Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Wednesday, January 4, 2012

Nazmi Faiz Tidak Larat Layan Peminat di FB (MyNewsHub)



KUALA LUMPUR – Pemain bola sepak pasukan Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor merupakan pemain paling popular dalam pasukan itu yang menjadi tumpuan ramai peminat yang ingin berkenalan dengannya termasuklah di laman  sosial Facebook baru-baru ini.

Menurut pemain berusia 17 tahun ini, dia bimbang kerana semakin ramai peminat yang ingin menjadi rakan Facebooknya memandangkan dia kini semakin sibuk dengan latihan dan kejohanan bola sepak membabitkan Harimau Muda termasuklah di Singapura pada Februari depan.

“Walaupun setakat ini rakan Facebook saya bilangannya tidak sampai 5,000 orang tetapi bagi saya itu pun sudah ramai. Saya pun bukannya ada banyak masa untuk melayan Facebook, apatah lagi dalam seminggu biasanya saya buka laman sosial itu dua kali sahaja,” katanya.

Pada pertemuan di pelancaran rancangan Kaki Bola Terbitan TV9 di Sports Planet, Kota Damansara, Selangor petang tadi itu, Nazmi Faiz berkata, dia bukan sombong atau cuba mengehadkan bilangan rakan-rakannya di Facebook yang menjadi kegilaan ramai itu.

Sebaliknya, pelajar tingkatan lima di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu tidak mahu membuang masa dengan menghadap Facebook di mana pada masa sama dia juga sibuk menjalani latihan bersama pasukannya yang dibimbing oleh jurulatih Ong Kim Swee itu.

“Jadual latihan saya bersama pasukan Harimau Muda tidak menentu di mana setiap hari kami berlatih sekitar sejam hingga dua jam sehari. Malah, masa dan hari latihan juga tidak menentu kerana ia ditentukan oleh jurulatih kami itu. Jadi, saya memang kurang masa untuk Facebook.

“Lagi pun tahun ini saya akan menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Jadi, selain berlatih bermain bola, saya juga harus memberikan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran saya,” ujar pemain bola remaja ini yang pernah digosipkan dengan Neelofa baru-baru ini.

Tambah Nazmi Faiz yang berasal dari Lembah Keramat dan merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah Taman Melawati, Kuala Lumpur ini, dia berharap agar para peminatnya faham dengan situasi serta kesibukannya sebagai pemain bola dan juga pelajar sekolah. – mynewshub.my

Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...