Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Sunday, December 18, 2011

112 Negara Iktiraf Palestin (myMetro)


PARIS: Sekurang-kurangnya 112 negara di seluruh dunia sudah mengiktiraf Palestin dengan Iceland menjadi negara yang terbaru berbuat demikian, semalam.

Jumlah itu berdasarkan kiraan AFP. Bagaimanapun, angka yang diterbitkan oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin menunjukkan 130 negara sudah mengiktirafnya.


Di Amerika Latin, Uruguay dan Peru menyertai negara lain yang mengiktiraf Palestin tahun ini, menjadikan 12 daripada 13 negara di rantau itu secara rasmi mengiktirafnya sebagai sebuah negara.

Di Amerika Tengah, negara Palestin diiktiraf oleh Cuba, Costa Rica, Nicaragua, Honduras dan Salvador.


Negara Arab juga mengiktiraf Palestin, khususnya Syria yang berbuat demikian Julai lalu.


Di Eropah, Iceland menjadi antara segelintir negara Eropah Barat dan anggota Nato yang mengambil langkah itu, menyertai Republik Czech, Hungary, Malta dan Poland.

Dalam pada itu, kira-kira 150 negara menjalinkan hubungan diplomatik dengan Palestin. Palestin ketika ini diberikan status ‘pemerhati’ di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Bagaimanapun, sejak September lalu, Presiden Mahmoud Abbas secara rasmi meminta badan dunia itu supaya memberikannya keanggotaan penuh.

Oktober lalu, Palestin diterima sebagai anggota penuh pertubuhan kebudayaan PBB (UNESCO), yang dianggap sebagai kemenangan diplomatik, walaupun ditentang oleh Amerika Syarikat dan Israel.


Awal minggu ini, Mahmoud menggesa Kesatuan Eropah menyokong usahanya untuk menjadikan Palestin anggota penuh PBB selepas benderanya dikibarkan di ibu pejabat UNESCO buat kali pertama. - AFP

Sumber (Kopi Pasta): myMetro

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...