Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Monday, January 23, 2012

Serangga Pelik Serupa Daun (3 Gambar)


SETIU – Jika akhbar ini semalam menyiarkan seorang penoreh di Hulu Terengganu mendapat seekor ikan pelik masuk ke dalam bubunya, hari ini, seorang mekanik juga berhadapan senario sama apabila rumahnya tidak putus dikunjungi setelah dia memelihara seekor serangga pelik.



Penemuan seekor serangga yang tidak dikenali menyerupai sehelai daun limau purut menimbulkan tanda tanya kepada Norasmadi Nordin, 45, dan keluarganya.

Serangga berkenaan turut mempunyai urat daun, berwarna hijau pekat dan berlilin di lapisan permukaannya.

Seperti juga saiz daun limau purut, serangga ini mem­punyai ukuran lebar 2.5 sm dan panjang 5 sm.

Norasmadi berkata, dia tidak tahu makanan yang diambil serangga itu kerana rumput yang diletakkan dalam sangkarnya tidak berubah seakan tidak pernah dimakan.

Menceritakan penemuan spesies pelik itu, Norasmadi berkata, semasa dia mencuci kereta di rumahnya, tiba-tiba dia terlihat seperti sehelai daun berterbangan atas meja.

“Namun setelah diamati, sangkaan saya meleset apabila bukan daun berterbangan, tetapi serangga menyerupai sehelai daun sedang bergerak,” katanya.

Menurut Norasmadi, serangga ini istimewa kerana sesekali ia mengeluarkan bau wangi seperti limau purut manakala bahagian belakang serangga itu terangkat apabila ia bergerak seperti sehelai daun yang bergulung di hujungnya.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian

Click untuk besarkan gambar.
Rakan BBB menangkap gambar serangga yang sama di Chepir, Kedah.


 Photos from Hafiz Jalil.
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...