Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Friday, December 23, 2011

'Awang Import' Putih Mata (Berita Harian)

TITO da Silva (kiri) dan Tiago bersama penolong jurulatih Johor FC, Azmi Mohamad ketika sesi latihan. Kini status dua pemain import berkenaan diisytihar tidak sah.
Lima pasukan Liga Super, tiga Liga Perdana tak faham syarat FAM

AKIBAT cuai dan kurang peka dengan syarat pengambilan pemain import ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), lima pasukan Liga Super dan tiga pasukan Liga Perdana terpaksa berputih mata apabila pemain import didaftar mereka tidak lulus untuk beraksi pada Liga Malaysia (Liga M) 2012.

Daripada sejumlah 35 pemain import yang didaftarkan, hanya 26 pemain lulus manakala baki tujuh pemain diputuskan sebagai tidak layak dan dua lagi pemain ditarik balik pendaftarannya.

Tujuh pemain yang gagal itu ialah Tito Fernando Da Silva Pinto (Johor FC), Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (FELDA United), Marquen Nuquen Goncalves (N Sembilan), Helmi Loussaief (PKNS FC), Richard Offiong (Johor) dan Sergey Ivanov (Pahang).

Manakala dua permohonan ditarik balik iaitu Tercio Nunes Machado (Terengganu) dan Oladimeji Mathew Talabi (NS Betaria) selepas mereka gagal ujian perubatan kerana menghidap penyakit Hepatitis B.

Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM yang dipengerusikan Tan Sri Aseh Che Mat, semalam.

“Dua permohonan ditarik balik. Jawatankuasa juga membuat keputusan tidak meluluskan permohonan tujuh pemain atas sebab-sebab tidak memenuhi syarat.

“Syarat itu menetapkan bahawa status pemain ditentukan oleh kelab terakhir yang disertai, misalnya jika dari Amerika Latin dan Eropah pemain harus dari Divisyen 2 ke atas, manakala bagi negara Asia pemain dari Divisyen 1 dan ke atas,” kata kenyataan FAM, semalam.

Dengan keputusan itu, untuk Liga Super, hanya Kelantan dengan tiga import, Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, T-Team, Sabah dan Sarawak dua import dan Terengganu seorang import manakala tiada import buat Johor FC, FELDA United, PKNS FC, Kuala Lumpur dan Lions XII.

Manakala untuk Liga Perdana, hanya Sime Darby dan Tentera memiliki dua import, Pahang, Perlis, Johor dan MP Muar dengan seorang import manakala Polis, USM, Pos Malaysia, Harimau Muda B, NS Betaria dan MBJB tiada import.

Pendaftaran kedua pemain import hanya akan dibuka, April depan.

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...