Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!

Tuesday, January 3, 2012

Afdlin Shauki Sertai UMNO (MyNewsHub)



KUALA LUMPUR – Penghibur terkenal, Afdlin Shauki hari ini mengesahkan yang beliau akan menyertai UMNO bersama rakan lawaknya dari kumpulan Boboi, Harun Salim Bachik.

Afdlin yang baru memenangi tempat kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama Harun berkata, penyertaannya di dalam parti itu adalah hasil perbincangannya dengan ramai sahabatnya sebelum ini.

Sehubungan itu beliau akan menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli petang ini juga.

” Ya, saya berhasrat untuk menjadi ahli UMNO dan akan ke PWTC untuk menyerahkan borang,” katanya pada Mynewshub.My di sini hari ini.

Rakan dan juga sahabatnya Bob Lokman juga sebelum ini memilih platform politik tetapi di dalam parti Pas.

Ironinya, kedua-dua mereka pernah berkerjasama dan menjadi juri dalam pertandingan Raja Lawak yang pernah disiarkan oleh Astro.

Pada 14 Oktober lalu seramai 10 artis semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO di sini ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Media sebelum ini juga pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.- Oleh SYAHRIL A. KADIR

Sumber (Kopi Pasta): MyNewsHub
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...