Jaringan kemenangan Sunderland menerusi pemain gantian, Dong-Won Ji pada minit ke-93 memberikan kekalahan kedua buat City, musim ini, sekali gus menerbitkan rasa berang di hati pengurus City, Roberto Mancini.


Dengan kekalahan itu, City masih kekal di tangga teratas, berkongsi 45 mata dengan United selepas 19 perlawanan.


“Kalau kamu nak jadi pasukan teratas, kamu tak boleh tewas seperti ini. Memang gol itu kelihatan ofsaid tetapi  saya tak berhajat untuk bertemu pengadil mempersoalkan jaringan itu.


“Saya hampir kehilangan suara kerana menjerit ke arah pemain pertahanan supaya beri tumpuan apabila Sunderland mula member ancaman bahaya.


“Ia cukup mengecewakan kerana kami tak sepatutnya tewas perlawanan ini kerana kami memiliki banyak peluang terutama pada babak kedua,” kata Mancini.


Satu lagi perlawanan malam tadi menyaksikan West Brom tewas 0-1 kepada Everton hasil jaringan tunggal Victor Anichebe (87).


Malam ini, lima lagi perlawanan bakal berlangsung iaitu Aston Villa bertemu Swansea (11mlm), Blackburn bertemu Stoke (11mlm), QPR bertemu Norwich (11mlm), Wolves bertemu Chelsea (11mlm) dan Fulham bertemu Arsenal (1.30pagi).


Esok pula, tiga lagi perlawanan menyusul iaitu Tottenham bertemu West Brom (3.45 pagi Rabu), Wigan bertemu Sunderland (3.45 pagi Rabu) dan Manchester City bertemu Liverpool (4 pagi Rabu).


Baki dua perlawanan bakal berlangsung Rabu iaitu Everton bertemu Bolton (4 pagi Khamis) dan Newcastle bertemu Manchester United (4 pagi Khamis).


Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...