Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, December 17, 2011

BMW Fasha Sandha Kena Curi (Berita Harian)


KUALA LUMPUR: Kereta mewah jenis BMW 3 Series milik pelakon popular, Fasha Sandha bernilai lebih RM200,000 dilaporkan hilang di hadapan sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.55 petang itu, mangsa bersama ibunya dikatakan baru tiba di salun kecantikan milik keluarganya di pusat beli-belah berkenaan untuk bersiap menghadiri majlis pelancaran filem terbaru lakonannya, Penanggal di Bukit Bintang, di sini.

Rentung Dalam Tempayan (myMetro)


TRAGIS...ibu Sofizza Camella meratapi mayat anaknya yang ditemui mati dalam tempayan, malam kelmarin.


HANGUS...keadaan tapak Rumah Panjang Lembong, Kuala Medalam, Entakong Medamit yang musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.


LIMBANG: Dua kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila masing-masing ditemui terduduk dalam tempayan bilik mandi dan rentung dalam bilik tidur selepas Rumah Panjang Lembung, Kuala Medalam, Entakong Medamit dekat sini, yang didiami 200 penghuni musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.

Misteri Drogba (myMetro)




LONDON: Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui masa depan Didier Drogba di Chelsea tidak ketentuan namun menegaskan Fernando Torres tidak akan berhijrah ke kelab lain.

David Villa Cedera, Barcelona Mara ke Final (Berita Harian)


VILLA (dua dari kiri) berbual dengan rakan sepasukan di hotel penginapan mereka di Yokohama, kelmarin.

YOKOHAMA: Kejayaan Barcelona mara ke final Piala Kelab Dunia 2011 bertemu kelab Brazil, Santos, petang esok terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila penyerangnya, David Villa terpaksa berehat lima bulan.

Spurs, Birmingham, Celtic Akhirnya Tersingkir (Berita Harian)


PARIS: Seri 1-1 dengan Udinese tidak cukup untuk Celtic mara ke pusingan kalah mati Liga Europa, sekali gus menyertai Birmingham dan Tottenham yang turut tersingkir meskipun menang aksi terakhir peringkat kumpulan, awal pagi semalam. Celtic yang memerlukan kemenangan untuk mara selaku naib juara Kumpulan I di belakang Atletico Madrid diberi sinar harapan apabila berjaya mendahului pada minit ke-29 menerusi Gary Hooper, namun Antonio Di Natale mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-45.

Undian Panas Liga Juara-Juara Eropah! (Berita Harian)



Arsenal, Chelsea akan 'layan' dua kelab Serie A

PARIS: Dua kelab England yang masih bersaing dalam Liga Juara-Juara, Chelsea dan Arsenal, kedua-duanya diundi bertemu wakil Itali, manakala juara bertahan, Barcelona bakal berdepan kelab Jerman, Bayer Leverkusen untuk pusingan kalah mati, Februari dan Mac depan.

Harimau Muda Penyeri Liga S (myMetro)


Khairul Fahmi (kapten) bersama barisan skuad Harimau Muda Malaysia


KEHADIRAN Harimau Muda A yang gah dengan reputasi selaku juara Sukan Sea Indonesia dalam kancah Liga Singapura (Liga S) tahun depan amat dinantikan 11 lagi kelab yang bersaing dalam liga itu.
Ternyata penyertaan kali pertama pasukan Malaysia ke Liga S bakal menyuntik elemen baru dalam liga negara jiran itu yang beberapa tahun kebelakangan ini dikatakan gagal menarik perhatian penonton ke stadium.

Geng Cicak Man Tumpas Lepas Sebulan Operasi (myMetro)


RAMPAS...Abd Razak (kanan) menunjukkan antara barangan dirampas daripada Geng Cicak Man.


SERDANG: Kumpulan penjenayah terbabit dalam kegiatan curi kenderaan dan mengedar dadah yang baru sebulan beroperasi di sekitar Lembah Klang tumpas apabila dua ahlinya dicekup selepas polis menyerbu kediaman mereka di Apartmen Suria Kinrara, Puchong dekat sini, kelmarin.
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, polis merampas pelbagai jenis dadah dan dua kereta curi serta wang tunai yang semuanya dianggarkan RM400,000.

Dakwaan Lelaki Melayu Kahwin Sejenis Disiasat (Berita Harian)




BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara. "Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.

‘Kami Perlu Bas’ (myMetro)


BERBAHAYA...Seri Indah menunjukkan jalan pintas yang dilgunakan penduduk untuk pergi ke hentian bas terdekat.


TERBIAR...perhentian bas di Kampung Sungai Pusu.


GOMBAK: “Seingat saya, kali terakhir bas masuk untuk mengambil penumpang di kawasan ini empat tahun lalu dan selepas itu, tiada lagi pengangkutan awam masuk ke sini.

Shahidan Cari Ilham (myMetro)


DIAM... Shahidan (kiri) mahu Karim kurang bercakap mengenai hal-ehwal KOM.


PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui wujud pendekatan kurang berhemah dalam tindakan diambil timbalannya, Karim Ibrahim, sehingga mencetus pelbagai polemik dalam kesatuan itu, sejak akhir-akhir ini.

DNA Babi Dalam Daging Ramly? (myMetro)



IPOH: Kumpulan Syarikat Ramly yang terkenal dengan produk daging burger Ramly menafikan sekeras-kerasnya dakwaan hot dog keluaran syarikat itu mengandungi DNA babi berikutan kenyataan Jabatan Kesihatan Kedah baru-baru ini mengenai keputusan persampelan produk franfurter lembu dengan jenama Ramly dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Yan mengesahkan ia mengandungi DNA babi.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...