Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Sunday, December 18, 2011

Gadis Genit Berjiwa Besar (myMetro)




INDIA: Si Kecil Iyoti Amge yang genap 18 tahun semalam, sudah berjaya memenuhi impian besarnya - menjadi wanita terkecil, di dunia.

Remaja setinggi 59.7 sentimeter dan mempunyai berat badan lima kilogram ini, berjaya merampas ‘takhta’ itu daripada seorang wanita Amerika Syarikat, Brigette Jordan yang mempunyai ketinggian 60.96 sentimeter.

Dengan gembira, Iyoti berkata, “Sudah menjadi impian saya sejak beberapa tahun untuk dikenali sebagai wanita terkecil dunia. Sekarang saya tidak perlu menunggu lama lagi!”
Semalam, wakil dari Rekod Dunia Guinness mengukur beliau dan secara rasmi isytiharkannya sebagai wanita paling kecil di dunia.

Dia menyambut hari jadinya dengan sebuah kek yang hampir sama besar dengan tubuhnya. Iyoti dari Nagpur India, mengalami penyakit kerdil dinamakan ‘achondroplasia’ yang menyekat pertumbuhan sejak usianya satu tahun.

Masalah pertumbuhan menyebabkan tulangnya rapuh dan menyebabkan dia memerlukan penjagaan untuk seumur hidupnya.

Tetapi, Iyoti yang juga seorang pelakon baru tidak akan membiarkan masalah kesihatannya menghalang dia daripada berlakon dalam dua filem Bollywood tahun depan.

Katanya, “Saya mahu buatkan orang gembira.”

Dia mahu dilayan seperti gadis remaja lain.

Dia gemar bersolek dan keluar membeli belah bersama rakan-rakannya.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...