Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, December 23, 2011

PNB Beli Bangunan di London (Berita Harian)

MILTON and Shire House.

Milton and Shire House bernilai RM1.7b kukuh pelaburan hartanah

PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) mengukuhkan pelaburannya dalam sektor hartanah di luar negara dengan pembelian bangunan pejabat, Milton and Shire House di Silk Street, Central London pada harga £350 juta (RM1.7 bilion).

Bangunan itu dibelinya daripada pengurus dana berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Beacon Capital Partners, demikian mengikut laporan akhbar Britain, The Times.

Mengikut akhbar itu, pembelian oleh PNB itu adalah urus niaga aset tunggal terbesar di tengah bandar raya London tahun ini.

Akhbar itu juga melaporkan, pengurus dana itu difahamkan bakal membuat beberapa lagi pembelian di bandar raya itu selepas ini kerana ia telah memperuntukkan kira-kira satu bilion pound untuk melabur di London yang kini menjadi antara lokasi utama pelaburan dalam sektor hartanah di United Kingdom (UK).

“Urus niaga ini adalah sebahagian daripada pelan strategik PNB untuk memperoleh aset premium di bandar raya utama di seluruh dunia selepas pembelian hartanah sulung di luar negara, Santos Place di Brisbane, Australia tahun lalu,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dipetik sebagai berkata oleh akhbar itu.

Pada Ogos 2010, PNB membeli Santos Place pada harga A$290 juta (RM840 juta). Ia juga adalah pembelian hartanah terbesar di Australia tahun lalu.

Akhbar Britain itu melaporkan bahawa bangunan Milton and Shire House itu mempunyai ruang pejabat seluas 460,000 kaki persegi dan ia disewakan kepada firma guaman, Linklaters.

Firma itu yang menjadikan bangunan berkenaan sebagai ibu pejabatnya membayar sewa kira-kira 20 juta pound (RM100 juta) setahun dengan tempoh sewanya hanya akan tamat pada 2026.

Sementara itu, Presiden Beacon Capital, Fred Seigel yang mengesahkan penjualan bangunan Milton dan Shire itu kepada PNB berkata, urus niaga itu menyediakan asas bagi hubungan perniagaan yang berkekalan antara kedua-dua pihak.

Beacon Capital, pengurus dana berpangkalan di Boston, AS memasuki pasaran hartanah di Central London lebih lima tahun lalu dengan memiliki hartanah utama di kota itu termasuk CityPoint di Moorgate.

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...