Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Tuesday, January 3, 2012

Bintang-Bintang Chelsea VS Villas-Boas (Berita Harian)



LONDON: Bintang Chelsea kini melancarkan pemberontakan terbuka ke atas pengurusan Andre Villas-Boas. 

Mereka percaya pengendali The Blues itu tidak cekap dalam menentukan taktik permainan dan gagal mengendalikan pemain Liga Perdana.

Penyokong setia mula mengejek serta mencemuh pasukan selepas kekalahan mengejut 3-1 di gelanggang sendiri kepada Aston Villa dan beberapa pemain dikatakan mahu meninggalkan pasukan bulan ini.

Tanda-tanda pemberontakan itu tercetus selepas AVB dikatakan menghalang Nicolas Anelka yang akan berpindah menyertai kelab China daripada hadir menghadiri parti sempena Krismas di padang latihan.

Pemain sebaliknya bertindak menganjurkan parti makan tengah hari bersama pemain Perancis itu Jumaat lalu.

Sumber dalaman Chelsea berkata: "Pemain menganggap tindakan tidak membenarkan Nico daripada menghadiri parti itu tidak wajar.

"AVB gagal mengawal pemain dan ia bertambah buruk kerana beberapa pemain mahu meninggalkan pasukan sekarang.” 

Anelka akan menyertai kelab China Shanghai Shenhua bulan ini. Pemain Chelsea meraikannya di sebuah restoran Cina, China Tang. - Agensi

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...