Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, March 1, 2012

Spyshot Proton 'Tuah' P3-21A

Gambar berikut BBB ambil dari laman Facebook Paul Tan's Automotive Blog. Ia adalah gambar kereta terbaru Proton dengan kod nama P3-21A sementara menunggu diberikan nama rasmi oleh Proton.

Wednesday, February 22, 2012

Harimau Muda Tunduk Kepada Jepun


KUALA LUMPUR: Malaysia tewas 0-4 kepada Jepun pada perlawanan kelima pusingan ketiga Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Tuesday, February 21, 2012

Buku Kanak-kanak Berunsur Lucah


KUALA LUMPUR - Pemuda Umno menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengemas kini Dasar Buku Negara 1998 kerana banyak aduan yang diterima mengenai kandungan buku-buku bacaan kanak-kanak yang didapati mempunyai unsur lucah.

Lelaki Kecewa Zakar Dipotong Fail Saman RM1.4j


LONDON: Seorang lelaki yang kecewa kemaluannya terpaksa dipotong selepas menghidap barah zakar memfailkan saman terhadap sebuah hospital kerajaan menuntut ganti rugi lebih £300,000 (RM1.4 juta) berhubung tuduhan doktor gagal mengenal pasti penyakit itu.

Tuah: PROTON Perkenal Model Baru

MODEL Tuah antara kereta konsep PROTON yang dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.

Kereta dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo berharga serendah RM60,000

PROTON Holdings Bhd akan memperkenalkan model baru sepenuhnya, iaitu kereta generasi baru pertama yang direka dan dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global terkini, pada pertengahan bulan depan.

Belasungkawa: Lenyap Sebutir Bintang

RAKAN artis menziarahi jenazah Allahyarham Latif di kediamannya, di Keramat, malam tadi.

Latiff Ibrahim terus aktif menyanyi, berlakon hingga ke akhir hayat

PENYANYI dan pelakon popular era 70-an dan 80-an, Latiff Ibrahim, atau nama penuhnya Abdul Latiff Ibrahim, 62, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 6.06 petang semalam, berikutan komplikasi jantung.

Saturday, February 11, 2012

Jalan Raya Paling Sesak di Dunia!

Jika anda seorang yang tidak suka memandu di jalan raya yang sarat dengan kereta, sudah tentu anda tidak mahu memandu kereta di jalan raya yang akan anda lihat sebentar lagi.

Jalan raya ini dilaporkan telah di penuhi berpuluh ribu kereta selama lebih kurang 20 hari. Gambar tersebut telah di ambil di Beijing China pada tahun 2010.



Perhatikan jalan raya tersebut, walaupun sesak dan sarat dengan kenderaan, para pemandu masih memandu dengan berhemah dan jarak di antara kenderaan tidak terlalu dekat!

Sunday, February 5, 2012

Maulidur Rasul Diperkenal Pada Zaman Dinasti Fatimiyah


BENARKAH Saidina Usman bin Affan ada mengatakan: “sesiapa yang membuat Maulidur Nabi Muhammad SAW akan mendapat pahala seperti pahala jihad.” Adakah selawat tidak diterima sekiranya kita berselawat tanpa menyebut keluarga Nabi dan bagaimanakah cara selawat yang sebaik-baiknya? Harap dapat berikan penjelasan.

FIKRI,
Alor Setar, Kedah.

Jawapan:
SAYA tidak pernah bertemu dengan riwayat sedemikian, sama ada daripada Saidina Usman bin Affan atau sesiapa saja yang mengatakan bahawa pahala memperingati dengan membuat perayaan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW sama dengan pahala jihad.

Gempa Bumi 5.7 Magnitud Gegar Vancouver, Tiada Tsunami


SEATTLE: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan barat Ucluelet dekat pantai Pulau Vancouver, British Colombia, pagi tadi.

Makcik Panik Rempuh Volvo, Myvi dan Kedai Motor (Video)


Pada 31 Januari yang lepas, BBB telah menyiarkan berita mengenai seorang Makcik Panik Langgar Motor Berkuasa Besar, Kereta, Rempuh Kedai. BBB telah pun berjaya mendapatkan video ketika kejadian melalui ehsan rakan-rakan di Facebook.

Saksikan video kejadian tersebut di bawah.

Penyanyi Asal Lagu Doraemon (Video)


Pernahkah anda melihat penyanyi asal lagu Ang Ang Ang Doraemon menyanyikan lagu tersebut secara live? Saksikan video di bawah untuk melihat nyanyian live lagu tersebut oleh penyanyi asalnya.

Saturday, February 4, 2012

Dekorasi Ibu Pejabat Facebook di California (12 Gambar)

Anda semestinya salah seorang daripada jutaan pengguna Facebook, bukan? Pernahkah anda melihat sendiri ibu pejabat Facebook di California? Berikut adalah koleksi gambar dekorasi sekitar ibu pejabat Facebook di Palo Alto, California. Lukisan-lukisan yang dihasilkan di sekitar ibu pejabat Facebook ini dihasilkan oleh seorang pelukis graffiti bernama David Cheo.

Lihat gambar-gambar di bawah.



Upah Jiran Hamilkan Isteri, Saman Apabila 72 Percubaan Gagal



BERLIN - Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan 'benar-benar berniat jujur' apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung tetapi gagal selepas 72 kali cubaan.

Friday, February 3, 2012

PSSI Ingatkan FAM Status Safee


KUALA LUMPUR - Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengingatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai status Safee Sali sekiranya Malaysia mahu menggunakan khidmat ketua pasukan kelab Indonesia, Pelita Jaya itu bagi mana-mana perlawanan persahabatan antarabangsa.

Seremban Dilanda Banjir Kilat (13 Gambar)

Semalam, Seremban telah dikejutkan dengan kejadian banjir kilat. Hujan lebat yang melanda bandar itu telah menenggelamkan beberapa buah blok kedai dan berpuluh kenderaan tersadai di dalam banjir.

Kejadian itu sekaligus memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar apabila kenderaan dan harta benda ditelenggami air. Beberapa buah pusat perniagaan yang mempunyai kemudahan tempat letak kereta bawah tanah turut terasa kesannya. Beberapa buah kenderaan yang meletakkan kenderaan di pusat-pusat perniagaan tersebut turut ditelenggami air.

Berikut adalah koleksi gambar pada hari kejadian semalam.

Sumber: cthoney


Tawar RM18,000 Buru Dalang Isu Kepala Babi


SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor menawarkan wang tunai RM18,000 bagi mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab meletakkan kepada babi di hadapan dua masjid di Rawang dan Sentul.

Thursday, February 2, 2012

Koleksi Ais dan Salji Dari Seluruh Dunia (18 Gambar)

Berikut adalah koleksi gambar-gambar ais dan salji yang dirakamkan dari seluruh dunia.


Lihat gambar-gambar di bawah.

Kanak-kanak Minum Susu Anjing Untuk Terus Hidup (Video)


Seorang kanak-kanak telah dilihat meminum susu anjing untuk mengelak dari kelaparan. Video di bawah ini BBB ambil daripada YouTube namun sumber sebenar mengenai lokasi dan keadaan kanak-kanak ini tidak dapat dikenal pasti.

Lihat video di bawah.

Gadis Kembar Yang Hot Minum Sperma dan Kencing Keldai (2 Gambar)


Peserta kembar, Brynne dan Claire telah meminum air kencing dan sperma keldai di dalam sebuah rancangan televisyen Fear Faktor pada salah satu cabaran yang diberikan kepada mereka.


74 Maut, Peminat Bola Mesir Merusuh


KAHERAH - Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dalam rusuhan - paling buruk dalam sejarah sukan Mesir - membabitkan peminat bola sepak di bandar Pelabuhan Said, demikian menurut laporan stesen-stesen tempatan semalam.

Safee: 'Pelita Jaya Tawar Saya 3 Tahun'


JAKARTA  - Safee Sali, yang menyambung kontrak selama dua tahun lagi dengan kelab bola sepak Pelita Jaya FC, Jakarta, yakin dapat terus bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia, walaupun Liga Super Indonesia (ISL) yang disertai Pelita Jaya sekarang berdepan kemungkinan diharamkan oleh FIFA.

Raul Diintip Fulham


KELAB dari selatan London, Fulham berminat untuk menggunakan khidmat penyerang Schalke, Raul Gonzalez pada musim panas tahun depan, menurut sumber DailyMail.

Wednesday, February 1, 2012

Safee Baharui Kontrak, Terima Lebih RM90k Sebulan


CAKAPLAH apa sekalipun, penyerang handalan Harimau Malaya, Safee Sali tetap menyambung kontraknya bersama kelab Pelita Jaya selama dua tahun berkuatkuasa hari ini.

Tuesday, January 31, 2012

Makcik Panik Langgar Motor Berkuasa Besar, Kereta, Rempuh Kedai (2 Gambar)


KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Kerana Terpijak Kasut, Remaja Dibunuh di Tawau


TAWAU - Gara-gara terpijak kasut pada majlis kenduri dan tari menari di Kalabakan, seorang remaja maut dibelasah sekumpulan lelaki di persimpangan bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Bakal Maharaja Indonesia Memiliki RM20 Trillion


WALAUPUN tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Kehilangan 30 Lembu Terjawab


GUA MUSANG - Keadaan yang mencurigakan bagi empat lelaki berada dalam sebuah ladang sawit di Kampung Aring 7, dekat sini, terbongkar apabila mereka sedang menyembelih dua lembu curi selepas menembak haiwan itu dua minggu lalu.

Gadis Berjubah Tidak Memakai Pakaian Dalam


Orang ramai yang membeli belah di sebuah kompleks perniagaan di Salmiya, menunjukkan reaksi terkejut apabila sekumpulan anggota polis tiba bagi menahan tiga wanita muda yang hanya memakai abaya atau jubah tetapi tidak berpakaian dalam di sebalik jubah hitam itu.

Penyamun Minta Hidang Nasi Lepas Pecah Rumah


KUALA TERENGGANU - "Hidang aku nasi" itulah permintaan seorang penyamun selepas memecah masuk ke dalam rumah seorang pembantu veterinar di Kampung Bukit Payung, Besut di sini, pagi kelmarin.

Monday, January 30, 2012

Wow! Rumah Terbalik Dibina di Sabah! (15 Gambar)


KOTA KINABALU - Rumah ini dibina di alamat Kg. Telibong, Batu 21, Jalan Telibong Tamparuli, 89208 Tuaran Sabah, Malaysia. Ianya merupakan binaan seumpanya yang pertama di Asia Tenggara.

Ke Mahkamah Selepas Curi Duit Bapa Sendiri Untuk ‘Enjoy’


KUALA TERENGGANU - Dek kerana penangan siber kafe, seorang anak sanggup ‘mencilok’ duit bapanya sendiri bagi membolehkannya menghabiskan waktu bersama rakan-rakannya.

Budak Pemungut Bola Sambut Bola Tenis Dengan Bergaya (Video)


Seorang budak pemungut bola pada kejohanan tenis Australia Open telah menunjukkan aksi menarik ketika menyambut bola yang tiba-tiba dipukul ke arahnya. Dia dengan serta merta berjaya menangkap bola berkenaan yang pada kiraan mata kasar, bola tersebut kelihatan bergerak dengan agak laju.

Lihat video di bawah.

BBB: Fuh! Memang deria refleks budak ni berada di tahap tertinggi.

Arsenal Bangkit Singkirkan Villa


LONDON – Arsenal bangkit daripada ketinggalan dua gol bagi memusnahkan impian Aston Villa dengan kemenangan 3-2 untuk mara ke pusingan kelima Piala FA Inggeris, di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Tarian Seksi Cetus Kontroversi di Pulau Pinang


GEORGETOWN – Menari sehingga separuh bogel, itulah kegiatan yang dipercayai dilakukan sebuah pusat hiburan di sebuah Jalan Upper Penang.

Anak Perempuan Buat Maksiat Pukul Ibu


KULIM - Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.

Ji-Sung Gesa Rakan Sepasukan Bangkit Atasi Kekecewaan


MANCHESTER: Pemian tengah Manchester United, Park Ji-Sung menggesa rakan sepasukannya untuk bangkit mengatasi kekecewaan selepas kalah 1-2 ke atas Liverpool Sabtu lalu dan menumpukan sepenuhnya kepada perlawanan Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga Juara-juara Eropah.

Qamar Hashim, Jurufoto Berusia 8 Tahun (10 Gambar & Video)



BAGHDAD - Walaupun baru berusia 8 tahun, Qamar berbeza dari kanak-kanak yang seumur dengannya. Dia mempunyai minat tersendiri yang jarang ada pada kanak-kanak seusianya. Qamar merupakan jurufoto termuda di Iraq.

Piala Thomas: Razif Bidas BAM

Zulfadli dan bapanya, Zulkiffli Sidek.

BEKAS ketua jurulatih badminton negara, Razif Sidek membidas keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menyenaraikan juara remaja dunia Zulfadli Zulkiffli dalam skuad kelayakan Piala Thomas.

CEO Royal Bank of Scotland Tolak Bonus RM4.8juta


LONDON - Ketua Eksekutif Royal Bank of Scotland, Stephen Hester menolak bayaran bonus hampir £1 juta (RM4.8 juta), lapor BBC.

Ozzy, Anjing Pakar Mengimbang Jadi Sensasi YouTube (7 Gambar & 2 Video)


NORWICH CITY - Kehebatan seekor anjing berbaka collie-kelpie cross yang dinamakan Ozzy telah mencipta kejutan melalui laman YouTube apabila videonya yang berjaya mengimbang di atas rantai dan papan tanda telah mendapat lebih 80,000 hit dalam sehari.

Awan Nano Kuasai AJL-26


KUALA LUMPUR - Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) yang berlangsung di sini malam tadi, menyaksikan lagu Awan Nano ciptaan komposer M. Nasir dan penulis lirik Budi Hekayat, yang didendangkan oleh Hafiz, dinobatkan sebagai juara.

Sunday, January 29, 2012

Lelaki Ceraikan Isteri Selepas Menjumpai Surat Cinta 70 Tahun Lepas


ROME - Seorang lelaki Itali berusia 99 tahun telah menceraikan isterinya selepas 77 tahun perkahwinan mereka baru-baru ini setelah mengetahui hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain 70 tahun yang lepas.

Wanita Ketagih Seks Telah Tidur Bersama 1,000 Lelaki (4 Gambar)

Crystal Warren

Crystal Warren, 42, seorang pengurus pemasaran dari Brighton mempunyai satu tabiat yang pelik sejak kehilangan dara ketika dia berusia 15 tahun. Akibat tekanan kerana ibu bapanya bercerai sejak dia berusia 5 tahun, Warren mengambil jalan mudah untuk mula bergaul dengan lelaki ketika berumur 15 tahun. Sejak itu, dia percaya bahawa dia sudah mula ketagihan seks.

Dia telah meniduri 40 orang lelaki apabila mencapai usia 17 tahun. Kini apabila dia sudah berusia 42 tahun, dia telah pun meniduri lebih daripada 1,000 orang lelaki. Dia tidak kenal erti malu malah dia tidak kisah jika masyarakat sekeliling melabelnya sebagai perempuan murahan.

"Saya tidak kisah apa kata orang. Yang penting, saya berasa seronok dan puas ketika melakukan hubungan seks." Setiap minggu, dia akan ke kelab malam dan bar untuk bertemu lelaki baru untuk dijadikan teman tidur. "Saya dahagakan kepuasan seks. Saya tidak faham mengapa orang lain tidak boleh menikmati seks dan berlalu pergi dengan kepuasan itu," tambahnya lagi.

"Saya tahu saya ketagih seks. Tetapi saya tidak akan merawat ketagihan ini kerana bagi saya seks adalah satu-satunya jalan untuk saya merasai kepuasan dan nikmat hidup. Saya tahu ramai yang mencemuh saya, namun saya tetap bangga dengan diri saya."

Sumber dan Berita Penuh: Mirror

BBB: MashaALLAH. Jauhkanlah perbuatan seperti ini di negara kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadikanlah sempadan.

Kotak Untuk Buang Bayi di Rusia (3 Gambar)

MOSCOW - Pusat kesihatan daerah Krasnodar di selatan Rusia telah membeli 5 buah kotak khas untuk meletakkan bayi yang tidak diingini oleh sesiapa sahaja. Ianya seperti tempat membuang bayi namun dilengkapi dengan sistem canggih yang dapat memberi keselesaan kepada bayi tersebut.

Kotak ini disambungkan terus kepada pusat kesihatan bagi memudahkan para pekerja untuk mengambil bayi tersebut. Menurut pusat kesihatan tersebut, kotak ini dibeli khas untuk mengatasi masalah pembuangan bayi di merata tempat yang semakin berleluasa di daerah itu.

Lihat gambar di bawah.

BBB: Hakikatnya, masalah sosial akibat hubungan seks bebas tidak dapat dibelenggu jika penyelesaian seperti ini memudahkan lagi pelaku-pelaku seks bebas untuk terus melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Renung-renungkanlah.

Sumber dan Berita Penuh: Daily Mail UK

Bayi Tanpa Kepala Ditemui di Ampang


AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Anak Kapal Finnair Airlines Menari Tarian Bollywood Dalam Pesawat (Video)

 
NEW DELHI - Sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke 63, anak-anak kapal Finnair Airlines telah memberi kejutan kepada para penumpang dengan menari tarian Bollywood di dalam pesawat.

Para penumpang yang menaiki pesawat untuk terbang dari Helsinki ke New Delhi itu ternyata terkejut dengan persembahan khas oleh anak-anak kapal Finnair Airlines. Selepas video rakaman kejutan ini dimuatnaik ke YouTube, ia telah mencapai lebih sejuta hit dalam masa sehari.

Saksikan video di bawah.

Wow! Menara Kaca Pusat Penyimpanan Volkswagen (7 Gambar)

WOLFSBURG - Syarikat pengeluar kenderaan terbesar di German, Volkswagen Group, telah membina menara-menara kaca khusus untuk menyimpan kenderaan-kenderaan baru keluaran syarikat mereka.

Menara ini diberi nama 'the Autostadt' yang bermaksud 'bandar kereta' dengan kecanggihan sistem keselamatan juga mesin penggerak kenderaan yang sangat moden. Kenderaan diletakkan secara bertingkat dan dikendalikan oleh mesin khas untuk membawa keluar dan masuk sesebuah kenderaan. Sebuah menara boleh memuatkan sehingga 400 buah kenderaan dan ia mempunyai 20 tingkat.

Lebih mengujakan lagi apabila kenderaan-kenderaan yang disimpan di dalam menara ini boleh dilihat dari luar menara.  Filem terbaru terbitan dan lakonan Tom Cruise, Mission Impossible: Ghost Protocol turut mengetengahkan teknologi menara 'Autostadt' ini pada salah satu adegan di dalam filem tersebut.

Lihat gambar-gambar di bawah.

Sumber dan Berita Penuh: Daily News UK

Kelantan Kukuh Cengkaman Liga Super


KUALA LUMPUR - Kelantan terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super dengan diikuti rapat dua pasukan, Terengganu dan Perak apabila masing-masing berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam tadi.

Aaron Aziz, Datuk Siti Ungguli Anugerah PPMH


SHAH ALAM - Pelakon Ombak Rindu, Aaron Aziz memenangi dua kategori Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012, yang berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15 di sini, malam tadi.

Bayi Sebesar Tin Pepsi (4 Gambar)

LOS ANGELES - Seorang bayi perempuan telah dilahirkan 16 minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. Melinda Star Guido dilahirkan dengan berat 0.26 kg dengan saiz sebesar tapak tangan.

Doktor pada mulanya tidak yakin bayi itu akan terus hidup namun setelah 5 bulan selepas dilahirkan, bayi itu semakin sihat dan hidup dengan baik.

Haydee Ibarra, ibu kepada bayi itu sangat gembira dengan perubahan positif Melinda. "Saya sangat gembira dan saya akan membawanya pulang ke rumah."

Sumber dan Berita Lanjut: Sky News


ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...