Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, December 17, 2011

Geng Cicak Man Tumpas Lepas Sebulan Operasi (myMetro)


RAMPAS...Abd Razak (kanan) menunjukkan antara barangan dirampas daripada Geng Cicak Man.


SERDANG: Kumpulan penjenayah terbabit dalam kegiatan curi kenderaan dan mengedar dadah yang baru sebulan beroperasi di sekitar Lembah Klang tumpas apabila dua ahlinya dicekup selepas polis menyerbu kediaman mereka di Apartmen Suria Kinrara, Puchong dekat sini, kelmarin.
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, polis merampas pelbagai jenis dadah dan dua kereta curi serta wang tunai yang semuanya dianggarkan RM400,000.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Razak Elias berkata, polis menggelar kumpulan terbabit sebagai ‘Geng Cicak Man’ ekoran kedua-dua suspek berusia 27 dan 39 tahun itu mempunyai tatu cicak di dada kiri sebagai lambang kumpulan mereka.

“Kami percaya geng ini baru sebulan beroperasi di Puchong dan modus operandi mereka mencuri kenderaan di beberapa negeri lain sebelum menggunakannya bagi mengedar dadah sekitar Lembah Klang.

“Serbuan dilakukan hasil maklumat, risikan dan pemantauan terhadap sebuah kereta Toyota Camry di tempat letak kereta apartmen terbabit yang dipercayai dicuri di Johor awal bulan lalu,” katanya.


Menurutnya, sebaik suspek berusia 27 tahun memasuki kenderaan itu, polis terus menahannya dan siasatan lanjut mendapati ia memang kereta curi.

“Polis kemudian menyerbu unit kediaman suspek dan menahan seorang lagi rakannya dipercayai ketua kumpulan penjenayah terbabit.

“Hasil siasatan terhadap kedua-dua suspek, polis menemui sebuah lagi kereta Toyota Wish yang juga dilaporkan hilang baru-baru ini. Selain itu beberapa kunci kereta, senjata tajam dan pelbagai jenis dadah serta wang tunai RM50,000 dipercayai hasil pengedaran dadah turut ditemui,” katanya.

Abd Razak berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti rakan atau ahli lain kumpulan berkenaan selain mengesan sama ada terdapat lagi kenderaan curi berikutan penemuan pelbagai kunci kenderaan.

Semua suspek direman sehingga 22 Disember dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.



Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...