Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Tuesday, January 3, 2012

Imigresen Tahan 36 GRO Rakyat Thailand (MyNewsHub)



JOHOR BAHARU – Jabatan Imigresen Johor menahan 36 wanita rakyat Thailand dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Abdullah Tahir, di sini, awal pagi Selasa.

Timbalan Penolong Pengarah II Jabatan Imigresen Johor, Amzari Abdul Jalil berkata turut ditahan seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun yang dipercayai penjaga premis berkenaan dalam serbuan pada pukul 1 pagi itu.

“Ada di antara wanita itu cuba meloloskan diri dengan menggunakan pintu rahsia, bagaimanapun, mereka gagal kerana semua pintu keluar sudah dikepung pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amzari berkata kesemua wanita berusia 21 hingga 34 tahun itu yang bekerja tanpa dokumen sah dihantar ke Depoh Tahanan Pekan Nenas, Pontian, untuk tindakan. – BERNAMA

Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...