Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, December 17, 2011

Undian Panas Liga Juara-Juara Eropah! (Berita Harian)



Arsenal, Chelsea akan 'layan' dua kelab Serie A

PARIS: Dua kelab England yang masih bersaing dalam Liga Juara-Juara, Chelsea dan Arsenal, kedua-duanya diundi bertemu wakil Itali, manakala juara bertahan, Barcelona bakal berdepan kelab Jerman, Bayer Leverkusen untuk pusingan kalah mati, Februari dan Mac depan.


Chelsea bakal menentang Napoli manakala Arsenal bertemu juara Serie A, AC Milan dengan kedua-dua aksi pertama dijadual di tempat lawan.
Napoli pasti tidak boleh dipandang mudah oleh Chelsea kerana kelab Itali itu layak selepas mengetepikan Manchester City pada saingan peringkat kumpulan manakala bagi Arsenal, ia adalah pertembungan ulangan dengan Milan di peringkat sama pada musim 2007/08.

Pada perlawanan itu, Arsenal menang menerusi agregat 2-0 hasil jaringan lewat Cesc Fabregas dan Emmanuel Adebayor pada aksi kedua di San Siro.

“Ia pasti dua perlawanan yang hebat. Secara jujur, memang kalau boleh kami mahu diundi bertemu pasukan lain. Tapi jangan lupa, sejarah kami bertemu Milan cukup baik,” kata setiausaha Arsenal, David Miles.

Lima lagi perlawanan pusingan kalah mati bakal menyaksikan Real Madrid bertemu CSKA Moscow, Bayern Munich bertemu Basel, Marseille bertemu Inter Milan, Benfica bertemu Zenit St Petersburg manakala Lyon bertemu APOEL Nicosia.
Sementara itu, undian pusingan kalah mati Liga Europa pula menyaksikan dua kelab England yang tersingkir dari Liga Juara-Juara, Manchester United dan City masing-masing dijadual bertemu Ajax dan Porto manakala Stoke berdepan Valencia, Februari depan. - AFP

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...