Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Sunday, December 18, 2011

MU Mahu Tiga Mata (myMetro)



MANCHESTER: Sir Alex Ferguson mendakwa fikirannya hanya tertumpu kepada bagaimana untuk mencari tiga mata apabila Manchester United berkunjung ke QPR malam ini.
United menang lima daripada enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris sejak diaibkan 1-6 kepada Manchester City, Oktober lalu.


Kemenangan 4-1 ke atas Wolves hujung minggu lalu, selain kekalahan City kepada Chelsea, 1-2 bermakna United semakin merapatkan jurang dengan pendahulu liga itu dengan hanya dua mata.

Kemenangan di Loftus Road, yang dikunjungi mereka kali terakhir pada Mac 1996 akan meletakkan mereka satu mata di depan City yang akan menanti kunjungan Arsenal selepas itu.

Begitupun, Ferguson kini memberi tumpuan terhadap rancangan jangka panjang untuk menyekat kemaraan City.


“Pastinya ia perlawanan yang sukar tetapi kami berharap dapat mengembalikan prestasi pasukan dan pada akhir bulan ini, tampil sebagai pencabar gelaran liga.

“Pada masa itu, anda akan mendapat idea apa yang perlu dilakukan dan siapakah yang menjadi pencabar utama kami.

“Pada akhir musim, apa yang penting adalah siapa yang akan kehilangan paling banyak mata malah setiap pasukan berdepan tekanan tersendiri.

“Kami cuba memenuhi harapan, semua orang berharap kami berada di tahap lebih baik dan anda lihat sendiri kritikan yang diterima apabila tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan kami sudah biasa menghadapinya.

“Tetapi kami berjaya menanganinya dan peluang akan lebih cerah pada separuh kedua musim ini.” Ferguson ternyata kagum dengan pencapaian QPR yang kali pertama menyertai Liga Perdana Inggeris, selepas tersingkir pada 1996.


“Mereka melakukan pelaburan bijak dan membawa masuk pemain berbakat. Pemilik pasukan dan Neil Warnock menyedari jika anda berada dalam liga yang besar, anda perlu mendapatkan pemain yang lebih baik dan ia memberii peluang yang lebih baik kepada mereka.” - AFP

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...