Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Tuesday, January 31, 2012

Makcik Panik Langgar Motor Berkuasa Besar, Kereta, Rempuh Kedai (2 Gambar)


KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Kerana Terpijak Kasut, Remaja Dibunuh di Tawau


TAWAU - Gara-gara terpijak kasut pada majlis kenduri dan tari menari di Kalabakan, seorang remaja maut dibelasah sekumpulan lelaki di persimpangan bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Bakal Maharaja Indonesia Memiliki RM20 Trillion


WALAUPUN tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Kehilangan 30 Lembu Terjawab


GUA MUSANG - Keadaan yang mencurigakan bagi empat lelaki berada dalam sebuah ladang sawit di Kampung Aring 7, dekat sini, terbongkar apabila mereka sedang menyembelih dua lembu curi selepas menembak haiwan itu dua minggu lalu.

Gadis Berjubah Tidak Memakai Pakaian Dalam


Orang ramai yang membeli belah di sebuah kompleks perniagaan di Salmiya, menunjukkan reaksi terkejut apabila sekumpulan anggota polis tiba bagi menahan tiga wanita muda yang hanya memakai abaya atau jubah tetapi tidak berpakaian dalam di sebalik jubah hitam itu.

Penyamun Minta Hidang Nasi Lepas Pecah Rumah


KUALA TERENGGANU - "Hidang aku nasi" itulah permintaan seorang penyamun selepas memecah masuk ke dalam rumah seorang pembantu veterinar di Kampung Bukit Payung, Besut di sini, pagi kelmarin.

Monday, January 30, 2012

Wow! Rumah Terbalik Dibina di Sabah! (15 Gambar)


KOTA KINABALU - Rumah ini dibina di alamat Kg. Telibong, Batu 21, Jalan Telibong Tamparuli, 89208 Tuaran Sabah, Malaysia. Ianya merupakan binaan seumpanya yang pertama di Asia Tenggara.

Ke Mahkamah Selepas Curi Duit Bapa Sendiri Untuk ‘Enjoy’


KUALA TERENGGANU - Dek kerana penangan siber kafe, seorang anak sanggup ‘mencilok’ duit bapanya sendiri bagi membolehkannya menghabiskan waktu bersama rakan-rakannya.

Budak Pemungut Bola Sambut Bola Tenis Dengan Bergaya (Video)


Seorang budak pemungut bola pada kejohanan tenis Australia Open telah menunjukkan aksi menarik ketika menyambut bola yang tiba-tiba dipukul ke arahnya. Dia dengan serta merta berjaya menangkap bola berkenaan yang pada kiraan mata kasar, bola tersebut kelihatan bergerak dengan agak laju.

Lihat video di bawah.

BBB: Fuh! Memang deria refleks budak ni berada di tahap tertinggi.

Arsenal Bangkit Singkirkan Villa


LONDON – Arsenal bangkit daripada ketinggalan dua gol bagi memusnahkan impian Aston Villa dengan kemenangan 3-2 untuk mara ke pusingan kelima Piala FA Inggeris, di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Tarian Seksi Cetus Kontroversi di Pulau Pinang


GEORGETOWN – Menari sehingga separuh bogel, itulah kegiatan yang dipercayai dilakukan sebuah pusat hiburan di sebuah Jalan Upper Penang.

Anak Perempuan Buat Maksiat Pukul Ibu


KULIM - Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Ji-Sung Gesa Rakan Sepasukan Bangkit Atasi Kekecewaan


MANCHESTER: Pemian tengah Manchester United, Park Ji-Sung menggesa rakan sepasukannya untuk bangkit mengatasi kekecewaan selepas kalah 1-2 ke atas Liverpool Sabtu lalu dan menumpukan sepenuhnya kepada perlawanan Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga Juara-juara Eropah.

Qamar Hashim, Jurufoto Berusia 8 Tahun (10 Gambar & Video)



BAGHDAD - Walaupun baru berusia 8 tahun, Qamar berbeza dari kanak-kanak yang seumur dengannya. Dia mempunyai minat tersendiri yang jarang ada pada kanak-kanak seusianya. Qamar merupakan jurufoto termuda di Iraq.

Piala Thomas: Razif Bidas BAM

Zulfadli dan bapanya, Zulkiffli Sidek.

BEKAS ketua jurulatih badminton negara, Razif Sidek membidas keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menyenaraikan juara remaja dunia Zulfadli Zulkiffli dalam skuad kelayakan Piala Thomas.

CEO Royal Bank of Scotland Tolak Bonus RM4.8juta


LONDON - Ketua Eksekutif Royal Bank of Scotland, Stephen Hester menolak bayaran bonus hampir £1 juta (RM4.8 juta), lapor BBC.

Ozzy, Anjing Pakar Mengimbang Jadi Sensasi YouTube (7 Gambar & 2 Video)


NORWICH CITY - Kehebatan seekor anjing berbaka collie-kelpie cross yang dinamakan Ozzy telah mencipta kejutan melalui laman YouTube apabila videonya yang berjaya mengimbang di atas rantai dan papan tanda telah mendapat lebih 80,000 hit dalam sehari.

Awan Nano Kuasai AJL-26


KUALA LUMPUR - Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) yang berlangsung di sini malam tadi, menyaksikan lagu Awan Nano ciptaan komposer M. Nasir dan penulis lirik Budi Hekayat, yang didendangkan oleh Hafiz, dinobatkan sebagai juara.

Sunday, January 29, 2012

Lelaki Ceraikan Isteri Selepas Menjumpai Surat Cinta 70 Tahun Lepas


ROME - Seorang lelaki Itali berusia 99 tahun telah menceraikan isterinya selepas 77 tahun perkahwinan mereka baru-baru ini setelah mengetahui hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain 70 tahun yang lepas.

Wanita Ketagih Seks Telah Tidur Bersama 1,000 Lelaki (4 Gambar)

Crystal Warren

Crystal Warren, 42, seorang pengurus pemasaran dari Brighton mempunyai satu tabiat yang pelik sejak kehilangan dara ketika dia berusia 15 tahun. Akibat tekanan kerana ibu bapanya bercerai sejak dia berusia 5 tahun, Warren mengambil jalan mudah untuk mula bergaul dengan lelaki ketika berumur 15 tahun. Sejak itu, dia percaya bahawa dia sudah mula ketagihan seks.

Dia telah meniduri 40 orang lelaki apabila mencapai usia 17 tahun. Kini apabila dia sudah berusia 42 tahun, dia telah pun meniduri lebih daripada 1,000 orang lelaki. Dia tidak kenal erti malu malah dia tidak kisah jika masyarakat sekeliling melabelnya sebagai perempuan murahan.

"Saya tidak kisah apa kata orang. Yang penting, saya berasa seronok dan puas ketika melakukan hubungan seks." Setiap minggu, dia akan ke kelab malam dan bar untuk bertemu lelaki baru untuk dijadikan teman tidur. "Saya dahagakan kepuasan seks. Saya tidak faham mengapa orang lain tidak boleh menikmati seks dan berlalu pergi dengan kepuasan itu," tambahnya lagi.

"Saya tahu saya ketagih seks. Tetapi saya tidak akan merawat ketagihan ini kerana bagi saya seks adalah satu-satunya jalan untuk saya merasai kepuasan dan nikmat hidup. Saya tahu ramai yang mencemuh saya, namun saya tetap bangga dengan diri saya."

Sumber dan Berita Penuh: Mirror

BBB: MashaALLAH. Jauhkanlah perbuatan seperti ini di negara kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadikanlah sempadan.

Kotak Untuk Buang Bayi di Rusia (3 Gambar)

MOSCOW - Pusat kesihatan daerah Krasnodar di selatan Rusia telah membeli 5 buah kotak khas untuk meletakkan bayi yang tidak diingini oleh sesiapa sahaja. Ianya seperti tempat membuang bayi namun dilengkapi dengan sistem canggih yang dapat memberi keselesaan kepada bayi tersebut.

Kotak ini disambungkan terus kepada pusat kesihatan bagi memudahkan para pekerja untuk mengambil bayi tersebut. Menurut pusat kesihatan tersebut, kotak ini dibeli khas untuk mengatasi masalah pembuangan bayi di merata tempat yang semakin berleluasa di daerah itu.

Lihat gambar di bawah.

BBB: Hakikatnya, masalah sosial akibat hubungan seks bebas tidak dapat dibelenggu jika penyelesaian seperti ini memudahkan lagi pelaku-pelaku seks bebas untuk terus melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Renung-renungkanlah.

Sumber dan Berita Penuh: Daily Mail UK

Bayi Tanpa Kepala Ditemui di Ampang


AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Anak Kapal Finnair Airlines Menari Tarian Bollywood Dalam Pesawat (Video)

 
NEW DELHI - Sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke 63, anak-anak kapal Finnair Airlines telah memberi kejutan kepada para penumpang dengan menari tarian Bollywood di dalam pesawat.

Para penumpang yang menaiki pesawat untuk terbang dari Helsinki ke New Delhi itu ternyata terkejut dengan persembahan khas oleh anak-anak kapal Finnair Airlines. Selepas video rakaman kejutan ini dimuatnaik ke YouTube, ia telah mencapai lebih sejuta hit dalam masa sehari.

Saksikan video di bawah.

Wow! Menara Kaca Pusat Penyimpanan Volkswagen (7 Gambar)

WOLFSBURG - Syarikat pengeluar kenderaan terbesar di German, Volkswagen Group, telah membina menara-menara kaca khusus untuk menyimpan kenderaan-kenderaan baru keluaran syarikat mereka.

Menara ini diberi nama 'the Autostadt' yang bermaksud 'bandar kereta' dengan kecanggihan sistem keselamatan juga mesin penggerak kenderaan yang sangat moden. Kenderaan diletakkan secara bertingkat dan dikendalikan oleh mesin khas untuk membawa keluar dan masuk sesebuah kenderaan. Sebuah menara boleh memuatkan sehingga 400 buah kenderaan dan ia mempunyai 20 tingkat.

Lebih mengujakan lagi apabila kenderaan-kenderaan yang disimpan di dalam menara ini boleh dilihat dari luar menara.  Filem terbaru terbitan dan lakonan Tom Cruise, Mission Impossible: Ghost Protocol turut mengetengahkan teknologi menara 'Autostadt' ini pada salah satu adegan di dalam filem tersebut.

Lihat gambar-gambar di bawah.

Sumber dan Berita Penuh: Daily News UK

Kelantan Kukuh Cengkaman Liga Super


KUALA LUMPUR - Kelantan terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super dengan diikuti rapat dua pasukan, Terengganu dan Perak apabila masing-masing berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam tadi.

Aaron Aziz, Datuk Siti Ungguli Anugerah PPMH


SHAH ALAM - Pelakon Ombak Rindu, Aaron Aziz memenangi dua kategori Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012, yang berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15 di sini, malam tadi.

Bayi Sebesar Tin Pepsi (4 Gambar)

LOS ANGELES - Seorang bayi perempuan telah dilahirkan 16 minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. Melinda Star Guido dilahirkan dengan berat 0.26 kg dengan saiz sebesar tapak tangan.

Doktor pada mulanya tidak yakin bayi itu akan terus hidup namun setelah 5 bulan selepas dilahirkan, bayi itu semakin sihat dan hidup dengan baik.

Haydee Ibarra, ibu kepada bayi itu sangat gembira dengan perubahan positif Melinda. "Saya sangat gembira dan saya akan membawanya pulang ke rumah."

Sumber dan Berita Lanjut: Sky News


Pelajar 13 Tahun Berasmara Dengan Guru Wanita Berumur 43 Tahun (7 Gambar)

Renata Juras, seorang guru wanita di Austria telah dibuang kerja apabila mengandungkan anak kandungan muridnya sendiri, Erwin. Mereka telah mula mengadakan hubungan kelamin sejak Erwin berusia 13 tahun lagi. Erwin kini berumur 16 tahun dan Renata telah pun hamil selama 20 minggu.

Walaupun dibuang kerja dan dikenakan tindakan undang-undang, Renata yang berasal dari Croatia, ternyata gembira dengan berita kehamilannya. "Ia dirancang oleh kami berdua. Saya berasa sangat gembira. Kami sudah pun menamakan bayi ini namun ianya masih menjadi rahsia kami."

Renata dijangka akan melahirkan bayi tersebut pada bulan Jun ini. - Austrian Times

Sumber dan Berita Lanjut: Austrian Times


Saturday, January 28, 2012

9 Tips Didik Anak


Bagaimana didik anak?
( If you love your kids, love them enough to beat them so that they don't grow up to be idiots- Maddox. )

****

Soalan pembaca:

Salam and salutations

Saya cadangkan Kereta Mayat tulis entry tips didik anak2 pulak. Isteri saya tengah mengandung. Tapi dia sekarang tengah HO, sangat limited masa untuk diri sendiri. Seharian dalam hospital saja. Jaga pesakit. Ada amalan yang sesuai untuk didik anak? Boleh share dengan kami, terima kasih.

Jawapan dari Hamka Kereta Mayat:

Wow! Rumah Kaca Lutsinar (10 Gambar)

Rumah kaca yang tembus pandang ini merupakan idea unik dan kreatif nukilan Santambrogiomilano Group. Mereka adalah sebuah syarikat reka bentuk yang menyediakan idea-idea baru di dalam proses mereka bentuk sesebuah rumah. Projek khas ini diberi nama 'Simplicity Project'.

Lihat gambar-gambar di bawah.

BBB: Memang tak akan ada istilah privasi di rumah ni. Haha!



Pesara Berumur 88 Tahun Pukul Perompak Bersenjata Guna Tongkat


Bekas anggota polis dan veteran Perang Dunia, Gordon King yang kini berusia 88 tahun, mengambil tindakan drastik untuk membantu pemandu van yang dirompak di luar Bank Lloyds TSB di Morland Road, Bath, pada Rabu lepas.

Pelakon Model Beraksi Ghairah di Twitter (15 Gambar)

Diora Baird (lahir pada 6 April 1983 di Miami, Miami-Dade County, Florida, U.S.A.) adalah seorang pelakon Hollywood dan bekas model untuk Guess? pernah membintangi filem Wedding Crashers (2005) dan The Texas Chainsaw Massacre: The Beginning (2006).


Bapa Bawa Anak 3 Tahun Main Judi


PULAU PINANG - Akibat ketagih berjudi, seorang bapa sanggup membawa anak lelakinya berusia tiga tahun menemaninya berjudi di sebuah pusat judi tanpa lesen di bandar ini.

Kereta Terkecil di Dunia (7 Gambar)

LONDON - Nampak seperti kereta mainan. Namun ternyata ia adalah kereta sebenar. Lihat gambar-gambar di bawah.

BBB: Senang nak parking! Bawa naik ke pejabat pun boleh.

Sumber dan Berita Lanjut: Daily Mail UK


Gadis 16 Tahun Belayar Solo Mengelilingi Dunia (4 Gambar)


Pelayar remaja Belanda, Laura Dekker baru tiba di Saint Maarten sekali gus menamatkan pelayarannya mengelilingi dunia selama 1 tahun.

Kereta Yang Pernah Dipandu Obama Dilelong 1 Juta USD


Jika anda ingin membeli kereta yang pernah dipandu oleh seorang presiden, kini adalah masa untuk anda melaburkan wang. Anda mempunyai peluang untuk membeli kereta Chrysler 300C 2005 yang pernah dipandu oleh orang yang paling berkuasa di planet pada ketika ini, iaitu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Friday, January 27, 2012

'Tandas Perempuan' Jadi Pintu Laluan Judi Haram


KLANG - Taktik pengusaha sebuah pusat hiburan di sini yang meletakkan label 'tandas perempuan' pada sebuah pintu di dalam premis bagi melindungi aktiviti perjudian haram, terbongkar dalam serbuan polis terhadap pusat hiburan itu semalam.

AirAsia Disaman di Australia


AirAsia disaman sebuah suruhanjaya pengguna di Australia kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tambang penuh perkhidmatannya dalam laman web.

Gaji Penjawat Awam Bulan Februari Berdasarkan SSM



KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), selepas kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Bogel Ketika Solat Aidilfitri (2 Gambar)



Sedang seronok melayari laman blog scaniaz, BBB terclick pada link yang bertajuk 'Berbogel Waktu Solat Aidilfitri'. Bukan terniat pun, namun menarik minat untuk membaca. Kesahihan gambar ini tidak dapat BBB pastikan. Lihat gambar di bawah. Anda tentukanlah sendiri. Wallahua'alam. - BBB

Sumber (Kopi Pasta): scaniaz & prince91

Rahsia Pemilihan Semenanjung Arab Sebagai Tapak Permulaan Islam (3 Gambar)


Sebelum kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam dan Semenanjung 'Arab di mana baginda hidup dan dipilih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpilihnya Rasulullah dari bumi ini dan bangsa 'Arab pula sebagai pembawa obor da'wah Islamiyyah.

Siling Runtuh Ketika Tidur


SHAH ALAM – Tiga sekeluarga nyaris maut apabila sebahagian siling rumah runtuh dalam kejadian di Kota Kemuning di sini kira-kira jam 4.30 pagi, Khamis lalu.

Awas! Fesyen Pelik Koleksi Musim Bunga Haute Couture 2012 (17 Gambar)

PARIS - Fesyen pelik ini dipersembahkan khas sempena kehadiran musim bunga yang bakal tiba di Eropah. Namun begitu, BBB merasakan fesyen yang ditonjolkan di Paris ini teramatlah pelik dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. Mungkin mereka saja-saja hendak mereka fesyen pelik ini kan?

Saksikan gambar-gambar berikut di bawah.

Sumber: stylelist

Poster Movie Yang Bakal Menemui Anda Pada 2012 (10 Gambar)

Berikut adalah koleksi poster-poster movie Hollywood yang bakal menemui anda di pawagam pada tahun ini. Selamat menonton!

Thursday, January 26, 2012

Usung Keranda Tanda Protes Dihenti Kerja


NILAI - Jawatankuasa Tenaga Kerja (JTK) diminta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan nasib dihadapi 161 pekerja tempatan sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Nilai, di sini yang diberhentikan.

Susulan 2 Bayi Maut, JKM Selangor Kunci Taska


SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor hari ini melaksanakan proses lak terhadap pusat jagaan kanak-kanak dan taska di Taman Permata, Ampang yang terbabit dalam kes dua bayi maut pada 19 Jan lepas.

Pensyarah Perlu Bebas 100 Peratus


SHAH ALAM – Pensyarah sewajar membebaskan diri mereka 100 peratus dari dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam menyampaikan pandangan dan objektif mereka.

Tarian Singa Versi Sumazau (Video)


Tarian Singa sangat sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Ia tidak dapat dipisahkan lagi apabila tarian ini menjadi tradisi sejak zaman berzaman. Video di bawah memaparkan tarian singa versi Sumazau. Amat menarik melihat mereka menari mengikut rentak muzik Sumazau, sebuah tarian tradisi masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.

Lihat video di bawah.

Garis Panduan Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


Anda Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia? Anda mahu terus menimba ilmu? Ini peluang anda! Usah lepaskan peluang yang terhidang ini. Bak kata Nabi Muhammad SAW, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Usah tunggu lagi!

Download Garis Panduan Cuti Belajar Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan baca mengenai status kelayakan anda. Sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kita perlu penuhkan ilmu di dada, untuk dicurah kepada semua.

BBB: Kalau ada yang nak menjadi bakal isteri BBB, sekurang-kurangnya mesti ada phD. Hahaha!

Lagu Mana Layak Menjadi Juara Lagu ke-26?


Debaran malam kemuncak Anugerah Juara Lagu kali ke-26 (AJL26) makin dirasai. Hanya tinggal empat hari lagi untuk menyaksikan lagu manakah yang bakal membawa pulang trofi Juara.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...