Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, January 28, 2012

Gadis 16 Tahun Belayar Solo Mengelilingi Dunia (4 Gambar)


Pelayar remaja Belanda, Laura Dekker baru tiba di Saint Maarten sekali gus menamatkan pelayarannya mengelilingi dunia selama 1 tahun.



Dekker yang berusia 16 tahun 4 bulan menjadi gadis termuda yang berjaya berlayar mengelilingi Bumi. Namun begitu, rekod beliau tidak akan didaftarkan di dalam buku Rekod Dunia Guinness setelah pada tahun 2009 istilah rekod "termuda" atau "tertua" sudah tidak digunakan lagi oleh Guinness.

Beberapa kilometer terakhir sebelum mengakhiri pelayaran mengelilingi dunia beliau, Laura telah disertai oleh ahli-ahli keluarga yang lain termasuk ibu bapanya, kakak dan nenek-moyang yang turut menaiki kapal layar tersebut ketika ia menghampiri pelabuhan Simpson Bay.

Gadis muda Belanda ini akan berumur 17 tahun pada 20 September. Dia harus menamatkan pelayaran sebelum 16 September untuk mengatasi rekod tidak rasmi yang sebelum ini direkodkan oleh Jessica Watson dari Australia, yang berjaya mengakhiri pelayaran yang sama 3 hari sebelum berusia 17 tahun pada bulan Mei 2010.

Laura Dekker kembali ke pulau St Martin selepas melengkapkan pelayaran solo mengelilingi dunia dalam 516 hari dan meliputi jarak jumlah lebih 47,000 km. Sebagai perbandingan, lilitan Bumi 24,902 batu atau 40,075.017 km (khatulistiwa) dan jarak kutub utara-selatan (meridional) 40,007.86 km atau 24,860 batu statut. - Foxcrawl




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...