Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, December 23, 2011

Torres Ditipu (myMetro)


FERNANDO Torres akhirnya membuka mulut mengenai perpindahannya dari Anfield, mendakwa kelab itu berbohong kepada�nya dan pemilik Liverpool dari Amerika Syarikat hanya menabur janji palsu.


Penyerang Chelsea itu mengakui kecewa dengan Fenway Sports Group sebelum perpindahan bernilai �50 juta (RM248.3 juta) ke Stamford Bridge, Januari lalu.

“Penyokong Liverpool tidak tahu kebenaran mengenai me�ngapa saya menyertai Chelsea,” kata pemain berusia 27 tahun yang menyertai Anfield selama tiga setengah tahun, memberitahu televisyen Sepanyol.

“Penyokong tidak tahu kisah sebenar mengenai apa yang terjadi. Mereka tidak tahu bagaimana sikap mereka yang mengendalikan Liverpool, sungguh berbeza sama sekali.

“Mereka membuat janji yang tidak mereka tepati dan saya meninggalkan kelab itu kerana saya sedar saya tidak mempunyai masa untuk menjadi sebahagian daripada projek yang mengambil masa bertahun lamanya.”

Bekas idola Kop itu yang menjaringkan 81 gol dalam 142 penampilan bersama Liverpool, turut berusaha memulihkan hubungan dengan penyokong Anfield.

“Saya tiada masalah dengan penyokong Liverpool. Saya tidak mahu meninggalkan Liverpool seperti itu tetapi kelab melakukan pembohongan. Saya kecewa dan tidak faham mengapa peminat membenci saya.”

Selepas hanya menjaringkan lima gol dalam 35 penampilan bersama Chelsea, Torres mahu mencari sentuhannya kembali untuk skuad Blues dan Sepanyol.

“Memang benar, Vicente Del Bosque bimbangkan saya dan prestasi saya bersama Chelsea. Terpulang kepada saya untuk mendapatkan sentuhan sebagai penyerang seperti sebelum ini.

“Jika saya mampu kembali seperti beberapa tahun lalu pasti saya akan memegang tugas penting dalam skuad kebangsaan Sepanyol.

“Saya akan cuba bersikap lebih merendah diri dan cuba menempatkan diri dalam kesebelasan utama Chelsea,” kata Torres yang kehilangan peluang dengan kebangkitan Didier Drogba.

Dia juga menyuarakan keresahannya berada di bangku simpanan Chelsea tetapi berkata dia sepatutnya kini lebih dihormati berdasarkan pencapaian terkininya.

“Prestasi saya tidak cukup bagus tetapi saya adalah pasukan juara dunia dan Eropah dan berhak untuk lebih dihormati.

“Sukar untuk berada di bangku simpanan tetapi saya menghormati pemain yang beraksi. Saya akan menyokong pasukan dan cuba menyertai mereka.”

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...