Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Sunday, December 18, 2011

Koleksi Selendang Siti (myMetro)



WANITA dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun ketika bersantai mahupun bekerja mereka tidak lupa untuk mementingkan penampilan diri di khalayak ramai. Apatah lagi jika menghadiri persidangan besar seperti Perhimpunan Agung Umno 2011 yang kini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pelbagai gaya dapat dilihat dan cuba ditampilkan oleh perwakilan Wanita dan Puteri Umno agar kelihatan kemas, anggun dan profesional di hadapan pemimpin.

Keghairahan untuk dilihat cantik itu juga memberi kesempatan kepada peniaga menjual produk mereka yang istimewa malah ditempah khas bagi menarik perhatian pelanggan.

Dalam kemeriahan tawar-menawar dan tarikan yang dilakukan oleh peniaga, terlihat sebuah gerai menjual selendang yang kebanyakannya berwarna merah, merah jambu dan putih mengikut tema persidangan.
Melihat saja nama gerai iaitu Puteri Umno, pasti ia dimiliki oleh salah seorang perwakilannya. Ternyata ia benar.

Mengunjungi gerai Puteri Umno memberikan peluang kepada perwakilan mahupun pengunjung melihat secara dekat koleksi yang ditampilkan.

Rugi rasanya jika tidak mengunjungi gerai itu kerana di sana mereka menyediakan jualan koleksi selendang Siti khas sepanjang persidangan berlangsung.

Menurut Mazuita Abdullah, 31, koleksi istimewa Khayla daripada H&H Perkasa yang berpusat di Pontian itu didapati dalam tiga warna iaitu merah, merah jambu dan putih.

“Ia menggunakan perincian manik Jepun di sekeliling hujung selendang bagi menambahkan gaya eksklusif agar nampak menarik.

“Fabrik yang digunakan adalah sifon yang berkualiti iaitu gred A dan ia dihasilkan dengan jahitan tangan,” katanya yang juga antara ahli Puteri Umno Pontian, Johor yang hadir bagi menjual koleksi khas selendang itu.

Selain itu, Butik Ariani juga tidak ketinggalan untuk mengambil peluang menjual koleksi tudungnya sepanjang perhimpunan itu.

Menurut Pengarah Pemasarannya, Norhana Sharkhan, koleksi tudung Tiara Panel Umno yang dijual mendapat permintaan menggalakkan.

Tudung dicetak dengan lambang Umno itu menjadi tarikan utama yang membawa kepada pengunjung dan perwakilan yang tidak melepaskan peluang mendapatkannya.

“Menggunakan fabrik lycra Itali dan ditambah dengan cetakan logo Umno, ia
menjadi tarikan apatah lagi kualitinya begitu bagus.

“Ia adalah keluaran istimewa kerana ditempah khas bersempena persidangan untuk perwakilan dan pengunjung untuk dipakai sepanjang ia berlangsung ataupun dijadikan kenangan.

“Koleksi tudung ini mempunyai dua warna iaitu merah untuk Wanita Umno dan merah jambu bagi Puteri yang ditempah dalam jumlah yang banyak untuk dijual,” katanya yang kelihatan begitu sibuk melayani pelanggan bagi mendapatkan koleksi istimewa di situ.

Tambahnya, pengunjung yang hadir bagi mendapatkan koleksi tudung khas itu akan diberikan tawaran istimewa iaitu diskaun 50 peratus sepanjang persidangan berlangsung.

Sementara itu, bukan hanya gerai tudung yang kelihatan. Namun, terdapat banyak lagi gerai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kerongsang, kasut, beg dan jenama makanan yang menjadi tarikan.

Bagi anda yang ingin �mendapatkan kasut, beg atau tudung saji unik dan menarik untuk hiasan, kunjungan anda ke gerai Jarum & Benang tidak sia-sia.

Mereka menampilkan pelbagai koleksi kasut untuk kanak-kanak sehingga dewasa yang dijahit menggunakan perincian butang agar kelihatan menarik dan kreatif.

Terdapat juga beberapa koleksi seperti beg, bakul dan tudung saji yang dihasilkan daripada bahan seperti mengkuang dan dilukis dengan lukisan menarik untuk dijadikan hiasan rumah.

Menariknya, kesemua koleksi itu dibeli daripada ibu tunggal di Kelantan dan ditambah dengan lukisan bagi menambahkan keunikannya.

Selain itu, bagi yang ingin mendapatkan cenderahati, pengunjung mungkin tidak menyangka kesemua koleksi rantai kunci di gerai Cahaya Murni dihasilkan oleh orang kelainan upaya (OKU) dari Perlis.

Di gerai itu turut menjual tanda nama untuk digunakan ketika pilihan raya akan datang dan nama yang dicetak boleh disiapkan dalam tempoh lima minit saja.

Bagi yang ingin mendapatkan pelbagai jenis kain belum dijahit daripada batik, terdapat juga beberapa gerai yang menjualnya.

Antaranya adalah gerai Noriah Textile yang menjual pelbagai jenis batik 1Malaysia misalnya crepe dan sifon dari Kelantan manakala coraknya ditempah di China.

Ternyata, persidangan yang berlangsung sejak 29 November lalu itu memberikan pelbagai peluang perniagaan kepada peniaga yang ingin memperkenalkan barangan jualan mereka kepada umum.

Ia juga sebagai lubuk rezeki kepada peniaga tidak kira produk sama ada makanan, kasut mahupun pakaian bagi menambah pendapatan mereka.

Menariknya, setiap peniaga menjual barangan berlainan dan berusaha menampilkan keistimewaan masing-masing bagi menarik perhatian ramai. Pengunjung juga tidak terkecuali mendapat tempiasnya kerana mereka boleh mendapatkan barangan menarik dengan tawaran harga murah.

Sumber (Kopi Pasta): myMetro
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...