Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 5, 2012

Kempen Keadilan Untuk Saiful Lawan Anwar 901 (Sinar Harian)



KUALA LUMPUR - "Himpun Keadilan Untuk Saiful"  diadakan di pekarangan Kompleks Mahkamah di sini Isnin ini, hari yang sama kempen Bebaskan Anwar 901 dirancang oleh penyokong-penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat yang dihadapinya.

"Himpun Keadilan Untuk Saiful" dianjurkan oleh Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) bagi membela Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Anwar yang mendakwa dia diliwat oleh ketua pembangkang itu.  

Setiausaha Agung Permas, Zulkifly Shariff, berkata Permas menyasarkan 5,000 ahli akan menyertai perhimpunan itu yang juga bertujuan membela sistem kehakiman negara daripada dicalari oleh penyokong-penyokong fanatik Anwar serta sebagai sokongan kepada Mohd Saiful yang menjadi mangsa politik. 

"Mereka telah sedia maklum bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat kita dan sekiranya mereka tetap untuk meneruskan perhimpunan tersebut, mereka perlu berdepan dengan Permas dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Zulkifly berkata Permas akan mendapatkan permit polis bagi mengadakan perhimpunan itu yang akan melibatkan 15 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan Permas, antaranya Putra Malaysia, Pertubuhan Panel Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Persatuan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) dan Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang. 

Penasihat PPIM Tunku Azwil Tunku Abdul Razak pula berkata demonstrasi oleh penyokong-penyokong Anwar tidak sepatutnya diadakan kerana ia hanya akan mencetuskan konflik sosial dan seterusnya memberi kesan kepada masyarakat khususnya orang Melayu. 

"Ia bertentangan dengan budaya rakyat negara ini dan dilihat cuba mempengaruhi keputusan mahkamah," katanya.

Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...