Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Friday, December 23, 2011

Mufti Perlis Hadapi Masalah Daftar KP Anak (Malaysia Kini)


Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mempertikaikan proses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuching yang didakwa menyusahkan pengguna dalam prosedur mendaftar kad pengenalan.

Katanya, beliau sendiri mengalami perkara itu ketika cuba mendaftarkan seorang anak perempuannya awal pagi ini di pejabat berkenaan di Wisma Persekutuan Sarawak, Kuching.

Jelasnya, anak keduanya yang berusia 12 tahun itu telahpun mempunyai pasport dan surat beranak berstatus warganegara Malaysia berbangsa Melanau, namun dinyatakan sebaliknya dalam sistem JPN.

Malah, beliau juga diminta untuk menyerahkan bukti perkahwinannya dengan isteri beliau, seorang warga Indonesia untuk pendaftaran berkenaan, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Petugas kaunter kata ini prosedur baru tapi kenapa tidak dimaklumkan prosedur ini di papan kenyataan?

"(Petugas kaunter) kata dalam ketetapan (prosedur standard) dia, siapa kahwin warganegara asing kena bawa surat nikah. Tapi dalam panduan (kepada pengguna) tak disebut perkara itu.

"Bila dia telefon bahagian surat beranak, dia kata tak ada salinan surat nikah," katanya.

Tambahnya, petugas kaunter itu juga memberi alasan bahawa sistem jabatan itu sedang diselenggarakan.

"Tapi takkanlah dua belas tahun masih selenggara," katanya lagi.

Tambahnya, petugas berkenaan turut memberi alasan bahawa bahagian sijil kelahiran jabatan itu tidak mempunyai salinan sijil perkahwinannya dengan isteri beliau.

"Macam mana boleh berlaku sedangkan anak saya dah ada surat beranak, ada pasport tapi nak buat IC (kada pengenalan) tak boleh?," soalnya.

"Surat nikah itu ada, tapi pada prosedur dia tak sebut. Kalau ada keperluan dia kena maklumkan dan ada sebab kenapa.

"Perkara ini menyusahkan orang yang datang jauh dari luar bandar dan tak ada maklumat, kena minta cuti dan sebagainya, dan ditambah lagi dengan kesesakan di kaunter," katanya lagi.

Beliau turut mempertikaikan mengapa jabatan itu tidak dapat berkongsi maklumat daripada jabatan imigresen yang mengeluarkan pasport anaknya.

"Kenapa tak boleh rangkaikan maklumat (antara jabatan) sedangkan semuanya guna sistem berkomputer?," soalnya lagi.

Beliau menjangkakan akan berdepan masalah yang sama apabila mendaftarkan empat orang lagi anaknya untuk mendapatkan kad pengenalan, walau mereka juga telah mempunyai sijil kelahiran dan juga pasport warganegara Malaysia.

Proses pendaftaran kad pengenalan anaknya sebelum ini tidak berdepan masalah seperti itu.

"Pihak kerajaan sepatutnya permudahkanlah. Kita dah ada surat beranak dan kad pengenalan itu untuk memudahkan proses seterusnya.

"Bukannya bila dah ada kad pengenalan, bermakna surat beranak dan pasport tak ada faedah lagi," tambahnya.

Sumber (Kopi Pasta): Malaysia Kini

P/S: Saya turut mengalami masalah yang sama selepas JPN gagal untuk membuat penangkapan KP saya yang digunakan oleh orang lain untuk membuka akaun bank, bil telefon, dan perkhidmatan lain. - One
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...