Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Saturday, December 17, 2011

Shahidan Cari Ilham (myMetro)


DIAM... Shahidan (kiri) mahu Karim kurang bercakap mengenai hal-ehwal KOM.


PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui wujud pendekatan kurang berhemah dalam tindakan diambil timbalannya, Karim Ibrahim, sehingga mencetus pelbagai polemik dalam kesatuan itu, sejak akhir-akhir ini.

Kenyataan itu dilihat agak menggemparkan apabila Shahidan yang sering dilabel sebagai ‘pelindung’ Karim sebelum ini, turut mendedahkan banyak tindak-tanduk yang diambil orang kanannya itu dalam mencorak masa depan badan induk olahraga negara berkenaan, dibuat atas dasar pertimbangan sendiri.

Apa pun, kata Shahidan, KOM tidak akan terus melatah. Sebaliknya kedudukan Karim akan dipertimbangkan sewajarnya oleh kesatuan, dengan mengambil kira jasa serta peranan beliau dalam membantu KOM selama ini.

“Banyak perkara perlu diambil kira dalam hal ini, bukannya sekadar menentukan hukuman semata-mata. Pada saya, kita perlu berhati-hati dalam bertindak untuk menyelesaikan kemelut yang timbul.

“Apa pun, kita akan putuskan mengenai kedudukan Karim dalam Mesyuarat Agung KOM akan datang untuk menentukan sama ada beliau akan terus kekal dan berkhidmat atau berhenti,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengkritik sukan, Profesor Dr Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, yang mencadangkan agar Karim berundur secara terhormat, selepas banyak tindak tanduk serta keputusan Timbalan Presiden KOM itu didakwa menjadi pencetus konflik antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan KOM.

Malah, Kay Kim yang mengakui bosan dengan pertelingkahan antara MSN dan KOM yang berlarutan sejak sekian lama, yakin segala masalah yang berlaku antara kedua-dua pihak itu lebih banyak ditimbulkan KOM sendiri yang seolah-olah dimonopoli seorang individu saja dalam membuat segala keputusan.

Terdahulu, Shahidan yang ditemui ketika waktu rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-12, sempat menghubungi Karim melalui telefon bimbitnya untuk mendapatkan maklum balas mengenai kedudukan semasa konflik terbabit.

Ditanya mengenai pendirian beliau terhadap kedudukan Karim, Shahidan berkata segalanya terpulang kepada keputusan Mesyuarat Agung KOM. Bagaimanapun jika Karim sendiri yang ingin berundur, itu terpulang kepada beliau.

“Secara peribadi, Karim seorang yang buat kerja dan banyak membantu dalam KOM. Bagaimanapun, mungkin pendekatannya secara bersendiri selain dilihat kurang berhemah menyebabkan beliau tidak disukai.


“Apa pun, saya tidak mahu komen lebih sebelum saya berjumpa Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) untuk dengar dan bincang perkara itu. Selepas mendapat panduan daripada beliau (Ahmad Shabery), baru saya akan keluarkan kenyataan rasmi mengenainya,” katanya.



Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...