Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Sunday, December 18, 2011

Salji Turun di Google Hari Ini


Sempena dengan kehadiran Hari Natal 2011, pada hari ini Google telah menurunkan salji di laman carian tersebut. Anda hanya perlu menaip 'Let it snow' pada ruang carian dan tekan search untuk melihat salji turun dengan lebatnya. Anda juga boleh 'defrost' salji tersebut apabila skrin anda menjadi putih kerana dipenuhi salji. Sila cuba dan rasainya sendiri! - One

Balu Boleh Sewel Jika Tiada Kekasih (Berita Harian)


STOCKHOLM: Satu kajian baru menunjukkan golongan balu yang hidup sebatang kara selama bertahun-tahun selepas kematian pasangan mereka lebih berkemungkinan berdepan masalah mental.

FAM Ada Sebab Jangka Panjang (Berita Harian)



Kita perlu terima mereka dengan tangan terbuka kerana melalui penyertaan Singapura, kita akan mendapat pelbagai faedah dalam pembangunan bola sepak negara terutama dari segi pendedahan, pengalaman dan kualiti permainan. - Datuk Razali Ibrahim

KEHADIRAN skuad Singapura Lions XII tidak akan memberi tekanan kepada pasukan negeri yang akan memulakan saingan Liga Super 2012, bulan depan.

Mampu Bawa Beban 5kg (myMetro)



AKSESORI beg kepada wanita ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Tanpa aksesori ini, gaya wanita kelihatan canggung dan hilang serinya.
Penggayaan beg kian dipengaruhi oleh fesyen terkini, mudah berkembang daripada segi fungsi hinggalah kepada cara pemakaiannya sama ada disandang, dijinjing mahupun dibimbit.

Melihat kepada permintaan meluas, selaku pereka dan pengasas produk beg berkenaan, Emmy Tan mengetengahkan koleksi beg buatan tangannya dengan keunikan tersendiri.

Tonton Drama Korea Percuma di Blog (myMetro)


GEMBIRA...sebahagian pemenang turut membawa rakan dan ahli keluarga bersama.


SESUATU yang berbaloi apabila peminat tegar drama Korea (Korea Selatan) boleh muat turun di laman web bagi menikmati siarannya walaupun terpaksa berperap lama semata-mata berkongsi rasa seronok dengan apa ditontonnya.
Pengalaman menonton drama Four Season Drama Art Gallery (Four Season), Coffee Prince Cafe, Snow Queen, Autum, Hello My Lady, Still Marry Me, Princess Man (sekadar menyebut beberapa nama) antara drama yang menjadi kegilaan ramai peminat drama itu di negara ini dan mencetus fenomena tersendiri.
Melihat kecenderungan itu mendorong syarikat PlayTV Asia Sdn Bhd menerusi Maaduu.com menyiarkan drama Korea yang boleh ditonton melalui blog secara percuma.

MU Mahu Tiga Mata (myMetro)



MANCHESTER: Sir Alex Ferguson mendakwa fikirannya hanya tertumpu kepada bagaimana untuk mencari tiga mata apabila Manchester United berkunjung ke QPR malam ini.
United menang lima daripada enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris sejak diaibkan 1-6 kepada Manchester City, Oktober lalu.

Mayat Bayi Dijumpai Dalam Kotak di Kawasan Pelupusan Sampah di Machang (myMetro)


Sekadar Gambar Hiasan


MACHANG: Mayat seorang bayi lelaki, yang dibungkus dan diletakkan dalam sebuah kotak, ditemui di kawasan pelupusan sampah di Bukit Tajol, Banggol Judah di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedut berkata mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui beberapa pekerja pemungut sampah pada pukul 1.15 petang ini.

Tangguh Program Nuklear (myMetro)



SEOUL: Korea Utara bersetuju untuk menggantung program pengayaan senjata nuklear-uranium dijalankannya, manakala Amerika Syarikat menuntut supaya rundingan pelucutan senjata diadakan semula, lapor berita, semalam.
Agensi berita Yonhap dan Chosun Ilbo memetik kenyataan sumber diplomatik sebagai berkata, Washington bersetuju untuk membekalkan Korea Utara dengan 240,000 tan bantuan makanan. Pyongyang bersetuju ‘untuk melaksanakan langkah awal proses menghentikan rancangan nuklear termasuk menggantung program pengayaan uranium dijalankan,” kata kenyataan dikeluarkan Yonhap.

Saya Berminat Berlakon Filem Aksi Bersama Beckham Kata Tom Cruise (myMetro)


LOS ANGELES: Aktor Tom Cruise berkata, dia menyimpan hasrat untuk berlakon dengan bintang bola sepak ternama, David Beckham.

Cruise berkata demikian ketika tayangan perdana filem terbarunya, Mission: Impossible - Ghost Protocol, baru-baru ini.


“Saya berminat untuk berlakon filem aksi bersama Beckham. Ia pasti hebat dan saya pasti dia boleh berlakon dengan baik,” katanya.

Bagaimanapun, Cruise inginkan sesuatu sebagai pertukaran untuk Beckham bertukar kerjaya.


“Beckham perlu mengajar saya bermain bola sepak dulu sebelum dia berlakon,” katanya sambil bercanda. -CN

Sumber (Kopi Pasta): myMetro

PKR Dedah Pautan Bantuan Bank Dunia Pada Dr M (Malaysia Kini)


PKR hari ini terus mempertahankan pendiriannya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terlibat dengan bantuan Bank Dunia semasa era pemerintahannya.

Dalam kenyataan hari ini, parti itu malah mendedahkan pautan ke laman Bank Dunia yang dikatakan "jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia".

Kedua-dua pautan ituboleh dilayari di alamathttp://go.worldbank.org/U29R77EBX0 danhttp://www.worldbank.org/projects/searchlang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=.

"Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu," demikian menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir semalam mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikannya pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

Sehubungan itu, PKR dalam jawapan balasnya itu turut membangkitkan isu lain membabitkan kepentingan dalam syarikat arak.

"Sewajarnya sebelum mantan perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," katanya.

Sumber (Kopi Pasta): Malaysia Kini

Safee Selamat (Berita Harian)


FAM pantau perkembangan PSSI demi karier penyerang.

"STATUS Safee Sali untuk beraksi dengan skuad kebangsaan tidak akan terjejas. Kami akan sentiasa pantau dan ikuti perkembangannya di sana."

Demikian jaminan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung status penyerang sensasi negara itu yang dikatakan berdepan penggantungan jika terus beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL).

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian

Mancini Resah Tanpa Yaya, Kolo (myMetro)



MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini yakin pasukannya mampu memenangi Liga Perdana Inggeris jika mampu menangani kehilangan pemain utama yang menyertai Piala Negara Afrika untuk terus berada di puncak liga.

Laman Sosial Punca Rezeki Gadis Seksi (myMetro)


MUDAH JERAT... Liana hanya bermodalkan gambar seksi di laman sosial.

KUALA LUMPUR: Mangsanya hampir 30 lelaki yang sanggup menyerahkan puluhan ribu ringgit hanya kerana tergoda dengan kata-kata cintanya dalam laman sosial Facebook (FB).
Gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Liana mengakui menggunakan kepakarannya mengayat ramai lelaki bagi mendapatkan wang mereka untuk berfoya-foya, termasuk melancong keluar negara.

Chen Long Pemusnah, Chong Wei Kandas (myMetro)


CHEN Long terus menjadi batu penghalang pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei untuk memburu gelaran keempat Pusingan Akhir Siri Super Dunia, apabila kandas kepada pemain China itu di saingan separuh akhir semalam.

Begitupun Chong Wei tidak memberi laluan mudah apabila bertarung dalam tiga set sebelum hampa dikecewakan pemain nombor tiga dunia itu, 16-21, 21-16, 18-21 dalam aksi berlangsung selama 1 jam 19 minit di Liuzhou, China.


Kekalahan itu sekali lagi memadamkan harapan peminat badminton tempatan untuk menyaksikan pertarungan epik di antara Chong Wei-Lin Dan pada saingan penutup tirai Siri Super Dunia tahun ini.

Set pertama menjadi milik Chen Long meskipun Chong Wei memberi tentangan hebat sebelum pemain China itu menguasai babak akhir set itu dengan 21-16.


Chong Wei segera bangkit pada babak kedua apabila menang 21-16 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan tetapi dominasi pemain muda China itu lebih ketara pada set ketiga meskipun pada satu ketika, kedua-duanya terikat 18-18 sebelum Chen Long menoktahkan kemenangan, 21-18.


Hakikatnya ini bukan kali pertama Chen Long menjadi 'ranjau baru' dalam perjuangan Chong Wei apabila tewas kepada pemain itu pada Terbuka Jepun dan Terbuka Denmark, September lalu sebelum menewaskannya di separuh akhir Terbuka Perancis, bulan lalu.

Statistik itu wajar ditangani segera agar impian menyaksikan Chong Wei merangkul pingat pertama Olimpik tahun depan tidak berakhir begitu awal.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro

'Port' Warga Afrika Digempur (myMetro)

TAHAN... antara warga Afrika yang diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen.

KEPONG: Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan menggempur ‘port’ warga Afrika di Desa Aman Puri, semalam, berikutan aduan penduduk yang mendakwa sesetengah daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, James Singa berkata, operasi yang dijalankan berjaya menahan 13 lelaki Nigeria yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke negara ini.


Katanya, hasil soal siasat, kebanyakan mereka mendakwa sebagai pelajar di pusat Bahasa Inggeris di ibu kota dan memberi pasport mereka dipegang oleh pihak kolej untuk tujuan permohonan pas pelajar.

“Dalam operasi ini, Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan mengejut ke atas 50 rumah dan memeriksa 87 warga Nigeria.


“Bagaimanapun, 13 warga Nigeria berusia 20-an hingga 30-an ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan. Semua mereka akan ditahan di depoh Imigresen Jalan Duta untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.


Beliau berkata, operasi yang dijalankan pihak imigresen berdasarkan aduan diterima daripada penduduk dan hasil risikan selama seminggu.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro

Mangsa Asid Azab (myMetro)


REDA... Mahyuddin menunjukkan kesan simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian Ogos lalu.

KOTA BHARU: “Semua yang berlaku sudah suratan takdir dan isteri sekadar menjadi penyebabnya,” kata Mahyuddin Abdullah, 47, yang menjadi mangsa simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian di Kampung Kok Lanas, di sini, Ogos lalu.

Asas Pakatan Rapuh Kata Najib (Malaysia Kini)




Datuk Seri Najib Razak berkata asas pakatan yang rapuh termasuk perbezaan ideologi di kalangan parti pembangkang menjadi punca mereka menghadapi pelbagai masalah sesama sendiri.

Bazar Uptown Port Klang Buka 24 Jam (myMetro)



KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Bazar Uptown Port Klang menjemput orang ramai yang tinggal di sekitar Klang dan Shah Alam hadir memeriahkan tapak jualan itu kerana mereka bukan saja boleh mendapatkan barangan murah, malah turut dihiburkan dengan persembahan artis setiap minggu selain disajikan dengan banyak aktiviti menyeronokkan.
Penganjurnya, Noor Irdawaty Johari berkata, tapak jualan yang beroperasi sejak 30 September lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat kerana operasi dijalankan 24 jam sehari.

Beza Faham Politik Punca Perpecahan Kata Dr M (Malaysia Kini)


Perbezaan fahaman politik di negara ini menyebabkan umat Islam dikatakan berpecah belah dan bukan kerana agama, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga puak dan telah "berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam yang lain.

"Umat Islam di Malaysia berpecah bukan dari segi agama tetapi dari segi fahaman politik yang mempengaruhi ahli-ahlinya," kata beliau.

Semata-mata untuk menjayakan fahaman politik mereka, umat Islam di negara ini tidak sanggup solat di masjid yang sama dan mempunyai tanah perkuburan yang berbeza, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah ke tiga di Butterworth hari ini.

"Kalau kita sedar, ajaran agama Islam ini adalah persaudaraan dan kita harus memupuk sikap perpaduan lagi-lagi dalam satu agama yang sama," kata Dr Mahathir.

"Umat Islam perlu bersatu padu dan tidak berpecah belah serta bermusuh-musuhan sesama sendiri kerana perpaduan itu adalah asas hidup masyarakat Islam," katanya.

Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata umat Islam di negara ini seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan diri kepada dunia tentang kehidupan Islam yang sebenar supaya agama Islam dihormati oleh kaum lain.

"Kita akan menjadi lemah akibat daripada persengketan antara umat Islam. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan menentang Malayan Union.

"Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalahkan Malayan Union," kata beliau.

Yang turut hadir pada majlis itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang Elias Zakaria dan Yang Dipertua Persatuan Qaryah-qaryah Masjid Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff.

- Bernama

Sumber (Kopi Pasta): Malaysia Kini

Koleksi Selendang Siti (myMetro)



WANITA dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun ketika bersantai mahupun bekerja mereka tidak lupa untuk mementingkan penampilan diri di khalayak ramai. Apatah lagi jika menghadiri persidangan besar seperti Perhimpunan Agung Umno 2011 yang kini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Aura Bintang Baru Jepun (myMetro)


Hiroki Sakai


KETIKA Neymar mendapat liputan meluas Piala Kelab Dunia de�ngan bakat menakjubkan serta gaya rambut barunya, beberapa bintang muda lain perlahan-lahan membina reputasi mereka.
Pemain Brazil berusia 19 tahun itu meledakkan jaringan untuk mendahului 1-0 ke atas Kashiwa Reysol, Rabu lalu tetapi pertahanan pasukan juara Jepun itu menerima lebih perhatian pada sidang media selepas perlawanan.

Hiroki Sakai (gambar), 21, Pemain Remaja Tahunan Liga J menjaringkan gol tunggal ketika pasukan mereka tewas 1-3, menerusi tandukan dari sudut gawang lawan, malah beraksi berani selaku menyerang dan turut berusaha mempertahankan Kashiwa.

T-shirt Khas Untuk Villa (FCBarcelona)



FIFA has allowed Barcelona players to wear a t-shirt in support of Villa in tomorrow's final against Santos.

112 Negara Iktiraf Palestin (myMetro)


PARIS: Sekurang-kurangnya 112 negara di seluruh dunia sudah mengiktiraf Palestin dengan Iceland menjadi negara yang terbaru berbuat demikian, semalam.

Jumlah itu berdasarkan kiraan AFP. Bagaimanapun, angka yang diterbitkan oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin menunjukkan 130 negara sudah mengiktirafnya.


Di Amerika Latin, Uruguay dan Peru menyertai negara lain yang mengiktiraf Palestin tahun ini, menjadikan 12 daripada 13 negara di rantau itu secara rasmi mengiktirafnya sebagai sebuah negara.

Di Amerika Tengah, negara Palestin diiktiraf oleh Cuba, Costa Rica, Nicaragua, Honduras dan Salvador.


Negara Arab juga mengiktiraf Palestin, khususnya Syria yang berbuat demikian Julai lalu.


Di Eropah, Iceland menjadi antara segelintir negara Eropah Barat dan anggota Nato yang mengambil langkah itu, menyertai Republik Czech, Hungary, Malta dan Poland.

Dalam pada itu, kira-kira 150 negara menjalinkan hubungan diplomatik dengan Palestin. Palestin ketika ini diberikan status ‘pemerhati’ di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Bagaimanapun, sejak September lalu, Presiden Mahmoud Abbas secara rasmi meminta badan dunia itu supaya memberikannya keanggotaan penuh.

Oktober lalu, Palestin diterima sebagai anggota penuh pertubuhan kebudayaan PBB (UNESCO), yang dianggap sebagai kemenangan diplomatik, walaupun ditentang oleh Amerika Syarikat dan Israel.


Awal minggu ini, Mahmoud menggesa Kesatuan Eropah menyokong usahanya untuk menjadikan Palestin anggota penuh PBB selepas benderanya dikibarkan di ibu pejabat UNESCO buat kali pertama. - AFP

Sumber (Kopi Pasta): myMetro

Gadis Genit Berjiwa Besar (myMetro)




INDIA: Si Kecil Iyoti Amge yang genap 18 tahun semalam, sudah berjaya memenuhi impian besarnya - menjadi wanita terkecil, di dunia.

Kisah Rumahtangga Jimmy & Nursuhaila (Gua)


Kisah di sebalik tabir rumahtangga personaliti televisyen, Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani Suhaimy mula didedahkan kepada umum mulai semalam apabila isu rumahtangga personaliti itu mula disebut di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Nampaknya walaupun sudah menghampiri penghujung tahun 2011, dunia seni tempatan masih belum reda lagi dengan kisah-kisah hangat yang sentiasa didahagakan masyarakat khususnya penggemar dunia hiburan.

Selain dihakimi mahkamah, pastinya cerita-cerita yang tersiar akan turut dihakimi oleh peminat. Dalam perbicaraan yang berlangsung semalam, Jimmy mendakwa isterinya itu bukan sahaja merokok dan bermain judi terup malah pernah bertaruh di internet.

Apa lagi lah agaknya yang akan didedahkan Jimmy?

Sumber (Kopi Pasta): Gua

Amie Sofia Juara Program Solehah (Berita Harian)


KUALA LUMPUR: Guru hafazan dan pendidikan Islam, Amie Sofia Ahmad, 25, diumumkan juara pertama program realiti, Solehah 2011 menewaskan sembilan peserta lain pada peringkat akhir pencarian itu yang disiarkan secara langsung dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam di sini, malam tadi.

Gosip Sam dan Sara (Berita Harian)


SHAHEIZY Sam dinobatkan sebagai Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) baru-baru ini menerusi filem Kongsi dan namanya mula meledak menerusi genre komedi aksi dan komedi seram seperti Adnan Semp-It, Jangan Pandang Belakang Congkak dan Ngangkung. Tak keterlaluan Sam lebih menonjol dengan gelaran pelakon komedi.

Sultan Kesal Satu Qariah Dua Solat Jumaat (Berita Harian)


SULTAN Mizan bersalaman dengan jemaah diiringi Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua’az pada perasmian Masjid Sultan Ismail, Chendering, semalam.


KUALA TERENGGANU: Sultan Mizan Zainal Abidin semalam melahirkan rasa dukacita baginda terhadap kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran yang masih berlaku di beberapa daerah di Terengganu. Sultan Terengganu bertitah, kejadian itu disebabkan tiada persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian ke atas sesuatu masalah yang dihadapi, sekali gus menyebabkan Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda dan umat Islam dihina serta dipermainkan.

Sekuel Ombak Rindu (myMetro)



SELEPAS dua minggu tayangan, filem Ombak Rindu masih bertahan walaupun bersaing dengan satu lagi filem yang menjadi sebutan ramai, Songlap, yang menjengah pawagam sejak Khamis lalu.
Jika Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel Fauziah Ashari mencatat RM750,000 pada hari pertama tayangannya 1 Disember lalu, Songlap juga mendapat sambutan dengan kutipan RM300,000 pada hari pertama tayangannya.

Pengarah Ombak Rindu, Osman Ali ketika dihubungi, semalam mengakui, walaupun bilangan panggung yang menayangkan filem itu berkurangan 30 peratus, sambutannya masih baik.

Resah Campur Meluat (myMetro)




MANTIN: Sikap segelintir Awang Hitam dari Afrika yang berlagak bagaikan ‘raja’ di Nilai, Lenggeng, dan Pajam, dekat sini, semakin menimbulkan keresahan penduduk tempatan
Mereka yang sebahagian besar menuntut di beberapa kolej swasta di situ semakin ramai sehingga kawasan terbabit seolah-olah perkampungan ‘Mini Afrika’.

Lari Bogel Untuk Alam Sekitar (myMetro)



Sekadar Gambar Hiasan


MANILA: Berpuluh-puluh lelaki berlari dalam keadaan berbogel di sekitar kampus sebuah universiti di bandar ini, menggesa ditingkatkan usaha bagi menyelamatkan bumi dan meningkatkan kebersihan sungai.
Aktiviti itu yang menjadi amalan tahunan di Universiti Filipina menyaksikan peserta berlari menerusi dewan dengan hanya memakai topeng untuk menyembunyikan wajah mereka dan membawa sepanduk menggesa langkah diambil bagi melindungi alam sekitar.

Pesakit Tikam Doktor (myMetro)

CEDERA...rusuk kiri doktor ditikam lelaki yang mengamuk di kliniknya.

TAHAN...suspek ditahan dan diikat sebelum diserahkan kepada polis.

GEORGETOWN: Berang menunggu giliran pemeriksaan perubatan yang lama, seorang lelaki warga emas secara tiba-tiba mengamuk sebelum menikam rusuk kiri seorang doktor di sebuah klinik swasta dengan pisau di Jalan Magazine di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Dr Lee Kok Seng, 50, sedang merawat pesakit lain dalam bilik rawatan ketika suspek berusia dalam lingkungan 60-an tiba di klinik berkenaan.

Difahamkan, warga emas berkenaan kemudian terus meluru masuk ke bilik rawatan itu tanpa mempedulikan doktor yang sedang merawat pesakit lain.

Berikutan itu, doktor tidak mempedulikan kehadirannya dan membiarkan dia menunggu di bilik rawatan terbabit, sebaliknya terus merawat pesakit lain mengikut giliran.

Kira-kira 20 minit menunggu, lelaki itu naik berang dengan tindakan doktor kerana tidak merawatnya menyebabkan dia bertindak menikam mangsa dengan pisau yang dipercayai dibawanya.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro


Kapal Tempur AS di Singapura, Filipina (Berita Harian)


WASHINGTON: Tentera Laut Amerika Syarikat berkata ia akan menempatkan beberapa kapal tempur baru di Singapura dan mungkin di Filipina pada masa depan, langkah yang berkemungkinan meningkatkan kebimbangan China dikelilingi dan ditekan berhubung perbalahan merebut kawasan Laut China Selatan.

Penganalisis pertahanan serantau berkata, kapal itu kecil tetapi bersetuju mengenai simbol tindakan itu, yang dibuat selepas Washington mengumumkan ia menambah kehadirannya dia Asia itu, akan mengecewakan kemarahan China.

Bulan lalu, Amerika dan Australia mengumumkan pelan meningkatkan kehadiran tentera Amerika di rantau Asia Pasifik, dengan 2,500 anggota marin Amerika beroperasi di Darwin di utara Australia. “Dalam masa beberapa tahun ini, tentera laut Amerika semakin memberi tumpuan kepada persimpangan maritim strategik di rantau Asia Pasifik,” kata Ketua Operasi Tentera Laut, Laksamana Jonathan Greenert, dalam tulisan beliau pada isu Disember majalah Proceedings, yang diterbitkan Institut Tentera Laut Amerika.

Beliau berkata, tentera laut merancang menempatkan beberapa kapal tempur terbaru di kemudahan tentera laut Singapura, sebagai tambahan kepada pelan yang diumumkan Presiden Barack Obama supaya marin ditempatkan di Darwin bermula tahun depan. –Reuters

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...