Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Tuesday, January 3, 2012

Terbuka Korea Penentu Kebangkitan Chong Wei, Gandingan Koo-Tan (Berita Harian)



TERBUKA Korea - kejohanan pembuka tirai badminton dunia tahun ini yang bermula esok - harus dirumuskan medan penting kepada Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kerana ia menjadi penentu sama ada mereka mampu bangkit atau tidak daripada prestasi tidak menentu, tahun lalu. 

Chong Wei yang mengungguli tujuh kejuaraan sepanjang tahun lalu mengundang kebimbangan ramai apabila mempamerkan aksi longgar di penghujung saingan termasuk tumbang kali ketiga kepada bintang muda China Chen Long di separuh akhir Final Siri Super Dunia, bulan lalu.

Persembahan Kien Keat-Boon Heong sepanjang tahun lalu disifatkan paling buruk dalam kerjaya mereka hingga dikecam ramai dan satu-satunya kejohanan dimenangi gandingan itu ialah Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia yang disifatkan pertandingan kelas tiga.

“Saya akui agak keletihan pada hujung tahun lalu selepas mengharungi banyak pertandingan dan ia menjadi faktor persembahan saya menurun. Walaupun saya kini dalam proses pemulihan, tetapi sudah tentu saya mahu memulakan tahun ini dengan kemenangan,” kata Chong Wei. 

Chong Wei mendapat undian mudah dalam kejohanan bernilai AS$1 juta (RM3 juta) itu apabila tidak perlu berdepan dua pencabar utama, Lin Dan dan Chen Long yang dijangka berentap sesama sendiri di separuh akhir. 

Sebaliknya, Chong Wei yang berdepan ancaman kehilangan status pemain nombor satu dunia yang disandangnya sejak 2008 kepada ‘Super Dan’ dijangka menentang pemain veteran Denmark Peter Gade dalam satu lagi pertembungan separuh akhir. 

Sementara Kien Keat-Boon Heong pula akan memulakan kempen menentang pasangan Belanda, Ruud Bosch-Koen Ridder sebelum dijangka menanti mereka di suku akhir ialah pasangan utama tuan rumah yang menang 12 daripada 14 pertemuan ke atas mereka, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung.

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...