Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Friday, December 23, 2011

BAM Cari Jurulatih Baru? (myMetro)

IMBAS KEMBALI...Misbun memberi arahan kepada Chong Wei pada Kejohanan Terbuka Malaysia.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) tidak merancang menambah atau menggaji jurulatih baru buat masa ini.


Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata demikian ketika mengulas mengenai kesediaan badan induk badminton negara itu memanggil semula jurulatih Datuk Misbun Sidek, selepas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menyatakan kesediaannya berlatih semula dengan ‘otai’ terbabit.

“Saya tidak pernah dengar Chong Wei mahukan Misbun semula dan hanya tahu menerusi media hari ini (semalam),” kata Kenny.

“Di pihak BAM, saya tidak boleh membuat spekulasi dan memberi kenyataan tanpa mendapatkan cerita sebenar daripada Chong Wei. Saya akan jumpa Chong Wei dulu, biar kami dengar apa katanya.” Kelmarin, Chong Wei menyuarakan kesediaannya berguru semula dengan Misbun demi mengembalikan prestasi terbaik di temasya Sukan Olimpik yang tinggal lapan bulan saja lagi.

Malah juara tujuh kali badminton Terbuka Malaysia itu juga bersedia mendapat khidmat latihan daripada mana-mana jurulatihnya sebelum ini, termasuk Li Mao dari China.

“Buat masa ini BAM tiada perancangan menambah bilangan jurulatih dan mengubah struktur kejurulatihan.

“Malah soal mencari jurulatih baru tidak pernah dibincangkan. Ketika ini kami berasakan tiga jurulatih perseorangan Rashid Sidek, Tey Seu Bock dan Hendrawan cukup untuk membantu Chong Wei berjaya di Olimpik,” kata Kenny.

Chong Wei berada di bawah pengawasan Seu Bock sejak hampir setahun lalu selepas Misbun menyerahkan surat peletakan jawatan pada 31 Disember 2010.

Sepanjang 2010, Chong Wei merangkul lapan kejuaraan kejohanan terbuka Siri Super dan GP Emas. Dia turut memenangi gelaran Siri Super Final serta Sukan Komanwel manakala hanya satu kejohanan dia muncul naib juara iaitu Sukan Asia.

Namun sepanjang 2011, Chong Wei sekadar mengungguli enam kejuaraan dan muncul naib juara di empat kejohanan. Begitupun prestasi ditunjukkan pemain itu boleh dianggap konsisten kerana hanya tewas kepada dua pemain iaitu Lin Dan dan Chen Long.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...