Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 5, 2012

Nasihat FAM Kepada Safee Sali (Sinar Harian)



NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin memberi peringatan kepada Safee Sali agar peka dengan keadaan semasa yang berlaku dalam Liga Super Indonesia (ISL) sekarang ini.

Ini kerana, saingan ISL berkemungkinan besar diharamkan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) termasuk Kelab Pelita Jaya FC yang diwakili Safee.

“Safee perlu membuat keputusan bijak demi karier bola sepaknya. Kita tidak mahu kehilangan permata berharga dimiliki negara gara-gara pengharaman ISL.

“FAM bersedia membawa pulang Safee ke Malaysia jika dia tidak berminat menyambung kontrak bersama pasukan itu yang dijangka tamat apda 31 Januari ini,” katanya pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan Perlawanan Sumbangsih, di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Ditanya bagaimana pendaftaran bekas Selangor itu boleh dilakukan kerana tarikh tutup pendaftaran pemain tamat 8 Disember lalu, Hamidin menjelaskan ‘demi kepentingan pemain kebangsaan’, Safee dibenarkan berbuat demikian.

“Kita tidak akan membiarkan bakat Safee terperap begitu sahaja dengan ketiadaan aksi kompetitif selama empat bulan seandainya dia tidak lagi bersama Pelita Jaya.

“FAM akan mengadakan mesyuarat tergempar mengenai pendaftaran Safee dalam Liga Malaysia.

“Ingin saya tegaskan, ia tidak melibatkan soal kepentingan kelab, tetapi demi pasukan bola sepak Harimau Malaya,” katanya yang berharap Safee menimbangkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan untuk meneruskan kontrak baru yang dikhabarkan selama dua tahun bersama kelab berpangkalan di Jawa Barat itu.

Hamidin berkata, Safee boleh bermain dengan mana-mana pasukan dalam liga tempatan kerana pendaftaran kedua pemain kembali dibuka mulai 2 April depan.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...