KOTA KINABALU - Rumah ini dibina di alamat Kg. Telibong, Batu 21, Jalan Telibong Tamparuli, 89208 Tuaran Sabah, Malaysia. Ianya merupakan binaan seumpanya yang pertama di Asia Tenggara.
Ia dibina berhampiran jalan utama untuk menuju ke Gunung Kinabalu, Sungai Kiulu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Semporna dari Kota Kinabalu. Ia dibina mengikut spesifikasi rumah tradisional Sabah dan dilengkapi dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur yang dibina terbalik!
Pengalaman melawat rumah ini akan memakan masa dari 30 hingga 45 minit untuk sekali lawatan. Ia dibina di dalam Perkampungan Kraftangan Tuaran yang turut menyediakan juadah tempatan serta cenderamata tempatan untuk di bawa balik.
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Upside Down House.
Lihat gambar-gambar di bawah.
Sumber: Upside Down House
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment