Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Saturday, January 28, 2012

Pesara Berumur 88 Tahun Pukul Perompak Bersenjata Guna Tongkat


Bekas anggota polis dan veteran Perang Dunia, Gordon King yang kini berusia 88 tahun, mengambil tindakan drastik untuk membantu pemandu van yang dirompak di luar Bank Lloyds TSB di Morland Road, Bath, pada Rabu lepas.



Beliau telah memukul salah seorang daripada penrompak dengan tongkat aluminium beliau, sebelum dua orang penyerang itu membawa lari apa yang pihak polis sifatkan sebagai sejumlah besar wang.

'Saya gunakan tongkat saya untuk memukulnya. Kemudian saya telah memukulnya lagi dengan beberapa pukulan di atas kepalanya sehingga tongkat itu rosak, ' kata Encik King.

“Ia berlaku secara tiba-tiba. Anda tidak akan melihat ada orang di balaclavas melainkan ada sesuatu yang tidak kena".

Detektif Cif Inspektor David Gill, dari Balai Avon dan Somerset berkata beliau sangat 'kagum' dengan tindakan berani Encik King.

“Tentulah dia bertindak atas naluri tanpa rasa takut akan keselamatan sendiri dan telah mengambil tindakan yang berani untuk menghentikan jenayah yang berlaku itu, "katanya.

Malangnya, pada ketika ini, kedua-dua suspek terlepas. Namun begitu, pihak polis amat gembira apabila Encik King terselamat.

Polis telah meminta saksi (yang menyaksikan kejadian) rompakan itu atau ada yang terlihat Mercedes berwarna hitam di kawasan itu pada kira-kira 11:15 pagi pada pagi Rabu untuk tampil memberikan maklumat. – Metro News UK
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...