Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Friday, December 23, 2011

Golongan Gay Makin Berani (Sinar Harian)


KOTA BHARU- Biarpun menyedari hubungan sejenis berpotensi dijangkiti HIV dan AIDS tetapi masih ramai lelaki Melayu yang degil serta terjebak dalam perbuatan terkutuk itu.
 

Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd Zaman Khan berkata, pada tahun 2010 jangkitan melalui hubungan seksual (hertero, homo atau biseksual) mencatatkan 48.7 peratus sedikit melepasi jangkitan melalui penggunaan dadah suntikan iaitu sebanyak 47.4 peratus.
 
Menurutnya, lelaki yang mengadakan hubungan sama jantina di negara ini adalah serius dan jumlah itu adalah tinggi seperti air bah serta ia melibatkan golongan bawahan.
 
“Saya rasa malu dengan lelaki Melayu kita ini. Kes ini boleh dijangkiti disebabkan tempat yang digunakan terbabit adalah bukan untuk hubungan seks dan seterusnya membolehkan kemasukan virus. Ada beberapa faktor keadaan ini boleh berlaku iaitu kurangnya penerangan kepada masyarakat berhubungan jangkitan yang berlaku dan ada juga tidak mengambil iktibar terhadap kesannya itu,” katanya kepada media semalam.
 
Terdahulu beliau bersama kira-kira 100 wanita di negeri ini terdiri daripada kakitangan swasta, kerajaan, badan bukan kerajaan serta masyarakat Siam menyertai Majlis Pelancaran Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV/AIDS selama dua hari bermula semalam di sebuah hotel, dekat sini semalam.
 
Mohd Zaman juga menyifatkan kumpulan tersebut sekarang semakin berani menonjolkan diri dan mempunyai jaringan kuat di negeri terlibat tidak seperti zaman sebelum ini.
 
“Dalam banyak-banyak gay yang menjalani hubungan seks ini mungkin ada satu yang dijangkiti virus tersebut dan di negara barat ia satu perkara yang terbuka. Dalam satu kes yang didedahkan baru-baru ini terdapat seorang lelaki Melayu yang berkahwin dengan lelaki bukan Melayu di luar negara dengan memakai pakaian tradisional Melayu adalah satu perkara yang memalukan,” katanya.
 
Mohd Zaman juga memberitahu, perkara itu boleh dirawat bagi sesetengah mereka yang bersedia untuk kembali kepada asal menerusi penerapan keagamaan.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...