Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Tuesday, January 3, 2012

Suami Isteri Lompat Ke Beranda Jiran (myMetro)


HANGUS...keadaan rumah mangsa yang terbakar, semalam.

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri nyaris maut apabila apartmen didiami mereka di tingkat 16 Menara Orkid, Bandar Baru Sentul, di sini, terbakar tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, pasangan berkenaan yang berusia 30-an dan 40-an bernasib baik kerana cedera ringan selepas berjaya keluar dari unit kondominium mereka dengan melompat ke beranda rumah jiran.

Mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Saksi kejadian, Faizal Amri Hamzah, 39, berkata, dia terdengar bunyi kuat seperti letupan disertai jeritan meminta tolong sebelum mendapati suami isteri itu terperangkap di beranda rumah mereka yang sedang terbakar.

“Saya berlari memberi amaran tentang kebakaran itu sebelum mendapatkan hos pemadam kebakaran bersama beberapa jiran lain. “Bagaimanapun, hos berkenaan tidak berfungsi dan ada penduduk memberitahu, kedua-dua mangsa melompat ke beranda rumah jiran, namun pintu gelongsor berkunci menyebabkan mangsa terperangkap,” katanya.

Faizal berkata, bomba tiba kira-kira 10 minit kemudian dan terpaksa memotong serta memecahkan pintu rumah jiran berkenaan untuk menyelamat pasangan suami isteri terbabit.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pusat, Ishafari Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 12.02 tengah hari dan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Chow Kit, Pusat dan Sentul dikejarkan ke tempat kejadian.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...