Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Wednesday, January 4, 2012

Remaja Maut Akibat Onani (MyNewsHub)



TRIBUNNEWS.COM melaporkan seorang remaja berusia 16 tahun dari Rubiato, Goias, Brazil meninggal dunia dipercayai akibat terlalu banyak melakukan onani

Chong Wei Mudah Atasi Hsuan Yi (Sinar Harian)



PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kekal cemerlang apabila berjaya layak ke pusingan kedua setelah menundukkan pemain Taipei, Hsueh Hsuan Yi pada Kejohanan Terbuka Korea 2012 semalam.


Masjid New York Diserang (Sinar Harian)



NEW YORK - Sebuah masjid di bandar New York, Amerika Syarikat diserang dengan bom api dalam satu pembakaran sengaja yang dipercayai berpunca akibat jenayah kebencian terhadap agama.

Pelajar Malaysia Maut Nahas di New Jersey (MyNewsHub)



KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia terbunuh manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan kereta di New Jersey, semalam.

Nik Aziz Nasihat Apex Kahwin Cepat (Sinar Harian)



KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna. Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

Nazmi Faiz Tidak Larat Layan Peminat di FB (MyNewsHub)



KUALA LUMPUR – Pemain bola sepak pasukan Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor merupakan pemain paling popular dalam pasukan itu yang menjadi tumpuan ramai peminat yang ingin berkenalan dengannya termasuklah di laman  sosial Facebook baru-baru ini.

Amaran Bagi Guru, Pelajar Sertai 'Bebaskan Anwar 901' (Malaysia Kini)



Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi hari ini memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar dan guru yang menyertai perhimpunan haram Kempen "Bebaskan Anwar 901" pada Isnin ini.

Reaksi Nur Amalina (Video)


Melalui Skype, Nur Amalina memberikan respon beliau mengenai gambar-gambar terlampau yang telah tersebar di internet.

Gaji Minimum RM900 Bakal Dilaksana Julai (Berita Harian)



Lebih lima juta pekerja swasta nikmati manfaat

KUALA LUMPUR: Cadangan gaji minimum RM900 yang diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bulan lalu akan dibentangkan ke Kabinet hari ini, manakala pelaksanaannya dijangka berkuat kuasa Julai ini.

Anwar Enggan Ulas Kritikan Raja Petra (Malaysia Kini)



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengetepikan kritikan terhadapnya oleh rakan dan bekas aktivis kuat pembangkang Raja Petra Kamarudin.

Model Proton Baru Bakal Ganti Persona? (1proton)



Model Proton baru yang bakal dikeluarkan awal tahun 2012 ini bukannya penganti proton persona seperti mana yang diperkatakan sebelum ini. Model ini hanya dikenali sebagai P3-21A buat masa ini. Rekabentuk yang lebih komersil dan berdaya saing ini menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia terutama peminat kereta jenama Proton. Paling ingin diketahui adalah harga pasaran model kereta ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Buat masa ini belum ada lagi harga yang rasmi untuk model ini cuma kedengaran  khabar angin harga dalam lingkungan RM60,000 ke atas. Manakala Pelancaran model ini mungkin pada akhir bulan Febuari atau pada awal bulan Mac 2012.

Kami Perlu Thierry Henry Segera - Szczesny (ESPN)



Wojceich Szczesny berkata bahawa Arsenal amat memerlukan penjaring terhebat Thierry Henry untuk kembali beraksi untuk kelab utara London itu secepat mungkin.

Trak FRU Uzur, Tapi 'Paling Efisien' (Malaysia Kini)



Oleh: Salhan K Ahmad

Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan berkata, keadaan trak meriam air yang digunakan untuk mengambil tindakan ke atas peserta perhimpunan BERSIH berada dalam keadaan uzur.

Drama UPSI - Polis Ada Bukti Video Tidak Guna Kekerasan (Agenda Daily)



Riuh apa sebenarnya yang terjadi di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) bakal terjawab dalam masa terdekat, selepas polis hampir selesai melengkapkan kertas siasatan berhubung perhimpunan haram melibatkan kira-kira 70 pelajar di Tanjung Malim malam tahun baru lalu.

Jeffrey Kitingan Lancar Star Sabah Jumaat Ini (Malaysia Kini)



Presiden Barisan Borneo Bersatu (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah di Penampang, Sabah pada Jumaat, kata pengerusi jawatankuasa penganjur Awang Ahmad Sah Awang Sahari.

Mahasiswi Dipecat Bertekad Terus Menetap di Asrama (Malaysia Kini)



Seorang daripada pelajar yang disingkirkan daripada kolej kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, beliau akan terus menetap di asrama berkenaan sehingga notis rasmi diberikan.

Surat - Penempatan Guru TESL Lepasan IPG (myMetro)


Sumber (Kopi Pasta): myMetro

Masjid Diroboh - Polis, Penduduk Bertempur di China (Agenda Daily)



Beratus-ratus penduduk Islam bertempur dengan polis yang yang bertindak merobohkan sebuah masjid di barat laut China semalam.

Movie Review - The Darkest Hour (Dawn)



The Darkest Hour is the new sparsely designed alien invasion flick featuring a lot of places to hide: basements, glass-panels, cars, frequency-padded apartments. The world is besieged by invading aliens — who look like decapitated floating heads with tentacles — and seem to prove Stephen Hawking’s theory that aliens would invade Earth for a quick stopover for an energy refill.

Berlantai Tanah (myMetro)

Abdul Azeez


BALING: Sebuah keluarga di Kampung Baru/Surau, Mukim Bakai, Kuala Ketil, dekat sini, hidup dalam kedaifan dengan menjadikan sebuah pondok berdindingkan buluh, beratap zink dan berlantaikan tanah dialas tikar getah sebagai tempat berteduh.

John Terry Mungkin Saman Syarikat Rokok (myMetro)



NEW DELHI: Peguam kapten bola sepak England, John Terry mungkin mengambil tindakan undang-undang selepas imej pemain itu digunakan dalam amaran pada kotak rokok di India.

OKU Didakwa Buat Aksi Lucah Terlampau (Sinar Harian)



AYER KEROH - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak lelaki di dalam tandas se­buah pasar raya, April tahun lalu.

Pian Cecupak Kena Buatan Orang? (Sinar Harian)



Pelakon dan pelawak, Pian Cecupak dikatakan menderita penyakit misteri hampir dua bulan lalu selepas kontroversi perkahwinan dengan seorang model sambilan.

Safee, Apex dan Fadhli Terbaik! (Sinar Harian)



TIGA pemain bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Fadhli Shas dan Safee Sali antara nama yang tersenarai dalam kesebelasan pemain Asia pilihan laman web bola sepak terkenal dunia Goal.com kelmarin.

Kereta Mesra Alam Serba Boleh (myMetro)


KERETA yang dihasilkan untuk pertandingan anjuran syarikat Volkswagen.

BEIJING: Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan juga air.

Dua Atlet Sukan SEA Positif Dadah (myMetro)



DUA atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan Sea Indonesia, November lalu menerusi acara olahraga dan angkat berat, didapati positif ujian doping sampel A.

Tuduhan Amalina Liar Hanya Fitnah - Ibu (Sinar Harian)



JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.

Bomoh Bomoh Pilihan Raya (Malaysia Kini)



Oleh: Hishamuddin Rais

Di Malaysia ini kita tidak tahu bila pilihan raya akan dijalankan. Kalau di zaman Mahathir Mohamad dahulu, kita berpilihan raya apabila Mahathir telah mendapat ilham.

Ini bukan kenyataan fitnah. Orang ramai selalu terbaca tentang ‘menunggu ilham' yang datangnya dari mulut Mahathir sendiri.

Hadi, Kit Siang Sertai 901 (Sinar Harian)



PETALING JAYA - Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dan DAP akan menyertai kempen Bebas Anwar 901 bagi menyatakan sokongan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetahui keputusan kes liwatnya, Isnin depan.

Kempen 901, Patriot Tak Turun, Perkasa Sedia Tempur (Sinar Harian)



SHAH ALAM - Patriot tidak akan turun menentang perhimpunan Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini manakala Perkasa pula menegaskan pihaknya bersedia untuk berhadapan dengan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari berkenaan.

Afdlin Kecewa Juri Malukan Peserta (Sinar Harian)



Walaupun akur dengan kemenangan orang lama, Osbon di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM), tidak siapa tahu gelora di hati kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.

Kor Ming Saman Blogger RM10 Juta (MyNewsHub)



IPOH – Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini menfailkan saman menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta terhadap seorang blogger ”Sekupangdua”, Ahmad Sofian Yahya kerana menulis dan memaparkan satu artikel yang didakwa menfitnahnya.

7000 Graduan ISMP Ditemuduga (Berita Harian)



Lulusan ijazah perguruan ditempatkan di sekolah terpilih bermula Mac

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan nasib kira-kira 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) termasuk 5,000 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang belum ditempatkan akan ditemuduga bulan ini, sebelum mereka yang layak ditempatkan di sekolah terpilih bermula Mac depan.

Ada Bukti Kekerasan Polis Dakwa Peguam (Malaysia Kini)


Fadiah Nadwa


Mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim kelmarin mempunyai bukti dan saksi yang menunjukkan pihak polis melakukan kekerasan, dakwa peguam Fadiah Nadwa Fikri.

BAM Cari Orang Baru Untuk Jawatan Pengarah Prestasi Tinggi (myMetro)

Razif Sidek


KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mula mencari calon untuk dilantik sebagai Pengarah baru Prestasi Tinggi persatuan itu bagi menggantikan Datuk James Selvaraj, penyandang jawatan itu sekarang.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...