Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, December 23, 2011

14 Letupan Gegarkan Iraq (Berita Harian)


Hampir 250 maut, cedera serangan terhadap kawasan penduduk Syiah

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh manakala hampir 250 lagi cedera dalam satu siri serangan bom di Iraq, ketika krisis politik kian memuncak apabila Naib Presiden, Tareq al-Hashemi didakwa mengendalikan skuad pembunuh, manakala Perdana Menteri, Nuri al-Maliki memberi amaran beliau bersedia keluar daripada perjanjian perkongsian kuasa.


Letupan bom yang berlaku hampir serentak di ibu negara Iraq itu dan pembunuhan lima orang daripada sebuah keluarga di wilayah Diyala, adalah isyarat pertama keganasan ketika pertelagahan mengancam perkongsian kuasa politik rapuh, manakala ketegangan puak semakin meningkat hanya beberapa hari selepas Amerika mengundurkan tenteranya.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ziad Tariq, berkata seramai 57 orang terbunuh dan hampir 250 cedera dalam 14 letupan bom. Bagaimanapun, seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri yang enggan mendedahkan namanya berkata, 63 orang maut dan 185 lagi cedera.

Beliau berkata, serangan berlaku di kawasan Allawi, Bab al-Muatham, daerah Karrada di tengah Baghdad, Adhamiyah, Shuala dan kejiranan Shaab di bahagian utara, Jadriyah di timur, Ghazaliah di barat dan Al-Amil serta Dura di selatan.

Keluarga lima orang yang dibunuh di Diyala, iaitu ibu, bapa, dua anak perempuan dan seorang lelaki dilaporkan ditembak kumpulan bersenjata tidak dikenali semalam.

Bapa terbabit bersama anak lelakinya, adalah anggota puak militia Sunnah, anti-al-Qaeda dikenali Sahwa yang menyebelahi tentera Amerika pada akhir 2006 bagi membantu menangani pemberontakan.

Serangan kali ini, yang paling buruk dalam tempoh empat bulan, kebanyakannya menyasarkan kejiranan puak Syiah dan berlaku pada waktu pagi ketika orang ramai bergegas ke tempat kerja.

Keganasan berlaku ketika ahli politik Iraq terus bertelagah, membabitkan waran tangkap ke atas Hashemi manakala Maliki mendesak pihak berkuasa Kurdis menyerahkan pemimpin Arab Sunnah terbabit.

Maliki juga menggesa Timbalannya, Saleh al-Mutlak, dipecat selepas beliau didakwa menyifatkan pemimpin daripada puak Syiah itu sebagai diktator.

Hashemi menafikan dakwaan itu dan bertegas beliau bersedia menghadapi perbicaraan dengan syarat ia diadakan di wilayah puak Kurdis.

Sementara itu, Speaker Parlimen, Osama al-Nujaifi mengecam serangan itu dan menyifatkannya sebagai cubaan ‘menjejaskan perpaduan negara.

Parlimen memanggil satu mesyuarat tergempar pemimpin politik esok, yang juga hari cuti dan solat Jumaat bagi umat Islam.

Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Baghdad, Martin Kobler mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan itu dan menegaskan pemimpin Iraq mesti ‘bertindak segera’ dengan penuh tanggungjawab dan semangat perpaduan.

Anggota keselamatan segera mengepung kawasan serangan, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, manakala kenderaan ambulans dikejarkan ke lokasi. Helikopter juga dilihat berlegar di udara.

“Penyerang tidak menetapkan mana-mana institusi atau kedudukan keselamatan sebagai sasaran diserang, sebaliknya menyasarkan kanak-kanak sekolah, pekerja dan agensi antirasuah. Terlalu awal untuk mendakwa mana-mana pihak,” kata jurucakap keselamatan, Mejar Jeneral Qassim Atta, yang menambah berpuluh-puluh serangan berlaku di Baghdad. – AFP

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...