Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Wednesday, January 4, 2012

Kempen 901, Patriot Tak Turun, Perkasa Sedia Tempur (Sinar Harian)



SHAH ALAM - Patriot tidak akan turun menentang perhimpunan Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini manakala Perkasa pula menegaskan pihaknya bersedia untuk berhadapan dengan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari berkenaan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tidak akan melibatkan diri dalam perhimpunan itu walaupun ada NGO lain yang turun menentang demonstrasi itu.

“Buat apa kita mahu turun, tiada kena mengena dengan kita,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno tidak menolak sama sekali demonstrasi dan perhimpunan dilakukan mahasiswa sejak kebelakangan ini ada bersangkut paut dengan individu sama yang menganjurkan kempen Bebaskan Anwar 901.

“Ini semua angkara orang yang sama, siapa lagi kalau bukan dia (Anwar),” katanya.

Beliau turut mengingatkan mahasiswa supaya lebih menumpukan peperiksaan yang bakal mereka hadapi daripada terjebak dalam perhimpunan 9 Januari itu.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali memberitahu walaupun polis melarang mana-mana pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.

“Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan Rakyat) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut,” katanya selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, ahli Parlimen dan ADUN PKR.

Azmin menegaskan Pakatan akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari itu.

Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.

Dalam pada itu, Perkasa bersama-sama 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyekat perarakan penyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, mereka akan memulakan misi untuk mempertahankan keamanan negara selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum berarak hingga ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Kami akan menunaikan solat sunat berjemaah dan berdoa supaya ALLAH memberi kekuatan kepada pejuang ini. Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali serta penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi.

“Mereka tidak ada kekuatan berbanding Perkasa yang mempertahankan maruah institusi kehakiman negara. Saya percaya, ramai tidak datang dan menyokong mereka, namun, untuk memastikan ia berjalan lancar, penuntut universiti akan dipergunakan mereka,” katanya.

Mengenai tindakan bakal diambil pihak berkuasa, katanya, terpulanglah kepada polis untuk menghalang Perkasa atau pembangkang kerana kedua-duanya melakukan perhimpunan haram.

“Kami menegakkan keamanan, itulah kekuatannya dan mereka pula hendak meruntuhkannya, sebaliknya menaikkan pemimpin yang mempunyai masalah moral. Tidak perlu saya perjelaskan siapa Anwar yang merupakan bekas sahabat di universiti dan berjuang bersama-sama,” katanya.

Pada sidang media diadakan di ibu negara petang tadi, Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata, mahasiswa yang terlibat dengan kempen Bebaskan Anwar 901 termasuk melakukan provokasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) kelmarin sebagai pengecut dan tidak bermaruah kerana sanggup membenarkan diri dipergunakan parti politik.

Ibrahim berkata, penuntut yang berjuang kerana Anwar sebagaimana dilakukannya pada era 70-an, adalah perjuangan yang sudah lapuk dan tidak sesuai dihidupkan kembali.

“Pada ketika itu, kami (sebagai mahasiswa) berjuang kerana negara berada dalam kemiskinan ekoran kejatuhan harga komuniti di pasaran dunia, rasuah, ancaman komunis dan jurang pendapatan antara kaum begitu ketara.

“Tetapi sekarang, mereka menjadikan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) sebagai kambing hitam. Itu isu remeh-temeh kerana kerajaan telah membuka ruang untuk berbincang. Jika mereka hadir 9 Januari depan, bererti benarlah kenyataan saya yang penuntut itu tidak berminat berjuang untuk Auku sebaliknya kerana Anwar,” katanya.

Mengimbas kembali dirinya yang pernah disumbat ke dalam lokap, ditahan atas kesalahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan 100 kali turun naik mahkamah, Ibrahim berkata, "itulah hero yang sebenar."

“Bak kata pepatah Melayu berani kerana benar, buat apa hendak meminta bantuan Majlis Peguam dan Suhakam? Mengaku ajelah dan jangan menyalahkan orang lain serta tidak perlu takut kepada tindakan undang-undang kerana kita sudah tahu tindakan itu bertentangan dengan undang-undang,” katanya.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...