Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Wednesday, January 4, 2012

BAM Cari Orang Baru Untuk Jawatan Pengarah Prestasi Tinggi (myMetro)

Razif Sidek


KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mula mencari calon untuk dilantik sebagai Pengarah baru Prestasi Tinggi persatuan itu bagi menggantikan Datuk James Selvaraj, penyandang jawatan itu sekarang.

Bernama diberitahu dua calon iaitu bekas ketua jurulatih kebangsaan Razif Sidek dan jurulatih Sekolah Sukan Bukit Jalil, Yap Kim Hock, dipanggil untuk sesi temuduga hari ini di hadapan lima anggota panel dilantik untuk tujuan membuat pemilihan. 

Panel yang dianggotai lima orang anggota, tiga mewakili BAM, seorang wakil Majlis Sukan Negara (MSN) dan seorang lagi daripada Institut Sukan Negara (ISN) itu mengadakan beberapa sesi temuduga sepanjang minggu ini. 

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata lima daripada 19 pemohon disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga di ibu pejabat persatuan itu di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini.

"Hasil temuduga itu akan kami bentangkan dalam mesyuarat Exco BAM pada waktu yang terdekat ini dan Excolah yang akan memutuskan siapa yang akan dilantik nanti," katanya kepada pemberita selepas sesi temuduga dua calon berkenaan.

Ng, bagaimanapun, enggan mendedahkan nama calon lain yang disenarai pendek dan meminta pihak media menunggu sehingga pertengahan bulan ini untuk mengetahui keputusannya. 

Beliau berkata sehingga keputusan dibuat jawatan tersebut akan terus dipegang oleh James. 

Sementara itu, Razif ketika ditemui pemberita berkata beliau gembira dan berpuas hati dengan sesi temuduga dan bangga kerana diberi peluang oleh BAM. 

"Saya memahami hasrat BAM yang mahu maju ke depan dan ingin menyelesaikan masalah seperti meningkatkan prestasi pemain di samping meraih emas di Sukan Olimpik," katanya mengulas temuduga yang berlangsung hampir sejam itu. 

Juara beregu lelaki Seluruh England 1982 bersama Jailani Sidek itu berkata dia mempunyai tiga misi penting yang ingin dijayakan sekiranya dilantik sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM. 

Tiga misi itu ialah membawa pulang Piala Thomas, yang kali terakhir dimenangi Malaysia pada 1992, menggondol emas Olimpik dan menjuarai Kejohanan Dunia. - Bernama

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...