Iklan Box

How's your fortune looking this year?
RM10/SEBULAN SAHAJA
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?
Vrooom to a prosperous Chinese New Year!
RM10/SEBULAN SAHAJA
How's your fortune looking this year?

Iklan Top Bar

Worst Blog of the Year: Click sini untuk undi Blog Berita Benar!

Iklan TV Blog Berita Benar!


Thursday, January 5, 2012

Penuntut Maut di New Jersey Tidak Benar - Anifah (Berita Harian)



KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini menjelaskan bahawa laporan mengenai penuntut Malaysia terbunuh dalam kemalangan di New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin lalu adalah tidak tepat sebaliknya mereka kini dirawat di hospital.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Hennis Tung, penuntut di Ohio State University, terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa bercuti dan kini dirawat di Hospital Robert Johnson, Rutgers, New Jersey.

"Penuntut itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anifah berkata, abang penuntut terbabit, juga penuntut di universiti yang sama, sudah dihubungi dan memaklumkan bahawa ibu bapa mereka akan tiba di Amerika Syarikat hari ini.

Katanya, Konsulat Jeneral Malaysia di New York sudah memberi bantuan kepada mangsa dan keluarga dan juga diarahkan untuk memantau keadaan penuntut itu dari masa ke masa untuk dimaklumkan kepada Wisma Putra.

Sebelum ini, akhbar The Republic yang berpejabat di Columbus, Indiana, Amerika Syarikat melaporkan seorang penuntut Malaysia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya apabila kenderaan yang dinaikinya bersama empat yang lain terbabas di laluan Interstate 78. - BERNAMA 

Sumber (Kopi Pasta): Berita Harian
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...