Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Sunday, December 18, 2011

Bazar Uptown Port Klang Buka 24 Jam (myMetro)



KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Bazar Uptown Port Klang menjemput orang ramai yang tinggal di sekitar Klang dan Shah Alam hadir memeriahkan tapak jualan itu kerana mereka bukan saja boleh mendapatkan barangan murah, malah turut dihiburkan dengan persembahan artis setiap minggu selain disajikan dengan banyak aktiviti menyeronokkan.
Penganjurnya, Noor Irdawaty Johari berkata, tapak jualan yang beroperasi sejak 30 September lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat kerana operasi dijalankan 24 jam sehari.


“Antara aktiviti menarik kami sajikan setiap hujung minggu adalah persembahan artis popular, lelongan barangan amal artis dan suai kenal selebriti bersama peminat. Sehingga kini, antara artis yang hadir membuat persembahan adalah Watie Elite, Ani Mayuni, Ali XPDC, Baggio Damasutra dan ramai lagi,” katanya.

Menurut Noor Irdawaty, menjelang sambutan tahun baru pada 31 Disember ini, pihaknya akan mengadakan banyak aktiviti menarik antaranya pertunjukan bunga api, persembahan artis dan cabutan bertuah. “Pengunjung berpeluang membawa pulang hadiah menarik bernilai RM5,000 sekiranya mereka membuat pembelian RM20 ke atas dan akan diberikan resit cabutan bertuah.

“Selain itu, usahawan kecil dan ibu tunggal yang berkeinginan untuk berniaga turut dijemput berikutan masih ada beberapa tapak niaga yang kosong dan bayaran sewa dikenakan hanyalah RM300 sebulan,” katanya.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...