Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, December 17, 2011

Spurs, Birmingham, Celtic Akhirnya Tersingkir (Berita Harian)


PARIS: Seri 1-1 dengan Udinese tidak cukup untuk Celtic mara ke pusingan kalah mati Liga Europa, sekali gus menyertai Birmingham dan Tottenham yang turut tersingkir meskipun menang aksi terakhir peringkat kumpulan, awal pagi semalam. Celtic yang memerlukan kemenangan untuk mara selaku naib juara Kumpulan I di belakang Atletico Madrid diberi sinar harapan apabila berjaya mendahului pada minit ke-29 menerusi Gary Hooper, namun Antonio Di Natale mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-45.


Birmingham yang berjaya menewaskan kelab Slovenia, Maribor 1-0 turut kandas apabila Braga sekadar seri 1-1 dengan Brugge untuk saingan Kumpulan H.
Sementara Tottenham turut gagal lolos daripada Kumpulan A biarpun mereka mudah membelasah kelab Ireland, Shamrock 4-0 hasil jaringan Steven Pienaar, Andros Townsend, Jermaine Defoe dan Harry Kane. Tottenham memerlukan bantuan PAOK Salonika untuk menewaskan Rubin Kazan tetapi malangnya kedua-dua pasukan itu berjaya mara selepas seri 1-1. Biarpun tampak seperti tidak mementingkan saingan Liga Europa dengan menurunkan barisan simpanan, Tottenham tetap berasa kecewa apabila gagal melangkah ke saingan kalah mati.

“Saya fikir ketika Rubin Kazan terpaksa beraksi 10 pemain, peluang kembali terbuka buat kami dan empat gol ini sudah mencukupi. Tapi ia tetap pengalaman berguna buat beberapa pemain muda,” kata pengurus Tottenham, Harry Redknapp. Stoke menjadi wakil tunggal England layak ke pusingan kalah mati daripada saingan peringkat kumpulan untuk menyertai Manchester United dan Manchester City yang masuk bersaing selepas tersingkir daripada Liga Juara-Juara. - AFP

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...