Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Monday, January 23, 2012

Mengamuk Pecah Cermin 28 Kereta


SEREMBAN – Hanya kerana mahu mencari seorang penduduk Pangsapuri Lobak di Jalan Tan Sri Manickavasagam, dekat sini, sekumpulan lelaki bertindak memecahkan beberapa kereta yang diletakkan di kawasan rumah pangsa berkenaan.



Kejadian berlaku kira-kira 2 pagitadi apabila sekumpulan kira-kira 30 lelaki yang membawa senjata tajam seperti parang dan kayu mengamuk dan memecahkan 28 kereta diletakkan sepanjang jalan sejauh kira-kira satu kilometer.

Kumpulan terbabit dilihat menaiki motosikal dikatakan mencari seseorang yang tinggal di pangsapuri berkenaan, sebelum bertindak liar memecahkan cermin kereta dengan menggunakan senjata tajam dan topi keledar.

Bagaimanapun, penduduk mendakwa mereka tidak mengenali individu yang dicari kumpulan terbabit.

Seorang penduduk, R.Parthiban, 31, berkata, semasa kejadian dia terdengar bunyi bising di luar rumah lalu menjenguk keluar.

"Saya terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki memecah cermin kenderaan milik penduduk satu-persatu,” katanya.

Menurutnya, keseluruhan cermin kereta jenis Nissan Sunny miliknya juga dipecahkan.

“Ketika itu, keadaan begitu huru-hara sekali dan saya melihat beberapa cermin kenderaan lain yang diletak berdekatan turut dipecahkan satu-persatu.

"Apabila abang saya menegur salah seorang lelaki daripada kumpulan itu, mereka terus mengertak kami supaya diam sekiranya tidak mahu diapa-apakan," katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian, hari ini.

Seorang lagi penduduk, S.Mrugan, 43, berkata, dia tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi bising dari arah luar rumah.

“Saya dan keluarga terus bangun daripada tidur dan melihat keadaan di luar rumah begitu kecoh sekali. Ramai penduduk terkejut dan marah dengan tindakan kumpulan lelaki berkenaan," katanya.

Difahamkan, selepas memecahkan cermin kereta terbabit, kumpulan berkenaan terus beredar meninggalkan kawasan berkenaan.

Berikutan kejadian itu, penduduk terus melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan.

"Kes akan siasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki objek berbahaya dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...