Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Sunday, December 18, 2011

Mampu Bawa Beban 5kg (myMetro)



AKSESORI beg kepada wanita ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Tanpa aksesori ini, gaya wanita kelihatan canggung dan hilang serinya.
Penggayaan beg kian dipengaruhi oleh fesyen terkini, mudah berkembang daripada segi fungsi hinggalah kepada cara pemakaiannya sama ada disandang, dijinjing mahupun dibimbit.

Melihat kepada permintaan meluas, selaku pereka dan pengasas produk beg berkenaan, Emmy Tan mengetengahkan koleksi beg buatan tangannya dengan keunikan tersendiri.


Koleksi beliau, ‘Absolutely Emmy’ menerapkan kemudahan untuk menyimpan kerana ia boleh dibuka dan dilipat nipis, sesuai dibawa ketika bercuti.

Selain itu, warnanya yang terang menggamit perhatian sesiapa saja memandangnya. Malah, beg ini mampu menampung beban sehingga lima kilogram, sekali gus sesuai digunakan tatkala membeli-belah di pasar raya.

Secara tidak langsung, ia mempromosi amalan mesra alam iaitu mengurangkan penggunaan beg plastik yang boleh mencemar alam sekitar.

Beg berkenaan diperbuat daripada ‘doga’, sejenis material permaidani dan poliuretana iaitu bahan sintetik yang tahan lasak serta kalis air bagi memastikan produk itu tahan lama.

Mereka yang berminat boleh dapatkan produk beg daripada koleksi berkenaan pada harga RM40 sehingga RM95.

Ia boleh didapati menerusi laman web http://absolutelyemmy.blogspot.com/ dan laman sosial Facebook, absolutelyEmmy.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...