Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Tuesday, January 3, 2012

PAS Perlu Belajar Dari Dr Hasan (Agenda Daily)



Tentu semakin cemburu pemimpin PAS yang memangnya anti dengan Datuk Dr Hasan Ali apabila Exco Selangor itu menduduki ranking ke 6 individu politik popular dalam portal Yahoo sepanjang 2011.

Dr Hasan menafikan nama-nama besar seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Datuk Mahfuz Omar walaupun mereka lebih banyak cakap dan kerap cetuskan kontroversi.

Yahoo! Malaysia menyifatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu sebagai seorang yang boleh menulis manual atau cara untuk “membuat musuh dan menyakitkan hati orang”.

“Ini adalah orang yang menyakitkan hati banyak pihak, dan beliau layak menduduki tempat ini berdasarkan tindak-tanduknya sendiri,” tambah laporan itu.

Dengan penilaian Yahoo terhadap Dr Hasan seperti itu, setidak-tidaknya Mat Sabu, Khalid dan Mahfuz  boleh cakap ADUN Gombak Setia itu dipilih kerana ‘membuat musih dan menyakitkan hati orang”.

Apapun andaian pemimpin PAS lain yang condong kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka kena akur bahawa Dr Hasan adalah bola getah yang melantun lebih kuat jika dibaling dengan kuat.

Lihat sahaja bagaimana Dr Hasan menangani isu PAS Selangor yang dilihat mahu ‘mandikan’ beliau dengan kenyataan tidak cukup pencalonan untuk bertanding dalam PRU ke 13, akhirnya Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri memuji Dr Hasan.  

Dalam pertemuan Selasa malam di kediaman Menteri Besar Kelantan di Kota Baru itu turut dihadiri oleh Presiden PAS Datuk Seri  Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din dan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Dr Hasan disifatkan anak jantan oleh Nik Aziz.

"Ini tanda kelakian dan anak jantan kerana dia ikhlas menarik balik kenyataan dan memohon maaf. Ini ajaran agama dan bukan senang untuk mana-mana yang buat salah untuk minta maaf dan menarik balik," kata Nik Aziz.

Cuma yang belum nampak kelakian dan anak jantan dalam isu Dr Hasan adalah Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib yang memulakan kontroversi dengan kenyataan Dr Hasan tidak cukup pencalonan.

Dr Hasan sudah meminta PAS Pusat mengambil  tindakan terhadap Saari yang juga ADUN Ulu Klang kerana kenyataan yang menyebabkan kekecohan dalaman parti.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga berkata, Dr Hasan, Nasharuddin dan Saari akan dipanggil memberi keterangan atau penjelasan kepada Abdul Hadi.

Bagaimanapun, jika tidak terlepas pandang, Dr Hasan dan Nasharuddin sudah berjumpa pemimpin tertinggi PAS sedangkan Saari masih menikus – istilah dilabelkan Dr Hasan kepadanya.

Dengan pujian Nik Aziz kepada Dr Hasan, tidak pelik Yahoo memilih beliau antara paling ‘top’ malah Anwar yang terpalit dengan isu video lelaki miripnya hanya di tangga ke 9 portal itu.

Nampaknya banyak perkara yang Mat Sabu, Khalid dan Mahfuz kena belajar daripada Dr Hasan jika mahu ‘top’.

Barangkali Nik Aziz yang cetus macam-macam fatwa juga kena belajar sesuatu daripada Dr Hasan kerana Mursyidul Am PAS itui juga tidak ‘terlawan’ Dr Hasan dalam Yahoo. - OLEH ROSLAN BIAN

Sumber (Kopi Pasta): Agenda Daily
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...