Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, December 17, 2011

Dakwaan Lelaki Melayu Kahwin Sejenis Disiasat (Berita Harian)




BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara. "Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.



"Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. Akhbar hari ini melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja.


Mengulas kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran yang masih berlaku di beberapa daerah di Terengganu, Jamil Khir berkata kejadian seumpama itu perlu ditangani secara bijaksana oleh Majlis Agama Islam negeri. "Kalau sekiranya mendirikan solat Jumaat hanya kerana berbeza ideologi dan politik, jadi mungkin menyebabkan Islam itu dipandang begitu berbeza sehingga kerana ideologi politik yang berbeza, kita mendirikan solat Jumaat di tempat berbeza," katanya.


Semalam, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa dukacita kerana kejadian itu dikesan masih berlaku di sebelas masjid di daerah Marang, Setiu dan Besut berbanding 23 buah sebelum ini. "Titah Sultan Mizan itu harus dilihat sebagai sesuatu yang penting untuk diambil perhatian," katanya. - BERNAMA


Sumber (Kopi Pasta):  Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...